part 16

6.8K 187 2
                                    

Pagi itu suasana diruang makan agak tegang.Tak sangka pula puan sofia dan junior duduk sarapan sekali bersama Hani dan King.

Wajah king yang tadi ceria sudah berubah kelat.Dia hendak bangun meninggalkan ruang makan namun dihalang oleh Hani.

Kalau ingin beralah bukan king,tetapi mereka berdua tu.Dia tahu king tak mahu berhadapan dengan puan sofia dan junior,tapi baginya yang lebih penting adalah kesihatan lelaki itu.

Zack ada bagi tahu pada Hani semasa dijepun king tidak menjaga makan,sudahnya lelaki itu kena serangan gastrik.

"Makan je mr king.Abaikan mereka tu.Pagi ni saya yang sediakan sarapan khas untuk awak."beritahu Hani dengan wajah yang ceria.

Pagi tadi dia sengaja bangun lebih awal dari hari biasa sebab nak sediakan sarapan untuk king.

Puas cik Ahn tegah,tapi Hani tetap berkeras.Katanya dia hendak king merasa hasil air tangannya.

"Hani..Kan aku dah cakap jangan masuk ke dapur tu,bahaya tau tak.kat rumah ni dah ada tukang masak jadi kau tak payahlah nak susahkan diri sediakan makanan untuk aku.."

"Mana ada bahaya..Itukan dapur bukannya medan perang.."Hani menjawab sambil tayang sengeh.Sengaja dia buat mimik muka manja sebab nak sejukkan hati King.

"Kau ni degillah..Asal aku cakap ada saja bantahannya."

Hihihi..
Hani tersenyum puas bila king seolah-olah sudah cair hati.

"Jangan membebel.Cepat rasa makanan yang saya masak tu."

Puan sofia dan Junior buat muka bila melihat kemesraan king dan Hani.Walaupun King tu cuma anak tirinya,tapi puan sofia tak suka dia bertunang dengan Hani.

Bagi wanita itu king layak untuk mendapatkan pasangan hidup yang lebih baik dan lebih kelas dari Hani.

Perempuan kolot macam Hani tu mana sesuai dengan king!

***

"Aku tak suka korang duduk lama-lama dalam rumah ni.Esok aku nak korang berdua blah dari sini dan jangan muncul lagi depan aku."tutur king pada puan sofia dan Junior ketika dia panggil mereka berdua ke bilik bacaannya.

"Apa salahnya kami duduk lama kat sini..Inikan rumah kami jugak."Bantah puan sofia.

"Betul tu.Kami pun ada hak tau nak tinggal dalam rumah ni.Kau ingat ni rumah kau sorang!"sampuk Junior.

Tentangan mata king ditatap tajam.

"Korang dua beranak ni dah hilang ingatan agaknya..Ini rumah aku,sejak bila pulak jadi rumah korang?"

"Rumah ni rumah papa,so bererti rumah ni rumah kami juga,dan kami berhak untuk tinggal disini berapa lama yang kami suka."

"Rumah papa?"

"Yes!rumah papa."

Hahaha...king ketawa mengejek.Geli hati dia tengok gelagat dua orang manusia dihadapannya sekarang ini.

"Kau nak tau..Orang tua tu tak kaitan langsung dengan rumah ni tau.Semua yang ada sekarang ni semuanya milik aku.Rumah,syarikat,tanah.Semuanya atas nama aku.orang tua tu tak ada satu sen pun!"

"Mana boleh papa tak ada apa-apa!semua harta ni papa yang punya."

"Semua harta ni mama yang aku yang punya!orang tua tu cuma hidup menumpang je kau tau tak!Sebab mama aku barulah dia boleh hidup kaya raya."

Muka king sudah merah padam menahan amarah.Dia benci setiap kali mengingatkan lelaki itu.Lelaki yang bergelar bapa kepada dirinya,lelaki yang sudah memusnahkan kebahagiaan hidupnya bersama mama.

"Kalau tak kerana mama aku dah lama orang tua tu dengan kauorang berdua ni hidup merempat tau tak!"

"Kenapa kau layan kami macam ni king?aku ni adik kau.Kenapa kau benci sangat dengan aku dan mama?walaupun mama ni cuma mak tiri saja,kau kena hormat dia juga."suara Junior sudah mengendur.Jujur dia memang tidak faham mengapa King membenci dirinya dan puan sofia.

"Kau nak tahu kenapa aku benci sangat dengan kau dan perempuan ni?"

"Yes!aku nak tahu sangat apa sebabnya kau benci aku.Walaupun kita berlainan mak,tapi aku ni tetap adik kau."

"Sudahlah junior..Lebih baik kita keluar saja dari rumah ni.Orang dah tak suka buat apa kita nak tinggal di sini lagi."puan sofia mencelah.Tangan junior dia paut erat.

Hahaha..
King tertawa galak melihat riaksi wanita itu yang sudah mula menggelabah.

"Aku rasa dah sampai masanya kau tahu junior..Tentang rahsia yang selama ni mak kau simpan.Dan tentang kenapa aku benci sangat pada kau."

"Diam!"jerit puan sofia pada king.Wajah lelaki itu di tatap tajam,seakan-akan memberi amaran pada king supaya tidak melanjutkan kata-katanya.

King tersenyum sinis.Jegilan wanita itu langsung tidak menggentarkan hatinya.

"Mama..biar dia teruskan.Junior nak tahu apa sebabnya dia benci sangat pada kita."Tangan puan sofia yang memaut lengannya junior leraikan.

Puan sofia sudah tidak keruan,mukanya berubah pucat.

"Kau nak tahu sangatkan.Ok aku bagi tau.Aku akan bagi tahu semuanya!"

















😭😭😭Pening kpla aku nk mengusun jln crta ni.Dua tiga hari ni otk jd blank!!!crt ni pun mcm dah lri jauh dr jln crta y asl.

Tapi...
Apa bleh buat ak trpksa truskan jgk.Dah xbleh nk berpth blk😥😥😥
So terus hantam sajalah ye..

Hrp korang2 sudi teruskn mmbca dan support king dgn Hani ye.

Fighting💪💪💪



Nah!aku blj skit gmbr si king a.k.a lee jong suk.Aku skrinshot kat i.g dia.korang blehlah follow dia..
😉😛😍😘😂

King of My heartWhere stories live. Discover now