16 - Misteri Rumah No. 6

1.9K 72 20
                                    

Mereka berlima lepak di Alif Bistro untuk sarapan pagi, sebelum ke rumah nombor enam.

"Korang semua, semalam aku dengan Eleena ada teori," kata Kamelia pada semua.

"Adli, awak tau mana Mazlina Beauty Products And Skincare punya pejabat?" tanya Eleena.

"Oh, yang macam MLM tu ke? Jiran rumah aku pun niaga tu jugak. Kat Bandar Mahkota Cheras," kata Adli sambil kunyah karipap sardin.

"Apa teori anda, Kam?" tanya Nizam.

"Kenapa gambar perempuan tu ada dalam Facebook Mazlina Beauty Products tu?" tanya Kamelia.

"Datuk Mazlina Nordin, seorang ahli perniagaan kosmetik dan penjagaan kulit Mazlina Beauty Products And Skincare, telah memulakan perniagaan ini sejak 1995. Rahsia untuk kekal jelita dan muda dari turun temurun keluarga, dan kini membantu usahawan Bumiputera untuk memulakan perniagaan, dan membantu wanita Melayu dalam mengekalkan kejelitaan," Edry membaca biodata pemilik syarikat Mazlina Beauty Products And Skincare di laman Facebooknya.

"Rahsia untuk kekal jelita dan muda dari turun temurun keluarga? Apa rahsianya? Apa kaitannya dengan semua kejadian lepas?" tanya Nizam.

"Nizam, teori saya dan Kamelia semalam ialah, Mazlina Nordin ini ialah Julia/Maria/Diana, atau Perempuan Mentadak Mentadu," kata Eleena.

Semua terdiam dan berhenti makan lepas Eleena kata macam tu. Hampir dua puluh saat malaikat lalu.

"Apa kaitannya?" tanya Nizam pada Eleena.

"Baik, semalam, masa mak awak meluahkan perasaannya tentang ayah awak, mak awak ada cerita yang ayah awak melaburkan wang yang begitu banyak pada seorang perempuan dalam perniagaan menjual produk Mazlina ni. Mak awak syak ayah awak ada skandal dengan Mazlina, tapi saya rasa tak mungkin, sebab kita berdua dah nampak siapa perempuan dalam kereta tu semalam," kata Eleena.

"Berapa ayah saya leburkan untuk perempuan ni?" tanya Nizam lagi.

"Dalam RM20,000."

Nizam facepalm dan ketuk-ketuk kepala.

"Bodoh bapak aku ni, tu duit aku nak masuk universiti katanya. Fuck!"

"Cinta, saya fikir, perempuan semalam itu adalah salah seorang dari tentera penggoda lelaki yang direkrut oleh Datuk Mazlina Nordin ni untuk membawa mereka, serta wang mereka ke syarikat ini. Kalau ini semua dapat terbukti benar, ayah awak dalam bahaya," kata Eleena.

"Jap, kau rasa, pembunuhan lelaki-lelaki macam tahun 1996 dulu tu masih ada lagi? Tapi, kenapa takde berita laporkan berita tu lagi?" tanya Adli.

"Tak ada laporan berita, tak semestinya ia sudah tidak ada, Adli," kata Eleena.

"So, teori kakak, Datuk Mazlina hire a bunch of hot girls untuk mengorat lelaki-lelaki ni di Facebook, untuk dibawa kepadanya, untuk dibunuh macam lelaki-lelaki dalam ruangan sahabat pena in the 90s? For what?" tanya Edry.

"Edry tau tak lemak manusia boleh dibuat sabun? Dan others skincare product? Fight Club." kata Kamelia.

Sekali lagi malaikat lalu. Mereka berfikir tentang Tyler Durden yang menggunakan lemak manusia dari klinik liposuction lemak lalu dibuat sabun.

"Bahagian mana?"

"Otak, testis, maybe lemak manusia tu sendiri," kata Kamelia lagi.

"Oh. My. I. Can't. Even..." Edry respon dari teori Kamelia tadi.

"Ayah awak mungkin digoda untuk dibawa ke Perempuan Mentadak-Mentadu, untuk dibunuh untuk bahagian-bahagian tersebut, untuk diproses menjadi produk kecantikan," kata Eleena pada Nizam.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now