Bab 6

7.1K 234 1
                                    

Eileen...wanita yang dipujanya dulu. Serba cantik dan nampak sempurna di depan matanya. Mereka bertemu dan jatuh cinta pada pandang pertama. Mustahil tapi dirinya merasainya. Buat pertama kalinya dia dijemput ke majlis fashion show dan kala itu dia terpandangkan Eileen yang sedang menunjukkan dress fashion yang dipakainya. Begitu cantik!

Dia yang menjadi tetamu terhormat hari itu dengan senangnya dapat berkenalan dengan para peragawati yang hadir malam itu. Dia tidak ketinggalan niatnya untuk mengikat perhubungannya dengan  Eileen. Cinta memang begitu indah namun bila lama-kelamaan cinta itu begitu hambar. Itu pun bila terasa Eileen yang mula berubah laku. Sedangkan dia setia dan terus setia. Walau banyak kali hatinya dilukai dia tetap mencintai gadis itu.

Tapi sejak hari dia mengetahui Eileen curang dengannya, terus hatinya mati. Sakitnya dicurangi sehingga sekarang lukanya itu masih belum ada penyembuh.

"Woi, jauhnya kau termenung!" Tegur satu suara.

Alexander cepat sedar lalu menoleh ke belakangnya. Kala itu dia terpandangkan Leonard dengan pakaian casual sama dengan pakaian yang dipakainya tadi di Taman Kenangan.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Tegur Leonard pula bila pandangan Alexander itu begitu lain macam.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Alexander berubah kasar.

"Lex, kau ke ni?! Apasal kau tanya soalan tu? Aku kan bila-bila masa datang sini nak jenguk kau. Sebelum ni kau tak komplin tapi hari ni...wow!"

Begitu teruja Leonard bercakap mengenai Alexander. Dengan selamba dia duduk di kerusi berdepanan dengan kawannya itu. Dia kehairanan mengapa Alexander tiba-tiba berubah.

"Sorry, aku terlampau marah hari ni...sampai kau pun aku tak perasan,"

"Bro, kau kenapa? Datang bulan ke?"

"Leo, aku ni lelakilah!" Balas Alexander dengan tegas.

"Okey, okey! Sorry, Lex...aku gurau je tadi tak sangka kau naik angin. By the way, aku dari Taman Kenangan tu lah aku singgah sekejap ni nak tengok keadaan kau," beritahu Leonard begitu jujur.

Alexander mengeluh kecil. Dia tahu Leonard baik tapi seandainya lelaki itu berjaya mencuri Florence...Alexander terus geleng kepala. Kelakuannya itu diperhatikan oleh Leonard yang masih ada di situ.

"Woi, kau geleng kepala sorang-sorang dah kenapa?" Tegur Leonard semakin pelik dengan perangai Alexander.

"Aku rasa aku tak sihat...entah apa yang aku buat hari ni semua tak kena je. Leo, kau tolong hantar aku balik. Aku tak ada mood nak drive sendiri," putus Alexander bila dirinya banyak kali berkhayal.

"Baguslah kalau kau dah cakap macam tu. Mari aku hantar kau balik. Pasal syarikat ni biar aku uruskan nanti. Dah jom kita gerak!"

Alexander mencapai baju kot hitamnya yang tergantung itu lalu dipakainya. Beg kerjanya dibawa keluar dari situ. Pandangan Ayren tidak diendahkannya. Dia tidak mahu gadis itu terluka kerananya.

.....

Florence laju keluar bila terlihat kereta lain yang masuk di perkarangan rumah itu. Rupanya Alexander balik awal hari itu tambah lagi dihantar oleh lelaki yang ditemuinya tadi di Taman Kenangan. Leonard juga terkejut bila terpandangkan dia berdiri di situ. Alexander yang menyaksikan adegan tersebut terus melangkah masuk ke dalam tanpa menghiraukan Florence yang tercenggang di situ.

"Awak kerja di sini ke?" Soal Leonard begitu gembira.

"Sorry, Leonard...saya kena masuk layan tuan muda. Nanti dia marah saya pulak yang takut!"

Florence pantas masuk ke dalam. Bila terpandangkan Alexander yang berada di ruang tamu, laju sahaja dia menghampiri tuan muda tersebut. Dia lekas membuka stokin di kaki lelaki itu. Alexander mendengus kasar. Dia cemburu tengok layanan Leonard terhadap Florence. Kalau boleh biar dia sahaja yang melayan Florence.

"Tuan nak minum?" Soal Florence takut-takut.

Alexander angguk. Florence pantas beredar dari situ. Leonard muncul lalu mendekati kawannya itu. Beg kerja Alexander di letakkan di atas sofa.

"Thanks, Leo..." ucap Alexander.

"It's okey, bro...kalau macam tu aku blah dulu," kata Leonard dengan senyuman di bibirnya.

Alexander hanya melemparkan senyuman yang entah ikhlas ataupun tidak. Leonard beredar dari situ. Florence kembali dengan membawa segelas air sejuk lalu diberikan pada Alexander. Alexander menyambut lalu meneguk dengan rakus. Florence masih berdiri di situ.

"Florence, awak balik pukul berapa tadi? Naik apa?" Tanya Alexander cuba menyiasat khuatir sekiranya Florence semakin rapat dengan Leonard.

"Lepas tuan pergi tadi, saya terus balik naik bas. Mujur ada satu bas melintas di situ tadi," kata Florence dengan hati yang senang.

Alexander menarik nafas lega. Dia berbaring di sofa itu. Florence mencapai gelas kosong tadi lalu melangkah pergi. Tinggal Alexander di situ keseorangan merenung lama siling di atasnya. Fikirannya ligat memikirkan Florence yang dia tidak tahu asal usulnya. Baru sekarang dia terfikir mahu mengetahui gadis itu sebenarnya.

"Florence!" Panggilnya.

Florence muncul beberapa minit kemudian lalu berdiri di hadapan Alexander.

"Masa masuk kerja hari tu, ada tak hantar CV pada Casey?" Tanya Alexander dengan selamba.

"Ada. Casey cakap dah dia hantar dekat tuan. Kenapa tuan tanya?"

"Tak apa! Awak boleh pergi buat kerja,"

Florence berlalu. Alexander lekas bangun lalu masuk ke dalam bilik kerjanya di tingkat bawah itu juga. Bilik kerjanya itu juga berdekatan dengan ruang tamu. Dia memeriksa kertas-kertas yang berada di atas meja kerjanya sehinggalah dia terjumpa CV milik Florence yang terselit di sebalik kotak tisu.

Florence...nama yang begitu indah seindah orangnya juga. Dia memeriksa tempat tinggal gadis itu dan keluarga terdekatnya. Rupanya gadis itu sebelum ini tinggal di rumah sewa dekat sahaja dengan rumahnya tapi bagaimana mereka tidak pernah berjumpa? Dia anak tunggal rupanya. Pekerjaan sebelum ini di restoran Secret Recipe di pekan ini. Pelajarannya pula hingga form 6. Pandai jugak orangnya! Puji Alexander di dalam hati.

Dia memeriksa lagi sehinggalah dia begitu puas. Gambar passport berukuran kecil itu dipandang lama. Kalau gadis itu tahu dia memujanya sebegini tentu dia tidak selesa dengannya. Dia tersenyum sendiri.

Ting!

Alexander terkejut kecil. Laju sahaja tangannya memeriksa Iphone 4s. Mesej dari Eileen dibaca namun tidak dibalasnya. Tiba masanya dia tukar nombor telefon selepas ini. Dia pun tidak suka diganggu oleh gadis itu lagi.

Sayang...buat apa tu?

Kenapa tak reply mesej I? You busy ye...okey, I sanggup tunggu...

Sorry sebab hari ni I tak dapat datang jumpa you dekat office sebab I busy shooting untuk fashion show yang akan datang nanti...

Sayang?!

Alexander cepat menekan delete semua mesej dari Eileen. Dia tidak suka mesej gadis itu yang memenuhi whatsappnya. Lega tidak ada gangguan dia pun meletakkan kembali Iphone 4s nya atas meja.

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now