Suasana sepi menyelubungi mereka buat seketika.Baik Hani mahupun king tidak bersuara.Hanya mata mereka saja yang saling bertatapan.
Hani sandar tubuh pada kerusi,dia juga turut silang tangan ke dada seperti king.
Tadi kata nak bincang,sekarang senyap pula.Hatinya merungut.
"Emm..mr king."panggil Hani.
King tersentak seolah-olah baru tersedar dari angan yang panjang.Dia cuba berlagak selamba dengan membetulkan duduknya.
"Tadi kata nak bincang tentang kita?"soal Hani sambil mengangkat kening.
"Ya..Aku nak bincang tentang kita."
"Kenapa dengan kita?"
King kerut dahi.
"Kau tanya kenapa dengan kita?Hani..kalau aku kata otak kau tu lembab nanti kau marah!takkan itu pun tak boleh fikir!"tutur king kasar.
Berdesing telinga Hani dengar kata-kata king.Dia mengepal penumbuk menahan amarah.
Si kingkong ni kata aku lembab!?
"Mr king..kita sekarang ni nak berbincangkan,tak boleh ke awak cakap guna bahasa yang elok sikit,biar sedap telinga mendengar.Macam ni ke caranya nak berbincang?baru buka mulut dah melenting."tegur Hani panjang lebar.Lantaklah si kingkong ni nak marah ke apa.Ingat dia sorang je reti marah orang!
King gigit bibir,sedar akan keterlanjurannya.
"Ok..I'm sorry.."ujarnya mendatar.
Hani julingkan mata.Reti pun cakap elok-elok.
King tarik nafas dalam-dalam sebelum melanjutkan bicara,wajah polos Hani dia tatap untuk meredakan amarah didada.
"Boleh kita berbincang sekarang?"tanya Hani.Tunak matanya tepat merenung anak mata king.
Lelaki itu mengangguk lemah.
"Kau tahukan kita akan berkahwin lagi dua bulan?"
Hani angguk.
"So..sebelum kita kahwin,aku nak kita lebih saling mengenali antara satu sama lain."king menyambung bicaranya.
Kali ini Hani mengangguk juga.Dia setuju dengan kata-kata king yang mahu mereka lebih saling mengenali antara satu sama lain.
Setahun sudah bertunang tapi masih banyak yang mereka tidak tahu tentang diri masing-masing.
"Oleh kerana itu,aku nak mulai esok kau tinggal dalam rumah ni dengan aku."
Terbutang biji mata Hani mendengar apa yang baru saja dikatakan oleh king.
"Kenapa pulak nak kena tinggal serumah!?"soalnya dengan intonasi suara yang kurang senang.
"Kita belum kahwin mana boleh duduk serumah,lagipun mak ayah saya tentu tak kan izinkan saya tinggal dalam rumah ni dengan awak."tambah Hani lagi.Dia sudah bangun dari duduknya.
Tinggal serumah dengan kingkong ni?memang tak lah..
"Kau nak risau apa..?bukannya kita berdua je yang ada dalam rumah ni.Zack,cik Ahn,pak Din,Dewi,Mona semua ada."tukas king,satu persatu nama pekerja yang tinggal didalam rumah itu dia sebut.Tapi itu pun baru separuh,ada ramai lagi yang dia sendiri pun tak ingat nama mereka.
Huhh..
Keluh Hani,berat."Memanglah bukan kita berdua saja dalam rumah ni..Tapi ayah saya takkan izinkan."Dia gunakan ayah sebagai alasan dengan harapan king mahu dengar cakapnya.
King senyum senget.Dia sudah dapat mengagak Hani akan gunakan nama ayahnya sebagai alasan untuk menolak cadangan king.
"Aku dah call ayah kau,dan dia setuju kalau kau pindah ke sini tinggal dengan aku."tutur king bersahaja.
Hani garu kepala.Biar betul!?
"Kenapa,tak percaya?"
Hani mengangguk laju.
"Kalau tak percaya tanyalah pada ayah kau sendiri."
Serentak dengan itu king berlalu pergi meninggalkan ruang makan.Dia biarkan saja Hani yang masih terpinga-pinga disitu.
***
"Ayah!!!"
Jerit Hani sebaik sahaja mendengar pengakuan dari ayahnya.OMG!Ini memang gila.Siapa yang gila?tentu sajalah dia,sebab dia yang akan tinggal serumah dengan si kingkong tu!
"Kenapa ayah buat Hani macam ni..?ayah dah tak sayang Hani ke?"
Air matanya sudah bergenang.Wajah mak dan ayahnya Hani pandang mengharap simpati.
"Sebab ayah sayang kamulah,ayah setuju.Bukan senang tau nak dapat peluang tinggal dalam rumah besar macam tu.Kamu sepatutnya bersyukurlah."
"Betul tu.Lagipun kamu ingat senang ke mak dengan ayah nak lepaskan kamu tinggal dengan king,kami pun takut tau.Tapi bila king jumpa sendiri dan mintak kebenaran dengan ayah barulah kami berani benarkan kamu tinggal dengan dia."
Mak pula menyampuk.
Ayah dengan mak kalau hal-hal yang berkaitan dengan king,diorang memang sepakat habis.
"King cakap kalau Hani setuju nak tinggal dengan dia,dia nak belikan ayah kereta baru."tokok ayah lagi.
Mak menyiku lengan ayah,Hani pula sudah ternganga.Rasa macam nak telan saja mak dan ayah dia ketika itu.
Oh!tuhan..
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...