part 25

9K 201 19
                                    

Celik saja mata King terus seru nama Hani

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Celik saja mata King terus seru nama Hani.Matanya melilau mencari kelibat Hani di dalam wad tersebut.Dia nak bangun tapi badannya rasa sakit sangat.

"Tuan.."

Dia toleh.Cik Ahn sedang duduk di sisi katil dengan mata yang merah.Wanita itu baru lepas menangis.

"Mana Hani cik Ahn?" Soal King dengan suara yang serak.

"Ada..Cik Hani ada.."

"Dia kat mana?Saya nak jumpa dia.." air mata king mula bergenang.

Dia nak jumpa Hani.Dia nak jumpa kesayangannya.

"Sabar Tuan..Tuan masih sakit,Tuan tak boleh pergi ke mana-mana.." Cik Ahn menahan King daripada bangun.

"Saya nak jumpa Hani!Mana Hani!?" Suara King mula naik tinggi.Dia meronta-ronta mahu turun dari katil.

"Ada.Cik Hani ada Tuan..Dia tak apa-apa." Tukas Cik Ahn sambil masih berusaha menghalang King.

"Tuan.Jangan macam ni.Tuan masih sakit." Sampuk Zack yang baru saja masuk ke dalam wad tersebut.Dia membantu Cik Ahn untuk menenangkan King.

"Aku nak jumpa Hani Zack!Mana Hani!?"

"Cik Hani tak apa-apa..Dia ada di wad Icu.Tuan jangan risau,dia ok." Ujar Zack sambil membaringkan semula tubuh King atas katil.

"Aku nak jumpa dia..Aku nak jumpa dia.." Tangis King berlagu hiba.

Dia rindukan Hani.Dia nak jumpa bidadarinya..

"Ye saya tau..Tapi sekarang tak boleh.Tuan masih sakit.Tuan kena berehat.Nanti bila Tuan dah ok,dah tak sakit saya bawa Tuan jumpa cik Hani ye." Dia memujuk King.Rambut lelaki itu diusapnya perlahan.

Zack tahu King rindu pada Hani.Dia tahu Tuannya itu takut kehilangan Hani.Tapi sekarang apa yang lebih penting adalah kesihatan King.Dia tak mahu Tuannya itu jatuh sakit lagi.

***

Dua bulan kemudian..

Dua bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
King of My heartWhere stories live. Discover now