Hani tunduk merenung lantai,pipinya terasa membahang dek kerana malu bila mata king masih belum lepas merenungnya.
Dia malu kerana sudah terlepas laku petang tadi dan dia juga malu kerana sudah terlebih dahulu menyatakan rindu pada king.
"Hani..Kenapa diam saja ni?"
"Tak ada apa-apa.."
"Tak ada apa-apa?"
Hani mengangguk.
"Malu?"
Dia angguk lagi.
Hahaha..
Tawa king meletus.Geli hati tengok riaksi Hani yang malu-malu tu.Hani tarik muka.Ish!dia ni..
"Sini.."panggil king sambil menepuk tilam disebelahnya.Dia suruh Hani duduk di situ.
"Tak nak."
"Sinilah.."
Hani geleng kepala.
"Marilah honey.."king tersenyum meleret.
Ouch!sweet.
"Tak nak.."
"Sini!sebelum aku angkat kau."king mula memberi amaran.
Terus panjang muncung Hani dibuatnya.Mahu tak mahu terpaksa jugalah dia ikut kata lelaki itu.
"Kenapa..?"
"Saja.Belum habis rindu lagi."
"Tadi tu macam tak rindu pun.Pandang saya pun tidak."
"Aku rindu gila dengan kau.Bukannya saja-saja tak nak pandang,tapi aku takut nanti kalau tengok kau aku tak boleh nak kawal diri."
"Tak boleh kawal diri?"
King mengangguk.
"Emm..Takut nanti aku terkam kau."king buat gaya hendak terkam Hani bersama senyuman nakal.
Amboi..
"Ee.."Tubuh king Hani tolak agar menjauh sedikit darinya.
"Hahaha..Tapi tak sangka ada orang tu menyerah diri pula."
Pipi Hani serta merta hangat kembali.
"Mana ada serah diri.."
"Tadi tu bukan namanya menyerah diri?"terangkat-angkat kening lelaki itu mengusiknya.
Hani ambil bantal kemudian menekup mukanya.Malu.
Situasi peluk memeluk petang tadi terlayar kembali difikirannya.Arghh!!!
"Do you really miss me?"bantal yang menutupi wajah Hani king campak ke tepi.
"Rindulah.."
"Betul?"
"Iye.."
Diam..
"Awak rindukan saya?"giliran Hani pula menyoal.
"Rindu sangat.."
"Setiap saat,setiap detik."
Kemudian satu kucupan hangat singgah di dahi Hani.Lama.
"Mr king.."
"Emm.."
"Saya rasa kita kena kahwin cepat-cepat."
"What!?"
"Are you serious?"
"Hmm.."
"Tak sabar nampak."
"Bukan tak sabar..Tapi takut."
"Takut?"
"Emm.."
"Takut apa?"
"Takut awak terkam saya."
Dahi king berkerut.wajah polos Hani ditatap lama.
"No..Aku takkan buat macam tu pada kau..Aku takkan lakukan perkara-perkara yang boleh rosakkan hubungan kita."
"Mungkin kau tengok aku ni macam gelojoh,tapi tak adalah sampai terfikir nak buat benda-benda yang tak elok pada bakal isteri sendiri..Aku sayang kau."
"Setakat peluk,cium sikit-sikit tu biasalah."
Mata Hani terjegil."biasa?"
"Dah biasa?"
"Tak!maksud aku dengan kau sorang je."
"Saya sorang je?Boleh percaya ke ni?
"Hani.."tangan Hani king tarik dan letak ke dadanya.
"Pernah ke kau tengok aku dengan perempuan lain selain kau?"
Hani menggeleng kepala.Mana pernah dia nampak king dengan perempuan lain.Lagipun kalau tengok muka bengis dia tu,rasanya tak ada seorang perempuan pun berani mendekat.
"Dalam hati aku ni cuma ada kau je.Peluk cium aku semuanya untuk kau sorang je."
Setelah itu tangan Hani dibawa pula ke bibir dan dikucup lembut.
Muka Hani kembali panas dan merona merah.Malu!
Oh!tuhan..bahagianya aku..
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...