part 23

6.6K 169 1
                                    


"Kau jangan berani bertindak bodoh!Jangan apa-apa kan Hani!" Pekik King sewaktu bercakap dengan seseorang di telefon.

"Ok..Aku akan ikut cakap kau,aku akan buat apa saja yang nak!Tapi jangan apa-apakan Hani.Kalau jadi sesuatu buruk pada dia aku takkan maafkan kau."Ujarnya lagi.

King mengempal penumbuk.Tangannya yang luka kembali berdarah dek kerana kuat genggamannya.

Zack disisi sudah mula resah.Dia tahu siapa yang menelefon King ketika ini.

" Bagi tahu kat mana tempatnya aku akan datang sekarang.Aku akan bawa semua yang kau nak.Ingat,aku tak main-main,kalau apa-apakan Hani memang mati kau aku kerja kan."

Dia mematikan talian.Setelah itu handfonnya dia campak ke lantai hingga berderai.

Setan!!!

Jerit king.Dadanya turun naik menandakan amarah membuak-buak.

Arghh!!!

Kali ini dia tumbuk meja pula.Makin banyaklah darah yang keluar dari tangannya.

Zack jadi panik."Tuan.Jangan buat macam ni."

Dia mendapatkan King.Tangan kanan lelaki itu yang dibasahi darah dia pegang.Sehelai kain dia ambil kemudian membalutnya.

"Tuan,jangan sakitkan diri Tuan sendiri." Pesannya.

King merengus geram."Zack,bawa semua dokumen-dokumen penting masukkan dalam beg."Dia memberi arahan.

"Tuan nak buat apa?"

"Jangan banyak tanya Zack,buat je apa yang aku suruh!"

"Baiklah Tuan."Zack menurut perintah.

Bila Zack sudah selesai memasukkan semua dokumen penting seperti yang diminta oleh King,dia menyerahkan beg tersebut pada lelaki itu.

" Tuan nak pergi mana?"Soal Zack resah bila dia tengok King ambil beg tersebut kemudian keluar dari bilik bacaannya.

"Aku nak pergi selamatkan Hani." Jawabnya pendek.

"Saya suruh orang-orang kita siap sedia ya."

"Tak payah.Aku pergi sorang saja."

"Tapi Tuan,bahaya kalau Tuan pergi sorang diri."

"Dia nak jumpa aku sorang saja Zack.Kalau aku tak ikut arahan dia nak bunuh Hani.Aku takkan biarkan dia buat semua tu."

"Tapi Tuan..Saya takut kalau mereka apa-apakan Tuan.Kalau Tuan tak nak orang-orang kita ikut,biar saya sorang saja yang ikut."

"Kau tak faham bahasa ke Zack!?Dia nak jumpa aku sorang saja.Kau jangan terfikir nak bertindak bodoh."

"Kalau dalam masa dua puluh empat jam aku dan Hani tak balik,barulah kau bertindak.Tapi ingat Zack,jangan bagi tahu polis.Kau setelkan semuanya sendiri dengan orang-orang kita."

Walaupun rasa berat hati nak lepaskan King pergi seorang diri,Zack terpaksa akur.

"Baiklah Tuan.Hati-hati ya."

***

Puan Sofia tersenyum puas bila tengok tubuh King terkulai layu didepan matanya.

Dia mendapatkan king,kemudian rambut lelaki itu dia tarik kuat.

Kening King berkerut menahan sakit.Dahinya dipenuhi darah begitu juga dengan tubuhnya.

Dia tidak berdaya hendak melawan orang-orang yang diupah oleh Puan Sofia.

Dia tidak berdaya hendak melawan orang-orang yang diupah oleh Puan Sofia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hahahaha..

Puan Sofia ketawa galak."Sakit king?"

"Padan muka kau!Ada hati nak lawan aku."

Hmphh!

Dia melayangkan sepak terajangnya pada tubuh King.Bila sudah puas barulah dia berhenti.

"Dari mula lagi aku dah bagi amaran pada kau,jangan nak berlagak dengan aku,tapi kau tak nak dengar,sekarang tengok apa yang jadi pada kau."

"Hahaha..Mana perginya King yang angkuh dan berlagak tu?Dah terkulai depan aku.Hahaha.." Tawa Puan Sofia bergema.

"Mana Hani..Mana kau sorokkan dia" Kaki Puan Sofia king paut.Suaranya kedengar lemah.

"Emm..Kau nak jumpa tunang kesayangan kau tu ye?Ish..ish..ish..Kesiannya..Terharu pulak aku tengok cinta suci kau ni." Sekali lagi dia tarik rambut King.

"Tapi..Kau ingat senang-senang je ke aku nak bagi kau jumpa tunang kau tu hah!?Tak semudah itu tau.."

"Apa lagi yang kau nak..?Aku dah bagi semuanya pada kau.Apa lagi yang kau nak!?" King mula berang.Jika dia punya kekuatan tentu teruk wanita ini dikerjakannya.

"Hmm..Aku tak nak apa-apa dah dari kau.Aku just belum puas tengok kau menderita."

"So kau sabar sikit ye sayang..Nanti bila mama dah puas hati baru mama berhenti."Tutur Puan Sofia.Kemudian dia memberi isyarat kepada orang-orang suruhannya untuk terus membelasah King.

Dia kemudiannya berlalu pergi dari situ dan masuk ke dalam sebuah bilik.Didalam bilik itulah dia menempatkan Hani.

Bilik itu lengkap dengan semua peralatan hospital yang diperlukan oleh Hani.

Gadis yang terbaring lemah tidak sedarkan diri dan masih bergantung pada mesin bantuan pernafasan itu dia renung bersama senyuman sinis.

" Tak sangka si King bodoh tu sanggup menyerah diri dia pada aku sebab perempuan bodoh macam kau."

"Apalah yang istimewa sangat pada kau ni sampai dia sanggup serahkan semua harta dia pada aku."

"King yang bongkak dan angkuh tu menyembah kaki aku sebab kau.Hahaha..Memang menarik dan tak disangka-sangka.Si Tuan putera sedang berusaha selamatkan sleeping beauty dia ni.Emm..Aku nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan."

***

"Mama please..stop!" Suara Junior memekik.

Matanya pegun merenung tubuh king yang sudah berlumuran darah.Kemudian,anak matanya beralih pula pada Puan Sofia yang duduk di kerusi berhampiran King sambil perhatikan orang-orangnya membelasah lelaki itu.

"Apa yang mama buat ni?Please stop ma..Please..Saya merayu." Air mata Junior bergenang.Dia tak sangka mamanya sekejam ini.

"Jangan masuk campur Junior!Ini urusan mama dengan lelaki ni." Tutur Puan Sofia kasar.Hatinya sikit pun tak terjentik melihat kehadiran Junior.

"Mama..Junior datang sini sebab nak bawa balik London.Jomlah ma..Kita balik sana."

"No!Mama takkan balik sana selagi semuanya belum setel.Hati mama masih belum puas tengok lelaki ni menderita." Tukas Puan Sofia.

Dia menghampiri King."Tengoklah apa yang jadi pada si King yang bongkak ni,dia datang menyembah ke kaki mama,takkan mama nak lepaskan peluang ni.."

"Kenapa mama jadi macam ni?Kenapa mama tak nak dengar cakap Junior?Apa junior ni tak penting pada mama?" Soal Junior bertubi-tubi dalam tangis.

Hatinya sakit melihat sikap puan Sofia begini.

"No sayang..Junior sangat penting bagi mama,sebab tu mama buat semua ni."

"Mama nak satu-satunya anak mama ni hidup senang -lenang,tak mengemis harta orang lagi.And sekarang mama dah berjaya,so you should be proud my son.." Ujarnya angkuh.

"Mama yakin mama dah dapat semuanya?Mama yakin apa yang mama buat ni untuk Junior,bukan untuk diri mama sendiri?"

"Junior hanya perlukan mama.Junior hanya akan rasa bangga kalau apa yang mama buat ni semuanya betul.But not this ma.."

"Bukan ini yang saya mahukan.."

"Stop junior!Jangan nak berdrama dekat sini.Kalau Junior sekadar nak merepek baik blah!Balik ke London semula dan tunggu mama kat sana."

"Saya takkan pergi ke mana-mana,saya akan tunggu mama dekat sini..Saya akan tunggu sampai mama setuju untuk balik ke London."

"Ok,Whatever.."

Puan Sofia tidak mengendahkan Junior.Baginya apa yang dia lakukan sekarang ini adalah lebih penting..

King of My heartWhere stories live. Discover now