Bab 19

4.8K 179 0
                                    

Tiga tahun kemudian...

Logan berdiri di situ sambil matanya meliar mencari kelibat yang dikenalinya. Dia baru sahaja sampai di airport itu. Selama ini dia berkelana menyembuh hatinya yang dulu luka.

"Bos!"

Logan terus mencari susuk tubuh yang memanggilnya. Dia kenal suara itu dan hanya gadis itu sahaja yang setia memanggilnya bos. Logan mengukir senyuman bila terlihatkan Scarlet yang berdiri tidak jauh darinya. Makin cantik gadis itu walaupun pipinya nampak gebu sedikit. Dia menapak mendekati Scarlet.

"Home sweet home...welcome back, bos!" Sapa Scarlet dengan ceria.

"Terima kasih...jom kita balik!" Ajak Logan lalu menolak bagasinya keluar dari bangunan airport itu.

Scarlet membuka bonet kereta. Lekas sahaja Logan menyimpan bagasinya ke dalam. Selepas itu dia masuk ke dalam kereta gadis itu. Scarlet pun memandu keretanya meluncur laju ke arah destinasi yang ditujunya.

"So awak apa khabar?" Soal Logan sambil memandang pada Scarlet yang tekun memandu.

"Saya macam ni lah, bos. Bos pulak bagaimana? Dah okey ke hati tu?"

Logan senyum lebar.

"Saya rasa dah okey. Saya rasa saya boleh teruskan hidup. Scarlet, makin lama saya tak jumpa awak makin cantik pulak awak sekarang ni!"

"Biasa-biasa je, bos! Kalau cantik pun kenapa lelaki tak pandang saya," ujar Scarlet cuba merendah diri.

"Bukan tak pandang langsung tapi awak yang terlalu commited dengan kerja awak. Mungkin sebab tu kut!" Pujuk Logan cuba menyakinkan gadis itu cantik.

Scarlet masuk ke dalam halaman rumah Logan. Enjin kereta dibiarkan hidup lagipun dia hanya menghantar lelaki itu sahaja. Tidak ada niat nak berlama di situ. Logan keluar lalu mengambil bagasinya tadi di dalam bonet kereta.

"Scarlet, tak nak masuk ke? Takkan tak rindu saya!" Seloroh Logan namun dia berharap gadis itu menerima cadangannya itu.

"Tak apalah, bos! Saya nak balik terus. Saya tak nak ganggu bos sebab saya tau bos penat!" Tolak Scarlet.

"Okeylah kalau macam tu! Hati-hati pandu kereta tu. See you next day!"

"Okey,bos!"

Scarlet masuk ke dalam keretanya semula lalu memandu keluar dari kawasan rumah itu. Sempat juga dia membalas lambaian dari bosnya itu.

Scarlet tidak dapat menahan tangisnya lagi. Bila tengok muka Logan tadi di airport, hampir sahaja dia lemah lutut. Betapa dia merindui lelaki itu. Tiga tahun cukup membuat hatinya terseksa.

Dia cepat mengesat air matanya bila dia sampai di rumahnya. Sebaik dia keluar, kedatangannya disambut oleh kawannya yang juga menghuni rumah itu tiga tahun lalu.

"Florence, apasal aku tengok kau macam tak sabar je?" Soal Scarlet pelik bila Florence meluru keluar ke arahnya.

Mereka duduk di kerusi di luar rumah itu. Florence mengukir senyuman teruja nak dengar cerita dari mulut Scarlet.

"Okeylah aku cerita tapi kau jangan bising pulak! Nanti kalau mama aku dengar tentu dia fikir Logan tu kekasih aku..."

"Okey!" Jawab Florence sepatah.

"Tadi aku jumpa dia...dia makin hensem sangat! Mula-mula aku tengok dia tadi, aku macam tak percaya dia yang berdiri di situ hampir je aku lemah nak berdiri tadi. Lepas tu dia puji aku cantik...betul ke aku cantik?!" Soal Scarlet bagai tidak percaya.

"Kau memang cantik, Scarlet. Cantik sangat tapi apasal aku tengok kau makin gebu ni? Aku baru perasanlah..."

"Hish, kau ni menakutkan akulah! Kalau aku gebu maksudnya aku makin gemuklah! Alamak aku kena kuruskan badan akulah lepas ni!" Jerit Scarlet begitu risau sekali bila mengenai berat badannya.

Florence gelak suka. Scarlet ni mengalahkan orang yang hilang anak pula lagaknya!

"Kau tak gemuk sangatlah! Gemuk sedikit je tapi masih cantik dan nampak manis sangat!" Pujuk Florence setelah tawanya reda mana tidak muncung kawannya itu dah keluar.

"Kaulah kawan aku yang paling baik!" Ucap Scarlet lalu memeluk tubuh kawannya itu.

Florence membalas pelukan itu. Bila pelukan itu terlerai, Scarlet terus berlari masuk ke dalam rumah. Tinggal dia di situ seorang diri. Entah dia mula rindukan seseorang yang dulu pernah menghuni hatinya.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now