28 - Adli Margera Supremacy

1.5K 74 11
                                    

"Cibai, mana pulak si Ziel-O ni?" Alim Kasut dah pishang menunggu lama gila tak sampai-sampai.

Kamelia tak sedap hati.

"Margera, jom, cari dia?"

Adli mengangguk kepala.

"Knoxville, tak payah main skate. Kita nak cari member ni," tegur Adli. Alim berhenti main.

Adli cuba cari satu per satu bilik. Kedengaran bunyi orang beromen sangat kuat dan ramai, sebelum ada yang menjerit kesakitan dan mati.

"Tempat ni creepy, doh," kata Alim Kasut, yang nak stim pun takut.

Tiba-tiba ada speaker bangunan berbunyi.

Ting-nong.

"Pengumuman untuk Nizam bin Lazim dan rakan-rakannya. Sila serah diri. Kawan anda bernama Ziela sedang berada di tangan kami. Anda buat naya, kami buat naya juga. Kamu ada 1 jam untuk menyerah. Kalau tak, kami akan mula membunuh. Oh ya, sila serah diri jika mahu Eleena Mahathir selamat."

Ting-nong.

Adli Margera selaku ketua kumpulan dah stress. Dia tidak mahu menggagalkan misi ini. Tugas ini nampak lebih sukar dari biasa. Ini bukan level sekolah dajal kereta Ustaz Hanafi lagi.

Ini dajal melibatkan sebuah syarikat multi-jutaan-ringgit! Yang dah taja realiti TV dan keluar Beautiful Nara, serta pernah masuk Personaliti Nona dan memiliki produk yang menjadi permintaan orang ramai.

Dan sekarang, nasib nyawa kawan-kawannya ada di tangannya.

"Knoxville, berapa botol molotov cocktail kau ada sekarang?" tanya Adli.

"Satu."

"Kau pakai dua?"

"Bakar makmal, dengan halang pak guard."

"Aduh, pakai mercun pun boleh. Flare kau dah pakai?"

"Belum."

"Bagus, aku ada rancangan. Kita semua ambush bilik 206 dari arah lain. Culkin, kau masuk dari arah pintu depan. Kasut, kau.."

"Knoxville la, babi!"

"Kau masuk dari belakang. Aku masuk dari atas siling. Bak sini semua bahan letupan," kata Adli selaku ketua pasukan.
"Aku nak buat apa, Margera?" tanya Kamelia.

"Aku rasa pak guard dia kat pintu depan. Kau try lawan dia, sambil Alim distract dengan main skateboard. Aku, dari atas, akan baling molotov cocktail, lepas tu dah terbakar, chaos! Masa tu kau Kam, tarik Ziel-O keluar, dan kita selamatkan ayah Nizam. Dan lain-lain, jika perlu."

Kamelia mengangguk faham.

"The Jackalls!" mereka bertiga fistbump.

Adli mula panjat ke siling. Kamelia bersedia di pintu depan. Alim standby di pintu belakang.

Adli bersiul lagu wrestling 90an, lagu DX. Lagu itu menenangkan Adli setiap kali kalau nak melakukan sesuatu yang besar.

Kamelia pula menyanyi lagu Femme Fatale dari The Velvet Underground and Nico, sebagai persediaan untuk merempuh.

Alim Kasut buat rilek, hanya tunggu signal Kamelia.

Kamelia ambil pemadam api, dan cabut pin keselamatannya, dan bersedia untuk menyembur.

Kamelia ketuk pintu.

"Siapa?"

"Member Nizam lah. Kau cari aku kan?"

Pintu dibuka. Kamelia terus sembur dengan pemadam api lalu terajang konek securitynya yang berbadan sado.

Kamelia terajang tiga orang security, sebelum bertarung dengan Mickey Subagja, seorang bekas pesilat yang belajar silat dari keturunan Tok Perimbun.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now