Teragak-agak king menghampiri Hani yang sedang nyenyak tidur.Dia duduk dibirai katil.Wajah mulus Hani jelas kelihatan dibawah limpahan cahaya lampu tidur itu dia tatap penuh kasih.
Tenang.Itu yang king rasakan saat dia menatap wajah itu.Perlahan-lahan tangannya naik membelai rambut Hani.
King koyak senyum bila mengingatkan kembali pertemuan kali pertamanya dengan Hani.Sungguh waktu itu dia sangat bencikan Hani,hatinya tak pernah berhenti menyumpah gadis itu.
Dia benci semua yang berkaitan dengan Hani,dalam fikirannya keluarga Hani sengaja ingin mengambil kesempatan diatas wasiat yang ditinggalkan oleh datuknya.Tapi sungguh pun bencikan Hani dia tetap memerlukan gadis itu demi mendapat harta peninggalan arwah.
Macam-macam cara yang telah king lakukan untuk memastikan Hani tidak lari jauh darinya demi matlamat yang satu itu.Dan hasilnya dia berjaya mengikat Hani dengan tali pertunangan mereka.
Setahun mereka bertunang,dan sepanjang tempoh setahun itu masih banyak perkara yang king tidak pernah tahu tentang Hani.Dia tak tahu dan tidak pernah mengambil tahu.
Keluhan berat king lepaskan.Dia rasa sangat menyesal kerana membiarkan tempoh setahun itu berlalu begitu saja.Alangkah indahnya jika waktu itu di isi dengan setiap kenangan indah bersama Hani..Tidaklah hubungan mereka seperti sekarang.Berantakkan.
Tangan Hani dia genggam lalu dibawa kebibir kemudian dikucup hangat.
Hani..tolonglah bersabar dengan aku.Tolonglah bertahan.Jangan tinggalkan aku,aku tak mahu kehilangan kau..
***
Seminggu kemudian..
Keadaan Hani semakin baik,dia sudah mahu makan dan tidak lagi berkurung dalam bilik.Tapi satu saja yang berubah,sikapnya pada King. Dingin.Tidak seperti Hani yang dulu,Hani yang sekarang lebih banyak mendiamkan diri dan termenung.
Jujur king rasa kecewa dengan sikap Hani yang sekarang,tapi setidaknya Hani masih mahu tinggal disitu dan masih mahu bersama denganya. walaupun kadang-kadang dia merasakan dirinya seperti tidak wujud disamping Hani.
King cuba sedaya upaya untuk bersabar.Dia cuba untuk mengubah sikap perengusnya demi Hani.Dia tak mahu Hani semakin menjauh lagi dari dirinya.Walaupun tak mudah,tapi king tetap berusaha.
Dia tidak lagi marah-marah,bercakap kasar atau mengeluarkan kata-kata yang tidak elok,bukan saja pada Hani tetapi juga pada orang disekelilingnya.
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...