part 17

6.6K 172 4
                                    

"Kau tu sebenarnya anak luar nikah perempuan ni dengan bapak aku!"jari telujuk king tepat menghala ke arah muka puan sofia yang sudah pucat tu.

Junior tergamam.Anak matanya segera melirik pada puan sofia di sisi.

"Mama..?"

"sebab itulah aku benci sangat pada kau.Kewujudan kau dan perempuan ni memusnahkan keluarga aku!Dia goda bapak aku sampailah lahirnya anak luar nikah macam kau ni."

"Tiga tahun diorang rahsiakan hubungan terkutuk tu dari mama aku.Dan tiga tahun jugalah mama aku hidup menderita dengan orang tua tak guna tu.Dia abaikan kami sebab parasit tak guna macam korang ni!"

Kenangan pahit yang telah puas dia cuba lupakan kini terlayar kembali di ingatan.Kelopak mata king bergenang setiap kali teringatkan penderitaan mamanya.

Kebahagian keluarga mereka musnah sekelip mata bila papanya kerap pulang lewat ke rumah,selalu marah-marah dan memukul mamanya.

King waktu itu baru berusia enam tahun.Setiap malam dia dengar mama dan papanya bertekak.Dan dia juga sering melihat mamanya dipukul.

Hingga mama menghembuskan nafas terakhir papanya masih tak berubah.Malah seminggu selepas itu Encik Abrar membawa pulang puan sofia dan junior ke rumah mereka dan memperkenal mereka kepada king.

Hati siapa yang tidak tersayat pilu?sudahlah kehilangan seorang ibu tiba-tiba pula digantikan dengan seorang ibu tiri yang baru sedangkan kubur mamanya masih merah.

"Sampai mati pun aku takkan lupa apa yang perempuan ni dah buat pada keluarga aku,dan aku takkan maafkan dia sampai bila-bila.Ingat ye,kalau korang berdua muncul lagi dan ganggu hidup aku,aku takkan teragak-agak untuk bunuh korang!"

Selepas menghabiskan kata-katanya king berlalu pergi meninggalkan mereka berdua di bilik bacaan itu.

Diam..

Puan sofia jadi kelu,dia tidak mampu untuk berkata-kata dalam hatinya hanya mampu berdoa agar Junior tidak marah dan mahu mendengar penjelasannya.

Junior juga turut diam.Otaknya masih cuba mencerna apa yang telah disampaikan oleh king tadi.Matanya mula berkaca bila sedikit demi sedikt maklumat yang baru diterima itu telah dihadamkan.

***

Puan sofia mendekati Junior yang sedang duduk di tepi kolam renang dengan kedua dua belah kakinya terendam dalam air kolam itu.

Dia nampak mata Junior berkaca.Dalam hatinya tidak berhenti henti menyumpah King.Lelaki itu memang tidak berguna,berani sungguh dia bongkarkan rahsianya.

"Sayang...Mama mintak maaf."ujarnya dengan suara yang perlahan.

Maaf?
Senang betul mama ucapakan kata-kata tu.

"Sayang..janganlah diam je macam ni..maafkan mama ye?"lengan Junior cuba diraih,namun ditepis oleh lelaki itu.

Puan sofia berasa kecil hati dengan tindakan anaknya.Tapi memang dia yang salah dalam hal ni.

Dalam hatinya tak sudah-sudah dia menyumpah King.Tak guna punya jantan!berani dia bocorkan rahsia aku.

Kalau dia tak buka mulut,Junior tak kan layan aku macam ni..

"Patutlah King bencikan kita,semuanya sebab mama...kenapa mama dan papa sanggup buat perkara terkutuk macam ni pada dia?"Nada suara Junior sebak,anak matanya kembali berkaca.

"Kami tak buat salah...Kami dah kahwin masa tu,cuma tak bagi tahu pada sesiapa pun.Jangan dengar cakap dia..Junior anak mama dan papa yang sah,bukan anak luar nikah."Puan Sofia cuma menenangkan Junior.

Seumur hidupnya belum pernah dia lihat Junior menangis seperti itu.

"Sudahlah ma..semuanya dah terbongkar,tak perlu nak berselindung lagi,saya bukan budak kecik lagi!"Bentak Junior.

Mata merahnya mencerlung tajam menjamah wajah wanita itu.

"Sayang..please..maafkan mama ye.Mama tahu mama salah,tapi semua tu dah berlalu."

Junior pekak kan telinganya,dah tak benda lagi yang dia nak dengar dari puan sofia semuanya dah jelas.

Dia bangun meninggalkan wanita dan berjalan masuk ke dalam rumah.Hatinya terasa sakit bila berdepan dengan puan sofia.

"Junior..Janganlah macam ni sayang.Percayalah cakap mama."Puan sofia mengekori langkah anaknya.

Dia takkan biarkan Junior percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh King.Dia takkan biarkan Junior membenci dirinya,kerana hanya Junior sajalah harapan yang dia ada untuk membolot harta suaminya.









Aku ni sebenarnya dah blur nk teruskan cerita ni,maklumlah dh lama x update.Aku busy skit.

Tapi hope korang tak putus asalah menanti pengakhiran kisah king and Hani ni.

Hope korang terus setia membaca King of My heart ni ye..

😘😘😘😘

👇

👇

👇

King of My heartWhere stories live. Discover now