part 18

6.8K 172 7
                                    

Junior kemas semua baju-bajunya dan masukkan ke dalam bagasi.Dia tak boleh lagi nak tinggal dalam rumah ni.Dia rasa malu sangat pada King.

Dan paling penting dia dah tak boleh nak berhadapan dengan mamanya,risau kalau mereka terus berada dibawah satu bumbung dia akan berterusan bersikap kurang ajar pada mamanya.Dia tak nak jadi anak derhaka.

Walaupun tengah marah dan kecewa dengan mamanya,kalau boleh Junior tak nak lah sampai bertindak kurang ajar,dia tak mahu lukakan hati mamanya.

"Junior!kamu nak pergi mana kemas beg bagai ni?"soal Puan sofia yang baru saja masuk ke dalam bilik itu.

Air mukanya jelas kelihatan terkejut.

"Saya nak keluar dari rumah ni.Saya nak balik ke London."jawabnya dengan nada suara yang dingin.

Puan sofia gamam seketika.

Bila Junior sudah selesai masukkan baju-bajunya ke dalam bagasi,puan sofia bertindak dengan memunggah semula baju tersebut.Habis semuanya bersepah atas lantai.

"Tak boleh,mama takkan benarkan.Kamu kena tinggal kat sini dengan mama sampai semuanya selesai!"

"Tak ada apa yang nak diselesaikan ma..Tempat saya bukan kat dalam rumah ni!"

"Ini rumah kamu,rumah kita!Mama akan pastikan itu.Sabarlah junior,jangan tinggalkan mama..Bagi mama masa sikit saja lagi."rayu puan sofia bersungguh-sungguh.

"Stoplah ma!Jangan nak buat kerja bodoh.Kalau mama nak Junior maafkan mama,jom ikut junior balik London,kita lupakan semua ni."

"No!mama tak nak balik sana selagi mama tak dapat apa yang mama nak."bentak puan Sofia.

"Apa yang mama nak?rumah ni?semua harta si king tu?"

"Sedarlah ma,kita tak hak nak ambil harta dia walau satu sen pun!"

"Diam!kalau junior tak nak tolong mama tak apa,junior boleh balik ke london,biar mama je yang uruskan semuanya.Nanti bila dah selesai semuanya mama akan balik ke sana."tukas puan sofia lagi.

"Ok fine..Buatlah apa yang mama suka,saya dah tak nak masuk campur.Tapi ingat kalau terjadi sesuatu yang buruk nanti mama jangan menyesal."

Dia kutip beberapa helai baju yang bertaburan dan sumbatkan ke dalam beg sandang.Bagasi yang terbuka luas di atas lantai junior biar begitu saja.Dia ambil yang mana dirasakan perlu saja.

Puan sofia diam disisi katil sambil menghantar pergi anaknya dengan renungan mata yang berkaca sahaja.

Tunggu mama junior,bila selesai semuanya mama akan balik ke london dan tinggal dengan junior,mama janji akan pulihkan hubungan kita semula.

***

"Awak nak pergi mana?"tanya Hani pada junior sewaktu mereka terserempak dihalaman rumah king.

Dia baru balik dari rumah mak dan ayahnya.

"Saya nak balik london."

"London?"

"Yes.."

"Berapa lama?"

"Selama-lamanya."

"Emm..sorang je ke?"

"Emm..sorang je."

"Oo..ok."

"Hani."

Panggil junior ketika Hani sudah berjalan meninggalkannya.

"Ye?"

"Tolong bagi tau king,saya mintak maaf."

"Maaf,sebab apa?"

King of My heartWhere stories live. Discover now