"Kak, ni ada beberapa keratan akhbar sekitar Januari 1996. Berita tempatan. Selangor."
Lagu Closer dari The Chainsmokers berkumandang dari MacBook Pro Edry.
Eleena meneliti berita itu. Segalanya menepati cerita ayah Adli, Arman dan rumah nombor enam.
Eleena lukis garis petak. Kemudian dia tulis "Rumah No. 6". Dia buat satu garisan lagi, dan tulis "ruangan sahabat pena", kemudian satu lagi garisan, "mayat lelaki tanpa kemaluan dan kepala", dan satu lagi garisan, dan bertulis, "motif".
Eleena kemudiannya buka Youtube, dokumentari tentang seks mentadak mentadu, dan mengkaji apa kaitannya dengan semua ini.
Dia melihat mentadak mentadu betina ini menggoda mentadak mentadu jantan, mengadakan hubungan seks, sebelum mentadak mentadu betina makan kepala mentadak mentadu jantan.
"Oh my God, it's gross!" kata Edry.
"It's nature."
Eleena cuba menggunakan maklumat yang diberikan oleh ayah Adli, sejarah Cheras di sebelah sini.
"Kakak rasa, kakak kena cari sejarah Kampung Perimbun lah."
"Why?"
"Bila kampung tu dijadikan taman perumahan, masa tu lah banyak sejarah akan terpadam. Edry sedar tak, sejarah Cheras Perdana, tempat Edry duduk ni?" tanya Eleena.
"Apa yang abang Nizam, abang Adli cerita lah," kata Edry yang sambil download drama Korea berjudul Goblin, serta sedang membaca Reddit forum "World of Warcraft''.
"Sebelum tu?" kata Eleena.
"Kampung Perimbun, dan sebahagian Kampung Baru Balakong."
"Mesti dalam suatu kampung, tak kiralah apa bangsa pun, akan ada satu kepercayaan mistik," kata Eleena.
"Dan kepercayaan mistik ini yang menjalar ke pembunuhan ini, menjadi motif utama," Edry menyambung.
"Dan apa tujuannya dia bunuh cara mentadak mentadu? Untuk kecantikan? Untuk dendam terhadap lelaki? Feminazi mistik? Untuk awet muda?"
Dia dengar kembali dokumentari tersebut.
"Adakah ia cuma perbuatan simbolisme? Apakah ini berakar dari kepercayaan animisme setempat? Kita kena cari sejarah Kampung Perimbun, susah nak jumpa apa yang hilang, tapi kita usahakan apa yang ada, okay?" kata Eleena.
"Esok kita pergi melepak di gerai nasi padang, dekat Kampung Sungai Raya, Batu 9?" kata Edry.
"Depan studio jamming Wak Ramlan?" tanya Eleena.
"Kita cuba tanya babyboomers pulak, cerita lama tentang budaya seks mentadak mentadu ni. Mana tau dulu-dulu ada cerita," Edry cuba mendapatkan maklumat dari orang yang lebih tua, mungkin dia tahu sejarah tentang Kampung Perimbun, atau yang lebih penting, ritual mistik yang berkaitan dengan misteri kematian lelaki tanpa kemaluan dan kepala, dengan rumah nombor enam.
"Oh my God, Frank Ocean keluar single baru lah!" kata Edry.
"Oh really? Pink + White? Tu dah keluar lama lah, Edry," kata Eleena, sambil bangun menuju ke dapur.
"Kak, kakak tak rasa ke, Nizam macam a bit off semalam?" kata Edry yang tiba-tiba nak buka topik baru.
"Ya, kakak perasan. Dia agak lesu, kemudian cepat terganggu, tak banyak cakap sangat. Dan kakak baru dapat mesej dia pagi tadi, 'rindu tengok bintang'."
Eleena terus call Nizam.
"Hi cinta."
"Hiaaarrrgghhh, hi cinta."
YOU ARE READING
Rumah No. 6
Mystery / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...