Zack tergesa-gesa keluar dari bilik king bersama sebuah beg pakaian.Dia langsung tidak perasankan Hani yang sedang memerhatikannya.
Hani yang duduk diruang membaca menghampiri zack,dan langkah lelaki itu dihalang.
"Nak pergi mana dengan beg tu?"
Kenapa hanya zack sorang je,mana king?Hani terjenguk-jenguk mencari kelibat king.
"Tuan suruh saya ambilkan pakaian-pakaian dia."Jawab zack.
Lelaki yang seorang ini sama seperti king,wajahnya selalu serius tapi lebih tepat lagi zack ni macam robot.Gerak geri dan cara dia bercakap semuanya kaku.
"Kenapa?Mr king nak pergi mana?"
"Tuan akan pergi ke Tokyo seminggu."
"Oh!"
Baru saja zack hendak bergerak pergi Hani menahan lagi.
"Kenapa dia tak balik rumah?"
"Tuan ada meeting sekarang,sebab tu dia suruh saya kemas pakaian-pakaian dia.Nanti lepas habis meeting kami akan terus berangkat ke tokyo."
Tanpa menunggu lebih lama zack terus bergegas pergi.
Hani hanya menyoroti langkah lelaki itu dengan pandangan mata sahaja.
Seminggu..lama jugak tu.
***
"King tahu tak kamu balik ke rumah ni?"mak menyoal Hani ketika mereka berdua duduk di dapur.
Hani geleng kepala.Malas dia nak bagi tahu King,lagipun balik ke rumah mak ayah dia je pun buat apa nak bagi tahu.
"Hish!kamu ni Hani..bagi taulah,nanti kalau dia marah macam mana?"
"Ala..Hani kan balik ke rumah family Hani,takkan tu pun dia nak marah..Lagipun time dia tak ada ni lah Hani nak merasa bebas sikit mak.Kalau tidak 24 jam asyik dengan dia je,lepas tu terperap dalam rumah tu."
"Eloklah tu buat perangai macam ni.Kamu kena ingat king tu bakal suami kamu.Dari sekarang ni lah nak kena belajar hormat dan dengar cakap dia."bebel mak lagi.
Hani julingkan mata.Mak asyik menyebelahkan si kingkong tu je.
"Sekejap je mak..Nanti petang Hani baliklah.."
"Eloklah tu,jangan lama-lama kat sini."
"Eh!mak ni macam nak menghalau je,macam tak suka je Hani balik ke rumah ni."
Mak tak menjawab sebaliknya dia tayang sengeh saja.
Hani terus tarik muka.Apalah nasib..balik ke rumah keluarga sendiri pun kena halau.
***
Suara kekecohan dibawah menarik perhatian Hani.Dia tutup novel yang dibacanya kemudian keluar dari bilik.
Melalui tingkat atas Hani dapat melihat apa yang terjadi dibawah.Dia nampak cik Ahn,Dewi dan Mimi sedang menenangkan seorang perempuan berumur lingkungan 40an,dan gayanya tampak sangat elegen.
Disisi wanita itu berdiri seorang lelaki,melihat pada gayanya Hani mengagak lelaki itu berumur dalam lingkungan 20an.Mungkin mereka berdua mak dan anak.Tapi mereka berdua tu siapa?
"Puan..tolong jangan buat kecoh di sini.Tolonglah keluar dari rumah ni sekarang."rayu Dewi.
"Betul tu puan.Lebih baik puan beredar sekarang sebelum kami panggil sekuriti."sampuk Mimi pula.
Pang!!!
Mimi memegang pipinya yang terasa pedih.Hani yang memerhati diatas menekup mulut kerana terkejut.Wanita yang menampar mimi pula tersenyum puas.
"Kau jangan tunjuk lagak depan aku ye!"ujar wanita itu.
"Nak panggil sekuriti?panggillah!ingat aku takut."ujarnya lagi dengan suara yang lantang.
Tanpa disuruh atau dijemput wanita itu terus berlalu keruang tamu dan duduk disitu dengan gaya angkuhnya.Lelaki muda tu pun ikut sama..
Geram pula Hani tengok gelagat dua beranak tu.Sombong gila!
"Puan..saya cuma nak ingatkan Tuan king dah pesan pada kami yang dia tak benarkan puan dan junior tinggal dirumah ni,tapi kalau puan masih berkeras,tak apa saya benarkan puan tinggal disini buat sementara waktu.Tapi..Kalau Tuan dah balik nanti,puan tanggung sendirilah akibatnya."Tutur Cik Ahn dengan nada suara yang tenang.
Memang salutelah dengan cik Ahn ni,walaupun dalam keadaan yang tegang dia masih boleh bertenang.Biasalah orang tuakan..Dah banyak pengalaman.
Wanita itu tersenyum sinis kemudian dia bangun berjalan menghampiri Cik Ahn.
"Apa akibatnya?Jangan nak menakutkan akulah orang tua!si king tu takkan berani buat apa-apa pada aku.Kalau dia nak buat sesuatu pada aku dan junior,aku rasa dari dulu lagi dia dah lakukan."Dengan angkuhnya wanita itu bersuara.
Cik Ahn menganggukkan kepala."Baiklah semua terserah pada puan.Saya takkan halang untuk puan tinggal disini,tapi sebagaimana yang saya katakan,jangan menyesal nanti."
Setelah itu Cik Ahn terus beredar meninggalkan wanita itu.Dewi dan Mimi menyusulnya dari belakang.
Hani masuk semula kedalam bilik,dia tak berani nak turun kebawah memandangkan keadaan masih tegang.
Apa yang dimaksudkan oleh cik Ahn tadi?Kenapa king tak benarkan wanita itu dan anaknya tinggal dirumah ni?
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...