01 장

1.2K 77 62
                                    

---

Junhoe ternyata sukar untuk mengawal dirinya daripada terus tersenyum sendirian. Sepasang anak mata lelaki itu masih lagi meneliti setiap inci wajah Jinhwan yang sedang terlena di sisi tempat duduknya. Junhoe turut melakukan perkara yang hampir sama ㅡ kepalanya direhatkan ke atas kedua-dua belah lengan sambil memerhatikan figura bertubuh genit tersebut tidur.

'Letih sangat sebab malam tadi agaknya..' Monolog hati Junhoe.

Jangan disalah tafsir. Jinhwan sendiri yang membuat keputusan untuk mengajar Junhoe di rumahnya. Junhoe akui , Jinhwan banyak membantunya dalam memperbaiki gred peperiksaan mereka yang lepas. Kini , pemahaman terhadap subjek yang Junhoe lemah pada awalnya semakin baik.

"Eh , June.. awal sampai hari ni? Maaflah.. aku ingat cuma nak rehatkan kepala je. Sampai tertidur pula.."

Jinhwan kembali duduk dalam postur tegak sambil terpisat-pisat.

"Aku cuma nak beritahu kau yang aku terlibat dengan tournament esok. Jadi , tak dapatlah aku nak belajar dengan kau. Maaf ya?"

Jinhwan sekadar tersenyum.

"Tak apalah. Lagipun , aku dengan Seiyeon noona dah rancang nak keluar lepas sekolah esok. Aku harap team kau menang tournament tu."

"Thanks , Jinhwan.."

---

Petang keesokkan harinya , ketika Junhoe sedang berjalan pulang dari sekolah setelah tamat perlawanan bola tampar , matanya secara tidak langsung menangkap imej sekumpulan besar manusia yang sedang mengerumuni sebuah kereta di kaki jalan itu. Sebuah lori pengangkut besi konkrit nipis yang turut terlibat dalam kemalangan itu juga turut tersadai di tepi jalan.

Kebiasaannya , Junhoe tidak akan mengambil peduli tentang perkara lain yang berada di sekelilingnya. Tetapi untuk kali ini , hatinya tiba-tiba sahaja terdetik untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat.

'Bukan ke ini kereta Seiyeon noona?'

Junhoe tersentak dari lamunannya apabila melihat beberapa orang awam sedang bergelut untuk menarik keluar pemandu kereta yang sudah terbabas teruk itu. Seperti yang dia jangkakan , kereta itu adalah milik kakak Jinhwan. Gadis yang selang tiga tahun lebih tua darinya itu dihampiri.

"Noona...."

Junhoe melutut di sisi tubuh Seiyeon. Jika dilihat dari segi fizikal , Seiyeon mengalami kecederaan parah pada kepala dan tangannya.

"June.. tolong.. selamatkan Jinhwan."

Dengan lemah , Seiyeon cuba untuk bersuara. Jari telunjuknya ditunding pada kereta itu. Junhoe segera ke tempat duduk penumpang. Tapak tangannya dibawa ke mulut ㅡ tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada saat itu.

Salah satu besi konkrit nipis yang dibawa lori tadi tertusuk menembusi bahu kiri Jinhwan. Wajahnya hampir tidak Junhoe kenali oleh kerana darah yang mengalir tanpa henti dari dahinya. Kedua-dua belah kaki Jinhwan pula tersepit di situ.

"Jinhwan.. kau dengar tak suara aku? Bangun , Jinhwan.."

Tiada respon.

Junhoe cuba menolak keluar besi konkrit tersebut dari bahu Jinhwan. Namun , gagal. Air matanya muncul tanpa dia sedari.

Sesungguhnya , Junhoe tidak sanggup kehilangan sahabat baiknya itu.

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now