part 9

7.5K 232 3
                                    

Habis berselerak bilik study king kerjakan,buku-buku,cawan kaca,komputer riba semuanya bertaburan di atas lantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Habis berselerak bilik study king kerjakan,buku-buku,cawan kaca,komputer riba semuanya bertaburan di atas lantai.

Keluar dari bilik Hani tadi dia terus ke situ melepaskan semua kemarahannya.

Ya dia marah.Marah yang teramat sangat.Bukan pada Hani tetapi pada dirinya sendiri.

Apa yang aku dah buat..?kenapa aku tak boleh nak kawal diri aku!?

Pranggg!!!

Lampu study pula dia tepis.

Kau ni gila king!kau gila!

Kenapa kau layan Hani macam tu?

Kenapa!?

Rambutnya dia genggam dengan ke dua -dua belah tangan kemudian ditarik-tarik kasar.Dah macam orang tidak betul saja lagaknya.

"Hani bukan perempuan murahan..Hani bukan perempuan murahan..bukan perempuan murahan.."

Terkumat-kamit mulut king mengucapkan perkataan-perkataan itu sambil badannya melorot perlahan ditepi meja.

Kenapa king?kenapa king?kenapa???

Bila rasa nak marah,kau marah dia cukup-cukup,bila rasa nak sayang..kau layan pula dia macam tu..Apa sebenarnya yang ada dalam kepala otak kau ni?

Kenapa kau tak boleh kawal diri kau?sampai bila kau nak macam ni king?sampai bila kau nak layan Hani macam tu?

Hani...

"Kalau sayang kenapa buat saya macam ni?"

King ketap bibir bila teringat kembali pertanyaan Hani tadi.

Sumpah Hani.Aku dah mula sayangkan kau..Aku tak nak kehilangan kau..

***

"Tuan..Cik Hani tak mau makan.Dah puas saya ketuk pintu bilik tapi dia tak nak buka.Saya risau,sebab dari petang semalam dia berkurung dalam bilik dan tak makan apa-apa."

"Sediakan makanan,biar saya hantar ke bilik dia."

"Hani..Bukak pintu ni.."

"Hani!!!"

"Bukalah pintu ni..Aku bawakan makanan untuk kau..

"Hani please..Buka pintu.Aku minta maaf tentang semalam tu."

Diam..

"Ambilkan kunci bilik ni cik Ahn."

Wanita tua itu mengangguk kemudian berlalu pergi.

King mundar-mandir dihadapan pintu bilik Hani,hatinya tiba-tiba rasa tak resah.Dia takut kalau sesuatu yang buruk berlaku pada Hani.Dan paling dia takutkkan lagi kalau Hani bertindak bodoh dengan mencederakan dirinya.

No..Hani takkan buat macam tu..

"Ini dia tuan kuncinya."

Dapat saja gugusan kunci itu king segera membuka pintu bilik Hani.

Zupp!

Jantung king berdetak laju sebaik saja daun pintu dibuka dan dia lihat Hani terbaring kaku dihadapan pintu bilik mandi.

Segera dia dapatkan gadis itu.

Nama Hani diseru berkali-kali,tapi tiada sebarang reaksi.Dia letak tangan atas dahi Hani.Panas!

King panik,tubuh Hani dia angkat dan letak di atas katil.

"Call doktor Jenny sekarang!"jeritnya pada cik Ahn.

Kelam kabut wanita tua itu berlari keluar dari bilik.

King memicit kepalanya yang terasa berdenyut dengan sebelah tangan.Mengingatkan peristiwa pagi semalam buatkan kepalanya kusut.Sebab dia Hani jatuh sakit,sebab dia Hani jadi murung..

Huhh..

Semuanya berpunca daripada kau king..
Kalau kau tak buat perangai gila macam tu tentu Hani takkan jatuh sakit.Kenapalah kau selalu saja sakitkan hati dia?

Kau kata nak berubah,kau kata kau sayang dia,tapi tengok apa yang dah jadi sekarang ni.Kau buat Hani makin benci pada diri kau..

Keluhan berat king menjadi temannya satu hari ini.Semua kerja yang dia buat tak menjadi,dia tak boleh fokus.Ingatannya sekarang ini hanya pada Hani.Dari mula masuk ofis sampailah sekarang tak ada satu pun kerja yang dia buat melainkan termenung saja...

Hani..Bila kita dah kahwin nanti aku harap aku akan dapat layan kau dengan lebih baik..Sebab kau adalah bidadari aku..Aku tak nak kehilangan kau..

Dalam dunia ni aku tiada sesiapa lagi melainkan kau sorang saja Hani..Hanya kau..

***

"Hani dah makan?"soal king pada cik Ahn ketika mereka berdua berada diruang makan.

Wanita tua itu hanya jawab dengan menganggukkan kepalanya.

"Ubat dia makan tak?"tanya king lagi dengan wajah yang serius seperti biasa.

"Sudah.Lepas makan ubat tadi cik Hani terus tidur."

King angguk kepala mendengar laporan harian berkaitan Hani dari cik Ahn.

Sejak kejadian pagi tadi dia mengarahkan cik Ahn untuk memantau keadaan Hani,dia takut perkara sama berulang lagi.

"Lepas ni tugas cik Ahn hanya uruskan hal-hal yang berkaitan Hani,tugas-tugas yang lain saya serahkan pada Dewi.Make sure tak apa-apa yang buruk berlaku pada Hani,faham?"

"Faham tuan.."

"Bagus.Saya nak cik Ahn selalu ada dengan dia,pastikan dia makan ubat dan jangan biar dia tak makan lagi macam semalam.Kalau hal yang sama berulang lagi pada Hani,saya takkan teragak-agak nak ambil tindakan pada cik Ahn."

"Baik tuan."

Diam..

Nasi dalam pinggan hanya dikuis-kuis saja,dari tadi tidak sesuap pun dijamah.Tunak mata tua Cik Ahn merenung king.Risau hatinya bila melihat keaadaan king begitu.

Meskipun king selalu bersikap dingin,tapi dia tidak pernah mengambil hati,dari kecil dia sudah menjaga king seperti anaknya sendiri.
Segala kelakuan dan perangai king sudah boleh dia hafal.

Anak muda itu nampak sahaja seperti seorang yang kebal,dingin, perengus tapi sebenarnya hati king rapuh.Dia mudah terluka,dia mudah kecewa dan dia paling takut akan kehilangan.

Cik Ahn dapat mengagak yang king sudah mula sayangkan Hani.Dia yakin sayang king pada Hani sudah semakin bercambah.Kalau dulu king tidak mahu kehilangan Hani sebab dia nakkan harta arwah datuknya,kini tidak lagi.Anak mata king jelas menyatakan dia takut kehilangan gadis itu kerana dia sudah jatuh cinta padanya.

King of My heartWhere stories live. Discover now