"Bodoh!!!"
Musa jatuh tersungkur setelah diterajang kuat oleh King.
"Kerja senang macam tu pun kau tak boleh buat!" Suara King memetir.Matanya merah merenung Musa yang sudah terduduk di lantai.
"Kau pun sama.Bodoh!"
Giliran Amin pula yang menerima hadiah penerajangnya.
King betul-betul sudah naik gila.Dia tidak dapat mengawal amarahnya bila dapat tahu Hani hilang dari wad.
Dia sudah arahkan Musa dan Amin untuk menjaga Hani semasa ketiadaannya tapi entah dimana silapnya mereka kehilangan Hani.
Arghh!!!
Dia ambil kayu golf lalu memukul badan Amin dan Musa sungguh-sungguh.Mereka berdua tidak melawan sebaliknya hanya berdiam diri menerima pukulan itu.
Masing-masing takut hendak melawan bila lihat King sudah naik gila begitu.Mereka sedar memang mereka yang salah kerana cuai dalam menjalankan tugas yang diberi.
"Stop Tuan.Stop.Mati budak berdua ni nanti." Zack berusaha untuk menghalang King daripada terus melepaskan kemarahannya pada Amin dan Musa.
Arghh!!!
"Aku tak peduli.Biar mampus budak berdua ni!" Tubuh sasa Zack king tolak Kuat.
"Tolonglah Tuan,berhenti.Jangan buat macam ni." Zack merayu sambil cuba menahan king dari terus menghayun kayu golfnya.
Amin dan Musa pula sudah terkulai lemah bermandi darah.
"Lepaskan aku Zack!lepaskan aku!"
King meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Zack yang sudah memeluknya dari belakang.
Zack terpaksa buat begitu untuk hentikan King,jika tidak Amin dan Musa pasti akan mati dikerjakannya.
"Bawa diorang pergi hospital cepat." Zack memberi arahan kepada Joe dan Bob.Dia perlu bertindak cepat sebelum King berjaya melepaskan dirinya.
Bob dan Joe cepat-cepat angkat Amin dan Musa bawa keluar dari bilik itu.
Pang!!!
Pipi zack King tampar kuat.Dia marah bila lelaki itu menghalangnya.
"Kau nak mati ke zack!?" Rambut Zack dia tarik.
Lelaki itu tidak melawan."Saya tak kisah kalau Tuan nak bunuh saya,tapi Tuan kena ingat,dengan buat macam ni masalah takkan selesai.Kita takkan jumpa cik Hani."
Tutur Zack.Siapa yang tak takut mati,tapi dia terpaksa cakap macam tu sebab nak sedarkan King yang seperti sudah di rasuk syaitan.
Arghh!!!
King menjerit kuat seraya merebahkan tubuhnya di atas lantai.Dia menangis semahu-mahunya.
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...