part 19

6.2K 166 3
                                    

"Aku nak kau buat betul-betul plan kita ni.Jangan sampai gagal.Kalau gagal jangan harap kau nak dapat satu sen pun"

"Ye puan..Saya faham.Tapi Puan kerja ni susah,kalau boleh tambahlah sikit sagu hati." Ujar Botak sambil terangkat-angkat keningnya.

Puan Sofia menjeling geram.

"Belum buat kerja lagi kau dah macam-macam hal kan."

"Alah!Janganlah kedekut sangat puan.Tak luak pun kalau puan bagi sagu hati lebih pada kami." Sampuk zack.

"Taulah!Korang buat je kerja korang tu bagi setel and berjaya,lepas tu aku akan bagi berapa je yang korang nak."

"Yahoo..Macam tulah puan.."

"Haah..Baik hatilah puan ni.Jangan risau ye,kami akan pastikan semuanya tip top."

"Ok.Aku pegang kata-kata korang tu.Tapi ingat,kalau gagal mati korang aku kerjakan." Puan sofia memberi amaran.

Dia tak main-main.Dia akan pastikan rancangannya takkan gagal kali ini.

***

"Zack.Kau suruh perempuan ni keluar sekarang,sebelum aku naik gila.Halau dia dari sini.Aku tak nak tengok muka dia!" Bentak King tanpa memandang ke arah Emilia.

Wanita itu menangis semahunya,tapi King langsung tidak berlembut hati.

"King..Pleaselah..Bagi I peluang,jangan buat I macam ni.I tau I salah,tapi tolonglah I merayu pada you." Tutur Emilia teresak-esak.

King hanya membatukan diri.Dia cuba untuk mengawal amarahnya.

"Cik Emy tolong ikut saya keluar sekarang.Jangan sampai saya gunakan kekerasan." Zack mencelah.Lengan wanita itu dia paut lembut.

"Zack tolonglah aku..Bagi peluang untuk aku setelkan semuanya dengan king." Kali ini pada Zack pula dia merayu.

"Tak boleh Cik Emy.Cik kena keluar sekarang jugak.Jangan ganggu Tuan." Zack tarik tangan Emilia supaya mengikutnya keluar dari Ofis King,tetapi Emilia mengeraskan badannya.Dia tetap juga berdegil.

"King..Tolonglah bagi peluang pada I untuk betulkan semuanya.Bagi peluang pada hubungan kita King.I merayu pada You..I janji takkan tinggalkan you lagi."Rayu Emilia lagi.Dia takkan berputus asa selagi King tidak mahu mendengar katanya.

" I masih sayangkan you.I tak boleh lupakan you.."

"Cik Emy keluar sekarang!" zack sudah mula hilang sabar.Tangan Emilia dia tarik kasar.

"Lepaslah zack,lepaskan aku!Aku nak cakap dengan king." Emilia meronta.

Kuat juga kudrat wanitanya.Sampai susah Zack nak kawal.

"Keluar sekarang.Jangan degil!" Susah payah Zack berusaha menarik wanita itu.

Pang!!!

Satu tamparan hangat singgah dipipi Zack.King terpana apatah lagi si empunya pipi,Zack.

Dia memegang pipinya yang terasa pedih.Anak mata Emilia direnung tajam.

"Aku takkan keluar dari sini selagi King tak terima aku semula dalam hidup dia!" Jerkah Emilia pada Zack.Tatapan tajam lelaki itu dibalasnya.

Sikit pun dia tak rasa takut!

"Kau ni memang degilkan.Kau ingat lepas apa yang kau dah buat pada aku dulu,senang-senang aku nak maafkan kau?"

"Perempuan jenis apa kau ni Emilia?Tak tahu malu mengemis kasih orang yang dah kau tinggalkan.Kau sakitkan hati aku,kau curang,mengandung anak lelaki lain lepas tu sekarang merayu nak balik semula pada aku?Semudah itu?"

"King..I tau I banyak buat salah pada you,tapi sekarang I dah menyesal.Bagilah I peluang untuk betul semula salah I pada you.."

"Betulkan salah kau?Betulkan macam mana!?Sedar sikit Emy kau tu sekarang perempuan yang dah kotor,kau rasa layak ke diri kau untuk aku?"

"Jangan cakap macam tu king..I dah insaf,I dah tak macam dulu."

"Insaf?kau ingat aku tak tahu macam mana kehidupan kau lepas kau tinggalkan aku?Aku tahu setiap gerak geri kau Emilia.Dari dulu sampai sekarang perangai kau masih sama,sikit pun tak berubah.Perempuan jalang macam kau takkan semudahnya berubah jadi baik dalam sekelip mata."

Emilia terkedu mendengar kata-kata King.Ini bermakna selepas lima tahun dia meninggalkan lelaki itu,King masih mengambil tahu tentang hidupnya?

"You upah orang ekori I?" Soalnya takut-takut.

King sekadar mengangguk.

"You tahu tentang kehidupan I selepas kita berpisah?"

"Aku tahu semuanya Emilia,semuanya!Jadi kau tak payah nak berlakon konon-konon dah menyesal,dah insaf.Tak payah nak pura-pura baik depan aku.Aku takkan terperdaya dengan kau lagi..Aku menyesal sebab pernah jatuh cinta dengan perempuan macam kau!"

Emilia menangis semahu-mahunya.Jujur dia menyesal sebab tinggalkan King dulu.Dia cintakan lelaki itu.Tapi dengan sikap King yang panas baran membuatkan dia tak tahan.Lelaki itu selalu mengongkong hidupnya.Lelaki itu seakan-akan terlampau obses mencintainya.

Sebab itulah dia pilih untuk tinggalkan King dan menjalin cinta dengan Philip lelaki mat salleh yang konon-kononnya jauh lebih baik dari King,tapi ternyata Philip tak ubah seperti syaitan yang bertopengkan manusia.Sebab Philip lah dia jadi Emilia yang sekarang,Emilia yang kotor bergelumang dosa.

Bila keaadaan sudah kembali tenang,Zack mengambil kesempatan untuk bawa Emilia keluar dari situ.

"Jom keluar Cik Emy.." Tangan wanita itu dia tarik perlahan.

Kali ini Emilia hanya menurut sahaja.

King of My heartWhere stories live. Discover now