"Awak letak telefon sepah-sepah, nak salahkan anak awak, dah kenapa?" kata Makcik Latifah apabila ayah Nizam kelam kabut mencari handphonenya.
"Aku ingat aku letak telefon ni atas meja semalam, takkan rumah ni dah ada toyol kot!" bentak Encik Lazim yang rambutnya pomade sekati cuba tiru gaya orang muda.
"Aku tak peduli, aku nak Nizam datang ke sini, cepat! Kau call anak kau tu sekarang jugak!" jerit Encik Lazim pada isterinya.
"Anak awak jugak," Makcik Latifah dial nombor telefon Nizam.
"Dah pandai tidur rumah perempuan, apa nak jadi setan ni!" ayah Nizam marah lagi.
"Haih, kepimpinan melalui tauladan, sekurang-kurangnya anak awak tak lesapkan duit universiti," Makcik Latifah ni sempat bagi ayat-ayat pedas.
"Diamlah!"
--
Eleena tersedar telefon Nizam berbunyi.
"Awak, bangun awak, mak awak telefon," Eleena kejut Nizam yang sedang terlantar kepala terbenam di bantal yang empuk.
"Hello, Makcik Latifah. Eleena ni. Nizam tengah tidur, ada apa-apa saya boleh bantu?" tanya Eleena.
"Ayah Nizam tengah mengamuk pasal telefon dia hilang ni, dia nak Nizam balik sekarang juga," suara Makcik Latifah tenang walaupun agak tertekan.
"Baiklah, saya kejut Nizam sekarang juga."
"Tolong ya, Eleena. Mengaruk orang tua tu," kata Makcik Latifah.
Eleena terus kejutkan Nizam, tapi tak berkesan. Dia capai lighter di meja lampu, dan bakar bulu hidung Nizam.
"Woi, woooi! Awak nak bunuh saya ke, Eleena!" Nizam terkejut dengan kesakitan dari pembakaran bulu hidung tadi.
"Bulu hidung awak tu buat saya geram! Ni, mak awak telefon. Ayah awak tengah jadi raksasa Gorgon mengamuk kat rumah awak. Semasa ini, mak awak perlukan Power Rangersnya pulang ke rumah," kata Eleena.
Nizam bangun dengan boxer Power Rangersnya.
"It's morphine time!" kata Nizam mencekak pinggang.
"Go go Power Rangers!" Eleena menyokong dari belakang.
Nizam cium bibir Eleena, lalu mencapai jacket hoodednya, dan menyarung seluar corduroy pendeknya, dan berlari turun ke bawah. Tergolek dog. Dia lupa pakai cermin mata.
"Awak, cermin mata awak," kata Eleena yang di tingkat atas melihat Nizam tergolek di tangga.
"Awak ni memang clumsy lah, cinta," Eleena menyarungkan cermin mata Nizam, sambil sekali lagi mencium bibir boyfriendnya.
"Cepat, mak awak dah nak cepat tu. Nanti beritahu saya kalau apa-apa hal, ya?" kata Eleena.
Nizam terus capai basikalnya dan kayuh selajunya menuju ke rumahnya. Benda pertama dia nampak ialah kereta ayahnya yang dah barai.
"Astaghfirullah al azim, bau bangkai apa ni sial?" Nizam tengok hasil kerja The Jackalls yang benar-benar jahanam.
"Ya Allah, banyaknya bangkai tikus, ish, cirit kat cermin depan. Teruk gila kereta ni," Nizam tidak menyangka kerja dajal The Jackalls seteruk ini. Baunya cukup busuk sampai Nizam rasa macam nak muntah.
Nizam perlahan-lahan masuk ke dalam rumah dan mendengar suara amukan ayah Nizam. Lagu Imperial March tema lagu Darth Vader berbunyi dalam radio imaginasinya.
"Nizam!" ayahnya menjerit dan terus nak melempang Nizam, tapi Nizam tahan guna tangan.
"Kau dah pandai melawan ya? Kurang ajar punya anak!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Rumah No. 6
Mystery / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...