part 6

7.4K 227 4
                                    

Tak sampai satu hari duduk dirumah king,Hani sudah mula rindu pada mak dan ayahnya.

Segenap ruang bilik itu dia renung.Bilik tidur yang king sediakan untuk dia ini lebih besar dari ruang tamu di rumahnya.Duduk dalam bilik besar macam ni sorang-sorang buatkan dia rasa bosan.

Dekorasi bilik direnung satu persatu.Hmm..agaknya king buat tema bilik ni ala-ala princess khas untuk dia.

Yelah takkan memang bilik ni asalnya dihias macam ni.King mana ada adik perempuan.

Tapi kalau bilik je macam princess tuan biliknya macam khadam nak buat apa.Huh!

Teringat muka ketat king tadi masa jemput dia.Bercakap pun suaranya dingin je,tak macam malam tadi waktu mereka berbual di fon.

Angin lelaki tu memang tak menentu.Ingatkan semalam boleh sembang baik-baik hari ni oklah mood dia,rupanya ke laut jugak..
Mungkin tak ada mood sebab tak cukup tidur kot.Aku kan kacau dia semalam..

***

Wajah yang sedang lena diulit mimpi itu king tatap lama.Daripada duduk dibirai katil kini dia berbaring pula.Saja nak tengok muka Hani dengan lebih jelas.Jarak wajah mereka ketika itu hanya sejengkal.

King koyak senyum.Dah dekat sejam dia dalam bilik itu tapi Hani langsung tak sedar.Lena betul dia tidur.Mungkin sebab semalam berjaga sampai pagi kot..

Dari mata,hidung,mulut..satu persatu king renung.Indah betul pemandangan depan matanya sekarang ini.Rasanya inilah kali pertama king mengamati betul-betul wajah Hani.Sebelum ni mana pernah.

Dia tengok Hani dari jarak jauh saja.Kalau Hani ada dekat dengannya mana pernah dia nak toleh atau renung muka Hani biasanya hanya dikerling saja.

King cuit hidung mancung Hani.Gadis itu menepis tangannya,tapi tidak pula membuka mata.Hani..Hani..kalau dah tidur kau memang tak sedar apa-apa kan..

Leka merenung wajah Hani akhirnya king pun turut terlena disisi gadis itu.

Hani cuba hendak berkalih tapi tak boleh.Di rasa ada sesuatu yang melingkari pinggangnya.Eh!takkan kena belit dengan ular sawa kot.

Tangannya meraba-raba tapi mata masih terpejam rapat.

Eh!macam tangan orang...
Mak ke?
Tapi..Aku sekarang dekat rumah king!

Cepat-cepat dia buka mata.Tangan yang melingkari pinggangnya itu dia renung.Kemudian Hani menoleh ke belakang pula.

OMG!!!!

Dengan segala kudrat yang ada Hani melepaskan tangan itu kemudian dia terjun dari katil.

King terjaga dari tidur.Matanya terus tertacap pada Hani yang sedang terduduk atas lantai.Mata gadis itu mencerlung padanya.

"Kau dah bangun."selamba saja king bersuara sambil mengeliat membetul urat-uratnya yang terasa tegang.

"Apa awak buat ni!?"tanya Hani.Mukanya merah padam menahan marah.Yelah!kena peluk kot.

"Aku buat apa?"king menyoal kembali.Riak wajah jelas kurang faham dengan apa yang Hani katakan.Dia cuma tidur saja,takkan itu pun nak marah.

"Tadi tu awak buat apa?"

"Tidur sebelah kau je..Bukannya buat apa-apa."

"Tidur je!?"

"Yelah!"

"Tadi awak peluk saya tau!"Hani bangun dia ambil batal kemudian campak ke muka king.

King sengeh.

Patutlah beria marah.."Aku tak sengaja."

"Boleh pulak tak sengaja ye.."

"Yelah..Tidur mana nak sedar terpeluk kau."

"Ah!tipu.Awak saja je ambil kesempatan."

"Hani..setakat peluk je..Bukannya apa-apa pun."

Hani gigit bibir.Peluk je bukan apa-apa?Ewah!senangnya kau cakap.

"Mana boleh!kita belum kahwin tau."

"Tapi nanti kita kahwin jugakkan.."

"Kalau tak kahwin macam mana!?"

"Hani!"Tempik king.

Hani sudah tergamam.Wajah lelaki itu sudah menyinga.Dia tunduk takut hendak membalas renungan tajam itu.

"Selagi aku hidup aku akan pastikan kau jadi isteri aku!So jangan berangan kau nak kahwin dengan orang lain.Langkah mayat aku dulu,baru kau boleh cari jantan lain jadi suami kau!"

Dumm!!!

Pintu bilik dihempas kuat.

Hani terduduk kembali,lututnya rasa lemah hendak berdiri bila kena marah dengan king.Inilah yang dia takutkan.Baran lelaki itu memang susah nak dikawal.Tengoklah tak sampai sehari duduk dirumah ini dia sudah kena marah dengan King.Macam manalah hendak menghadapi hari-hari mendatang...

***

Ketika dimeja makan sewaktu makan malam hanya ada Hani seorang saja.Cik Ahn cakap king tak nak makan,mungkin sebab masih marah padanya.

Hani diserbu rasa bersalah.Sebab dialah punca king mengamuk dan tak mahu makan malam.Tapi memang wajarlah dia marah dengan perbuatan king tu kan..

"Cik Ahn..marilah temankan Hani makan.."suara sengaja dilentok manja meminta simpati Cik Ahn wanita separuh umur yang menguruskan hal-hal dalam rumah besar ini.kiranya cik Ahn ni macam ketua orang-orang gaji dalam rumah nilah..

"Tak boleh cik Hani..Tuan tak benarkan kami pekerja-pekerja dalam rumah ni makan sekali dengan Tuan rumah atau tetamu dirumah ni."jawab Cik Ahn yang masih sedia berdiri di sisi Hani.

"Ala..tak best la makan sorang-sorang..Lagipun lauk banyak-banyak ni siapa yang nak habiskan,takkanlah saya sorang."Hani toleh pada Cik Ahn.
Wanita itu hanya senyum padanya.

"Biasanya memang hari-hari masak banyak macam ni ke?"

Cik Ahn geleng kepala."hari ni tuan suruh masak banyak sebab dia nak sambut kedatangan cik Hani,tapi tak taulah kenapa tiba-tiba tuan tak nak makan pulak."

Hani tertunduk lemah.Hilang terus selera dia hendak makan bila dengar kata Cik Ahn.Sungguh dia rasa bersalah sangat sekarang ini.

King seronok sebab nak sambut kedatangan dia tapi dia rosakkan mood lelaki itu pula.

"Emm..macam mana nak makan ni..?"

"Kenapa,tak sedap ke cik Hani?"

"sedap..tapi saya yang tak ada selera bila teringatkan mr king."Nasi dalam pinggan dikuis-kuis.

"Janganlah macam ni cik Hani..Semua ni tuan yang suruh kami sediakan,jadi cik Hani kena makan juga.Takut nanti Tuan bertambah kecil hati."cik Ahn memujuknya.

Hani mengeluh lemah.Mana mungkin dia lalu hendak telan semua ni sedangkan hatinya rasa bersalah pada king.

Itulah Hani..kau over sangat tadi..

King of My heartWhere stories live. Discover now