Dua bulan berlalu...
Alexander sepenuhnya sembuh dari penyakit mentel. Panas barannya kini dapat dikawal setelah diajar oleh Doktor Nicole sendiri. Sejak dia sihat itu, Syarikat Xander kini kembali di bawah jagaannya. Leonard kembali menguruskan restorannya. Dia gembira dengan perkahwinan Leonard bersama Eileen sebab dia tahu dirinya tidak layak di samping gadis itu.
Semuanya berubah seiring dengan masa yang berlalu. Masa silam hanya menjadi satu kenangan yang hanya dapat diingat. Andai masa itu dapat diputarkan semula, dia mahu memperbetulkan segalanya. Florence pula menghilang entah ke mana sejak Doktor Nicole mengesahkan bahawa dia sudah sembuh. Dia sangat merindui gadis itu...
"Bos, ni dokumen yang perlu tandatangan bos," tegur Audrey, PA barunya. Dia sendiri terkejut bila masa gadis itu masuk ke dalam pejabatnya.
Dia secepatnya menurunkan tandatangan ke atas dokumen yang baru diberikan. Namum sempat juga matanya membaca isi dokumen itu. Tiba masanya dia membuat perubahan pada syarikatnya itu. Nasib menyebelahinya kerana syarikat Xander kembali berkembang seperti sebelumnya. Itu pun disebabkan Leonard yang sudi membantunya.
"Oh ya nanti bos lunch dengan siapa?" Tanya Audrey dengan wajah selamba. Alexander berkerut dahinya dengan soalan itu.
"Kenapa?" Tanya Alexander pula.
"Tadi ada perempuan telefon saya nak suruh saya sambung dekat tapi tadi bos tengah meeting. So dia suruh bos lunch dengan dia...katanya dia datang sendiri jumpa bos di lobi," jelas Audrey sambil memandang bosnya itu.
"Suara dia awak dapat cam tak?"
Audrey angguk. Dia yakin suara itu milik siapa walaupun pertemuannya dengan perempuan itu hanya beberapa hari sahaja sewaktu bosnya itu masih sakit lagi.
"Siapa?" Soal Alexander seperti tidak sabar.
"Florence...bekas PA bos dulu. Saya yakin suara tu milik dia!"
Alexander tidak tahu mahu buat reaksi apa dengan khabar yang baru diberitahu oleh PA nya itu. Sebaik Audrey keluar, dia terus mengukir senyuman bahagia. Jam di tangan ditilik banyak kali. Tidak sabar dia mahu bertemu dengan gadis itu.
Tepat waktu lunch...laju kakinya mengorak ke arah pintu lif. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Kalau pekerjanya mengatakan dia tidak siuman, dia tidak kisah yang penting dia dapat bersua muka dengan Florence.
Sampai di lobi, matanya terus liar mencari-cari kelibat Florence. Tidak peduli dengan orang yang dilanggarnya namun dirinya sempat meminta maaf. Matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang seperti menanti seseorang. Lantas kakinya menghampiri gadis itu.
Perempuan itu menoleh. Alexander terpana bila terpandangkan wajah gadis itu. PA Logan! Dia yakin gadis itu PA Logan.
"Tuan Alexander...saya Scarlet, PA Logan juga merangkap isteri Logan..." Scarlet begitu ramah memperkenalkan dirinya pada Alexander.
"So awak yang telefon dekat PA saya tadi?" Tanya Alexander dengan riak begitu mengharap bahawa bukan gadis itu menelefonnya. Namun dia hampa bila anggukan diberikan.
"Saya ada sebab kenapa saya nak lunch dengan tuan Alexander..."
"Marilah kita pergi!" Ajak Alexander.
Scarlet membawanya ke sebuah restauran yang cukup berprestij. Sebaik mereka duduk, pelayan datang mengambil pesanan mereka. Lepas pelayan beredar, terus Scarlet membuka perbualan di antara mereka.
"Saya nak minta maaf dekat tuan..."
"Panggil Alex je! Senang sikit!" Pintas Alexander dengan senyuman kecil diberikan. Scarlet senyum semula.
YOU ARE READING
CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)
RomanceAlexander hidup dalam kemewahan namun seringkali dirinya gagal dalam bercinta. Namun bila dia jatuh cinta lagi, dia mula sensitif dan trauma. Pertemuannya dengan Florence, memberi kebahagiaan namun di kala mengharap bahagia, dirinya terluka. Florenc...