part 21

6.2K 164 4
                                    

Tubuh Hani yang terbaring lemah King tatap sayu.Air mata yang cuba dia tahan akhirnya tumpah juga.Sungguh!Dia tak kuat.Dia takut jika gadis ini pergi meninggalkannya.Dia tak mahu kehilangan Hani.Dia takut untuk kehilangan lagi.

"Hani..Tolong buka mata.Bangun cepat Hani.Aku rindukan kau,aku tak nak kehilangan kau." King merintih sayu.

"Tolonglah bangun Hani..Jangan tinggalkan aku..Aku sayangkan kau.Aku janji aku tak akan marah-marah lagi.Aku janji akan sentiasa berada di sisi kau.."

Bahu King bergetar menahan sebak.Tangan Hani dia genggam erat menyalurkan rasa cintanya pada gadis itu.

"Bangun Hani sayang..Buka mata renung aku sayang..Jangan terbaring macam ni saja.Aku rindu nak dengar gelak tawa kau,aku rindu nak bergurau senda dengan kau."

"Hani..Macam mana aku nak teruskan hidup ni kalau kau tak ada sayang?"

Tangisan King bergema memenuhi ruang wad itu.Dia sudah tidak mampu menahan rasa sakit bila tengok Hani begitu.Jiwanya merasakan sakit yang teramat sangat.

Dan lagi sakit bila teringatkan kata-kata doktor yang mereka harus bersedia kerana Hani tak akan bertahan lama.

Tolong jangan ambil dia dari aku Tuhan..Berikan aku peluang untuk mencintainya.Rintih King.

Aku tak boleh hidup tanpa dia..

Aku tak boleh hidup tanpa dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat!Cari dia dan bawak dia jumpa aku!!!"

Prang!!!

Serentak dengan itu King tepis gelas air yang berada diatas meja makan.Serpihan kaca yang pecah itu diambil kemudian dia genggam kuat.

Zack memejamkan mata tahan ngilu bila tengok darah pekat yang mengalir dari tapak tangan lelaki itu.Sedangkan King pula riak wajahnya seolah-olah tidak merasa apa.Seperti dia tak punya deria rasa sakit.

"Tuan jangan risau saya akan uruskan semuanya." Tutur Zack.

Mata merah King merenung tangannya yang sudah bermandi darah.Sakit ini tak sama dengan sakit yang dia rasa bila tengok Hani begitu.

"Aku akan pastikan perempuan tu menyesal seumur hidup dia!" Ujar King.Rahangnya berlaga-laga menahan amarah.

***

"Ma..tolong hentikan apa yang mama rancang tu." Suara Junior dihujung talian kedengaran suram.

Sakit kepalanya bila memikirkan Puan Sofia.

"Jangan risaulah sayang..Mama akan uruskan sebaiknya.Mama dah ada plan yang baik untuk kita."

"Mama..Can you please stop!Jangan nak buat kerja bodoh.Balik sini Junior tunggu mama.Kita mulakan hidup baru,dan lupakan semuanya.."Suara Junior mula naik tinggi.

" You should stop Junior,jangan nak halang mama,mama buat semua ni untuk kesenangan kita berdua.Nak harapkan papa kamu,memang satu sen lah kita tak merasa."Puan Sofia turut menaikkan suaranya.

"Ma..duit tu bukan segala-galanya,saya cuma perlukan mama,saya tak perlukan harta benda tu semua..Please ma..Balik sini,saya rindukan mama.." Junior berusaha memujuk Puan Sofia.

Dia tak mahu mamanya bertindak bodoh demi mendapatkan harta King.Jujur,dia tak perlukan itu semua,dia hanya mahukan mamanya saja.

"Ma..tolonglah,saya merayu.Kali ini saja,tolonglah dengar cakap saya.Balik sini semula ma.."

"No!Mama takkan balik sana selagi tak dapat apa yang mama nak.Junior tak payah nak merayu bagai,mama tahu apa yang mama buat.You just stay there and wait,i will comeback."

Puan Sofia terus mematikan talian.Buang masa saja dia bercakap dengan Junior.Anaknya itu langsung tidak memberi sokongan padanya.

Tak apa,yang penting rancangannya kali ini takkan gagal,dia akan pastikan Junior berbangga dengannya setelah mendapatkan semua harta King.

King of My heartWhere stories live. Discover now