Henfon ditangan Hani renung sahaja,masuk hari ini sudah hari ke empat king ditokyo.DAn termasuk hari ini sudah empat hari dia tidak menelefon Hani.
Marahkah king pada Hani,gara-gara apa yang dikatakannya pada lelaki itu tempoh hari?
Dia gigit bibir bila mengingatkan kembali apa yang dikatakan pada king.
Arghh!
Aku tak patut cakap macam tu.Dia tak pernah menyusahkan orang,melainkan kau yang selalu menyusahkan dia Hani..Serta merta memori waktu dia jatuh sakit tempoh hari terlayar difikirannya.Bagaimana king menjaga dia dengan penuh sabar dan prihatin.Lelaki itu nampak saja kasar tetapi hatinya lembut.
Mr king..sy rindu..kenapa mr king tak call?mr king marahkan sy ke?😢
Laju saja jari jemari Hani menaip mesej namun seketika kemudian dia memadamnya semula.
Ish!gila..Tak naklah aku hantar mesej pada dia.Malu!
Sedang Hani duduk ditepi kolam renang itu dia tidak sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang.Gelagat Hani mencuri tumpuan orang itu.
Lantas tanpa dia sedar dirinya dihampiri.
"Hai.."tegur satu suara.
Hani terus tegak duduknya.Dia toleh kebelakang.
Kelihatan Junior sedang berdiri dibelakangnya dengan senyuman tersungging dibibir.
Tanpa dijemput Junior terus mengambil tempat disebelah Hani.
"Kenapa duduk sini sorang-sorang?"soal Junior yang sudah pun duduk.
"Saja."jawab Hani sepatah.Jujur dia tak ada mood hendak beramah mesra ketika itu.
"Oo..Dari tadi saya tengok awak renung saja fon tu,tunggu panggilan seseorang ke?"Junior menyoal lagi.
Ah!budak ni menyibuk je.
"Awak tunggu king call ye?"
Ee..budak ni..
"Mana ada!"
"Tak payah nak bohonglah..Dari air muka awak tu saya dah dapat agak yang dia tak call awak kan."
Hani tidak menjawab sebaliknya dia menghadiahkan jelingan tajam pada Junior.
Lelaki itu tersengeh.
"King memang macam tu..pentingkan diri sendiri,dia mana kesah pada orang sekeliling dia.Bagi dia kerja tu lagi penting daripada keluarga.Contohnya macam awak ni,tunang dia tapi dia layan awak macam bukan siapa-siapa kan?"
Hani kerut dahi.Lelaki ni siapa sebenarnya,apa hak dia nak cakap macam tu tentang king?
"Awak tak tahu apa-apa tentang kami,jadi jangan nak menyibuk.Jangan berlagak macam awak kenal sangat siapa king."
"Saya kenal king lebih dari awak kenal dia.Sebab tu saya berani cakap dia seorang mementingkan diri sendiri."
"Tak kisahlah siapa yang lebih kenal dia,apa yang penting sekarang ni awak jangan nak memburukkan dia depan saya ye!"
"Wah!marah nampak.Relaxlah..Saya bukan nak memburukkan dia.Saya cuma bagi tahu awak apa yang betul je.Kalau awak tak nak dengar sudahlah..Tapi rasanya awak pun dah tahukan perangai king tu macam mana,saya boleh agak sepanjang korang bertunang ni dia tak pernah layan awak dengan baik kan..?so cik Hani bertabahlah.Ini baru bertunang.."
Sebaik saja menghabiskan kata-katanya Junior terus berlalu pergi.
Hani ketap bibir.Geram mendengar apa yang lelaki itu katakan tadi.
Memanglah king selalu pentingkan diri sebelum ni,tapi sejak akhir-akhir ini lelaki itu sudah banyak berubah,dan Hani yakin selepas ini king akan melayannya dengan lebih baik..
***
"Cik Ahn..siapa puan sofia dan si Junior tu?kenapa diorang tu selalu je cakap pada saya yang king tu jahat.?"
Hani bertanya pada Cik Ahn ketika membantu wanita itu didapur.
"Emm..Sebenarnya Cik Ahn tak nak ceritakan pada cik Hani siapa mereka berdua tu,tapi memandangkan cik Hani pun bakal menjadi sebahagian dari keluarga ni,cik Ahn rasa cik Hani perlu tahu siapa mereka."
Cik Ahn tarik tangan Hani untuk duduk bersamanya diruang makan.
"Sebenarnya puan sofia tu ibu tiri tuan,dan junior tu pula adik tiri tuan.Ayah tuan,Encik Abrar kahwin dengan puan sofia selepas ibu kandung tuan king meninggal.Tapi.."
"Tapi apa?"
"Tapi sebenarnya Junior tu lahir sebelum Encik Abrar kahwin dengan puan sofia.Dia anak luar nikah mereka.Semasa arwah ibu Tuan masih hidup mereka berdua sudah menjalinkan hubungan.Sebab itu tuan king tak suka pada puan sofia dan junior."
Aku mengangguk tanda mengerti.Barulah aku tahu kenapa king tak suka pada Puan sofia dan Junior.Kalau aku ditempat dia pun aku rasa,aku akan membenci mereka berdua.
Kenapalah Encik Abrar tergamak buat macam ni pada king dan ibu dia?
"Habis tu,nanti kalau king balik macam mana?tentu dia akan mengamuk kalau nampak mereka berdua."
"Itulah yang cik Ahn risau kan sekarang ni..Puan sofia tu memang degil.Bukannya dia tak tahu perangai king tu macam mana,tapi sengaja nak cari nahas juga."
Air muka wanita itu jelas kelihatan risau.Tentu sajalah cik Ahn risau,tambah-tambah lagi si king tu panas baran orangnya.
"Tak apalah cik Ahn..Jangan risau sangat..Nanti kalau king mengamuk Hani boleh tolong pujuk dia.King tu bila tengok muka Hani ni sejuklah hati dia hihihi.."sempat lagi aku berjenaka dengan cik Ahn.Saja nak hilangkan resah orang tua itu.
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...