part 8

7.3K 213 7
                                    

Lepas balik dari ofis king Hani terus mengurung diri dalam bilik.Cik Ahn suruh makan tengah hari pun dia tak mahu.

Ah!lantaklah.Bukan mati pun kalau tak makan sehari.Aku nak merajuk satu hari ni,biar padan dengan muka si king tu.Sakit betul hati ni bila asyik kena herdik je.

Kenapalah dia tak boleh bercakap elok-elok dengan aku?tau nya nak marah saja.Apa dia ingat aku ni tak ada perasaan ke.Konon kata nak cuba berubah,tapi tengoklah baru sehari aku duduk sini dah dua tiga kali kena marah dengan dia.

Tensionlah macam ni...Si zack tu pun satu,mentang-mentang lah kingkong tu bos dia,dia backupnya lelaki tu habis-habisan.

Aku ni sapa nak backup?sapa nak dengar rintihan hati aku?dahlah mak ayah aku pun bersekongkol dengan kingkong tu.Haihhh..serabut!

***

Hani rasa ada sesuatu yang sedang bergerak-gerak dikepalanya.Dia tepis tapi benda tu bergerak lagi.Ish..Apa benda pulak ni..tikus ke?Aku nak tidur pun tak senang!

"Hei!jangan kacaulah.."marah Hani dengan mata yang masih terpejam rapat.

Dia kalau dah tidur memang susah nak buka mata.Gaya dia bercakap pun dah macam orang mamai saja.

"Apa ni..Aku nak tidur pun tak senang."bebel Hani lagi.

"Hani.."

"Hani.."

Sayup-sayup dia dengar namanya dipanggil oleh seseorang.

Suara tu!
Yes.Dia kenal sangat dengan suara tu.Tapi kenapa susahnya nak buka mata ni..
Sumpah!dia rasa payah sangat nak buka mata.

"Hani.."

"Hani..Bangunlah..tak elok tidur petang-petang macam ni.."

"Hani.."

Dahinya terasa hangat setelah disentuh oleh sesuatu,agak lama.

Kening Hani berkerut-kerut.Apa tu?

Kemudian dia rasa hangat pula pada kedua-dua belah pipi.Dia dapat rasa itu adalah benda yang sama menyentuh dahinya tadi.Tapi apa dia..?

Come on Hani..Buka mata..

Satu..dua..tiga..

Argh!!!
Hani menjerit didalam hati.Walaupun sangat terkejut tetapi mulutnya terkunci dek kerana terlalu kaget apabila melihat sepasang anak mata betul-betul tepat bertemu dengan matanya sebaik saja dia celik.

Lidah Hani jadi kelu,otaknya tiba-tiba seakan membeku.Tubuhnya keras terbaring kaku.

Lama mereka saling berpandangan kemudian...

Cupp!

What!!!????

"Apa awak buat ni!?"jerit Hani seraya berbingkas bangun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa awak buat ni!?"jerit Hani seraya berbingkas bangun.Tubuh king dia tolak kasar.

My first kiss!!!
OMG!!!
GILA!!!

"Mr king?"

Lelaki mempamer wajah tidak beriak,seakan-akan langsung tidak merasa berasalah dengan perbuatannya itu.

Hani menekup bibirnya.Wajah lelaki itu dia renung tajam.Melampau!

"Aku cuma nak bangunkan kau.."ujar king selamba.

"Macam tu caranya nak kejutkan saya!?Arghh!!!gila."

Matanya mencerlung tajam menjamah wajah king yang masih beriak selamba.

"Itu bukan kejut namanya.Itu mengambil kesempatan!Awak ni memang sengajakan.Agaknya inilah sebabnya awak suruh saya tinggal kat rumah ni supaya senang awak nak buat sesuka hati pada sayakan."

Turun naik dada Hani menahan amarah yang sudah semakin memuncak.

King masih juga diam.Tapi matanya tak lepas merenung Hani.

Dah bisu gamaknya dia ni.

"Berapa kali saya nak ingatkan kita ni belum kahwin,mana boleh awak buat macam ni pada saya.Awak jangan layan saya ni macam perempuan murahan tau.Awak ingat saya tak ada maruah ke!?mula-mula peluk,lepas tu hari ni..awak..awak.."

Air mata Hani mula berguguran.Dia tidak dapat mengawal perasaan,sedih dan marah telah bercampur menjadi satu.

Mudahnya king memperlakukan dia sebegitu.Dan lebih menyakitkan bila tengok muka tidak bersalah lelaki itu.

King mendekat,tetapi Hani mengundur ke belakang.Dia masih belum berhenti menangis.Benci betul hendak pandang muka king ketika itu.

Kenapa lelaki itu layan dia begini?Bila rasa nak marah dia marah aku sesuka hati,lepas tu bila mood dia dah ok dilayannya aku macam ni pula.

Inikah siapa diri dia yang dia nak tunjuk sangat pada aku tu?

"Hani..Aku mintak maaf.."tangan Hani king capai namun gadis itu menepis.

"Jangan sentuh saya!"jerit Hani.

"Hani bertenang..Jangan macam ni..Aku mintak maaf."dia cuba lagi untuk menggapai tangan gadis itu,dan cubaan kali kedua ini berhasil,lantas king genggam kuat tangan Hani supaya gadis itu tidak lepas darinya.

Hani meronta-ronta ingin melepaskan tangannya tetapi kudrat lelaki itu lebih kuat.

King pantas menarik tubuh Hani ke dalam pelukkannya,dan memeluk kemas gadis itu.

"Lepaskan saya..lepaskan.."

"Hani..relax..shh..relax Hani.."

"Lepaskan saya please.."

"Aku akan lepaskan kau..tapi kau kena bertenang dulu..shh..bertenang Hani..bertenang.."belakang badan Hani king urut perlahan cuba menenangkan gadis itu.

"Please..lepaskan saya.."rayu Hani.Kali ini dia tidak lagi meronta dan suaranya juga mula mengendur mungkin kerana sudah kehabisan tenaga.

"Ok..Aku akan lepaskan,tapi kau kena relax dulu..i'm sorry Hani..Sori sangat-sangat dengan apa yang aku dah buat pada kau tadi."

Diam..

"Kau bukan perempuan murahan..kau bidadari aku..Maaf kalau kau rasa aku dah buat kau macam perempuan murahan..Aku..aku..tak boleh kawal diri aku.."

Diam..

"Aku sayang kau Hani.."

"Aku tak nak kehilangan kau.."

Diam..

"Kalau sayang kenapa buat saya macam ni?"

"Aku..."

Hani berjaya melepaskan dirinya bila king sudah melonggarkan pelukkan.Dia melangkah setapa dua kebelakang.Wajah king direnung dengan pandangan yang berkaca.

Sungguh aku tak faham dengan manusia yang satu ini.Dia terlalu rumit bagi aku..

"Kalau sayang kenapa buat saya macam ni?

Soalan itu dia ulang.

King kelihatan tidak keruan pula.Wajah tenangnya tadi berubah kusut.

Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu.Mungkin fikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan Hani.

Untuk beberapa ketika lelaki itu hanya membisu,matanya tunduk merenung lantai.

"Keluar Mr king.."

"Tolong keluar sekarang.."

Batang tubuh king Hani tolak perlahan-lahan sehinggalah lelaki itu sudah berada diluar bilik.Dia tutup pintu dan menguncinya.

Setelah itu Hani menangis lagi..

King of My heartWhere stories live. Discover now