Daun pintu bilik king Hani tolak selepas lelaki itu memberi kebenaran untuk dia masuk.
King sedang duduk dibalkoni ketika dia menapak masuk.Lelaki itu membelakanginya.
Perlahan-lahan Hani atur langkah menghampiri king,sambil dalam kepala sibuk memikir bagaimana cara hendak memujuk lelaki itu.
Hani berdiri betul-betul dibelakang king.Untuk beberapa ketika dia hanya merenung sahaja bahagian belakang susuk tubuh king.
"Err.."
Hani garu kepala.Nak pujuk macam mana ni...?
"Mr king..jomlah makan sama-sama."akhirnya dia bersuara juga.
Diam..
"Mr king..janganlah marah lagi.."
Diam..
"Saya mintak maaf ye.."baju lelaki itu dia tarik sedikit dari belakang dengan harapan king menoleh ke arahnya.
Tapi lelaki itu tetap saja kaku.
"Mr king..please...jangan marah lagi.Jomlah makan dengan saya.Saya tak boleh lah makan sorang-sorang.Saya tak biasa."
Masih juga diam..
Hani gigit bibir bawahnya.Mata mula berkaca.Dia rasa sedih bila king buat tak tahu saja pada dirinya.
"Mr king..janganlah diam je macam ni..Cakap lah sesuatu.."suara Hani mula sebak.
"Saya minta maaf..tolonglah jangan diam je."
Rupanya bila king diam dan buat tak tahu saja pada dia adalah lebih menyakitkan daripada kena tengking dengan lelaki itu.Kalau macam ni Hani lebih rela kena marah dan kena tengking.
Tangisan Hani semakin rancak berlagu bila king tetap membatukan diri.Dia sudah buntu,tak tahu bagaimana caranya lagi hendak memujuk king.
Sudahnya Hani duduk mencangkung dibelakang king sambil menghamburkan semua air matanya.
Kali ini Hani menangis sungguh-sungguh.
"Sudahlah tu..Bingit telinga aku ni dengar kau nangis."tutur king.Kini dia sudah mencangkung juga dihadapan Hani.
Wajah king Hani renung dengan pandangan mata yang berair.Kabur.
"Buruk betullah muka kau bila nangis."jari jemari king menyeka air mata Hani.
"Saya minta maaf.."ucap Hani tersedu-sedu.
"Ok..aku maafkan..Tapi please..lepas ni jangan cakap macam tu lagi.Aku tak suka."
"Cakap yang macam mana?"soal Hani lurus..
King sengeh.Kepala gadis itu dia tolak sedikit.
"Yang kau cakap kalau kita tak kahwin tulah.."
"Oo.."
"Jangan cakap macam tu lagi,ok?"
Hani mengangguk.
"Jom."
"Pergi mana?"
"Pergi makanlah.."
Tangan Hani king tarik lembut.Gadis itu hanya mengekorinya sehinggalah mereka tiba dimeja makan.
"Mr king pun jangan buat macam tu lagi."ujar Hani ketika mereka berdua makan malam bersama.
"Aku buat apa?"
"Yang tadi tulah.."
"Yang mana?"
"Yang petang tadi tulah.."
YOU ARE READING
King of My heart
RomanceKing- Makhluk Tuhan yang tak pernah membiarkan Hani hidup dengan tenang walaupun sesaat,orangnya perengus dan kasar,lidahnya tajam setiap butir bicaranya ibarat belati yang menikam jiwa. Hani- Gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederha...