part 1

15.9K 314 40
                                    

Jam tangan direnung untuk kali yang ke berapa pun tak tahulah.Dia melepaskan keluhan berat.Tangan kanan bergerak memicit dahi,pening!Sedaya upaya amarah di hati cuba ditahan.

Budak ni betul-betul melampau.Getus hatinya.

Kali ini Hani bukan terlewat sikit,tapi banyak!sudah dua jam dia tunggu disitu namun kelibat Hani masih tak kelihatan.

Taulah nasib kau nanti!Otaknya dikerahkan supaya memikir hukuman apa yang sesuai dia berikan pada Hani.

Kurung budak tu dalam bilik bawah tanah seminggu?Ikat dia di pokok besar belakang rumah?Atau..Patah-patahkan kaki dia!?

Huh!Hani..Hani..kau betul-betul menguji kesabaran aku.

***
"Tuan.Hani dah sampai."beritahu Zack apabila dia lihat susuk tubuh Hani pada cermin pandang belakang kereta.

Hani kelihatan termengah-mengah berlari menuju ke arah kereta mereka.

"Jalan."Lelaki itu memberi arahan.

"Err..Tapi.."

"Jalan sajalah!"suaranya meninggi.

Tanpa banyak bicara Zack turutkan saja arahan Tuannya.

"Tunggu!!!"jerit Hani sambil mempercepatkan langkah.Macam berlari diacara sukan olimpik saja gayanya.

Setelah kereta bergerak jauh kira-kira Lima ratus meter lelaki itu memberi arahan kepada zack supaya berhenti.

Bila Hani semakin hampir,dia suruh zack menggerakkan kereta lagi.Puas hatinya bila dapat mengenakan Hani.

"Stop zack."dia beri arahan.

Huarghhh!!!
Tak guna punya kingkong.Berani betul dia main-mainkan aku.Hani menyumpah didalam hati.

Pintu sebelah kiri bahagian belakang kereta mewah itu dia buka.Kepalanya ditundukkan sedikit menjenguk ke dalam kereta.

Kalau ikutkan hati,mahu saja dia tumbuk muka lelaki beriak selamba yang sedang duduk didalam kereta tersebut sambil menatap ipad ditangan.

Sabar Hani..sabar..

Dia masuk ke dalam perut kereta dengan mengahnya.Peluh yang membasahi muka dia lap dengan lengan baju.

"Kenapa kau lambat?"kingkong disebelah menyoal senada tanpa merenungnya.

Diam..
Nafasnya masih tak teratur dek kerana penat,suara pun seperti tak terkeluar saja.

"Dah pekak ke!?"kali ni suara lelaki itu agak keras.Geram kerana pertanyaan tidak dijawab.

Hani ketap bibir.

"Sori..Bangun lambat.Lupa kunci jam semalam."jawabnya jujur.

Memang betul dia lupa kunci jam.Lagipun semalam dia tidur lewat,layan cerita korea punya pasal.Pagi ini sudahnya terlajak tidur.

"Mudahnya kau bagi alasan..Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau!?"jerkah si kingkong.Itu nama gelaran yang Hani beri pada lelaki itu.

Hani diam sambil menunduk,tak berani hendak menatap mata yang sedang merenungnya tajam.Gerun!

"Dahlah lambat.Lepas tu tiba-tiba jadi bisu pulak!"suara itu bagaikan halilintar memekik ditelinga Hani.

Hari-hari kena jerkah macam ni boleh pekak telinga aku.

"Sori..Mr king..Sori sangat..saya tak sengaja bangun lewat."ujarnya yang masih lagi tunduk.

Sakit pulak tengkuk ni duk tunduk dari tadi.

"Macam-macam alasan kau selalu bagi.Lupa kunci jamlah..kucing kau matilah..nenek kau kahwin lagilah..Lepas ni nak bagi alasan apa lagi."suara itu sudah semakin mengendur,tidak lagi kuat seperti tadi.

King of My heartWhere stories live. Discover now