"Bapak teruk sial kereta abah aku," Nizam geleng-geleng kepala saat The Jackalls masuk ke rumah Eleena.
"Sekarang baru kau kenal siapa The Jackalls yang sebenar," kata Adli, tenang saat masuk dalam rumah.
"Apa nama The Jackalls, macam syarikat nama kedai jual kain je," kata-kata Nizam yang buat Ziel-O dan Alim pandang slack.
"Apahal lak? Tak ke bunyi macam JAKEL?" Nizam pelik Ziel-O usha panas.
"Kau, kereta bapak kau kitorang dah jahanamkan, kau jangan basikal kau pulak aku jahanamkan," Ziel-O memberi amaran.
"Hi Ziel-O, hi Alim, jemputlah masuk. Saya sediakan kamu semua air minum ya," Eleena menyapa mereka saat mereka sedang membuka kasut.
"Kam, saya rasa awak perlu mandi," kata Eleena saat Kamelia membuka kasut Jack Purcellnya.
"Teruk sangat ke, awak?"
"Ya, sangat teruk. Awak dah tentu tak nak berbau macam ni depan Nizam, kan?" Eleena sempat mengusik.
"Eleena, boleh tak kita cakap pasal hal ni nanti?"
"Boleh, tapi lepas awak mandi ya?"
Kamelia bersetuju.
"Awak boleh pinjam baju saya sementara ni. Baju awak ni dah teruk sangat bau dia, saya basuhkan ya?" kata Eleena sambil membawa Kamelia naik ke atas, ke biliknya.
"Cinta, Edry nak order McDonald's. Awak nak?" tanya Eleena.
"Aaa, nak Spicy McDeluxe set."
"Awak semua, nak McDonald's tak? Adik saya Edry nak order," Eleena tanya pada semua.
"Aku nak ayam goreng spicy weh," kata Alim.
"Kau jangan mengada, kau makan bubur je. Kau dah cirit bau macam pukitiang," Ziel-O mencelah.
"Aku nak McChicken set," kata Adli.
Eleena ketuk pintu bilik air ketika Kamelia sedang mandi.
"Awak, Edry nak order McDonald's, awak nak apa-apa?"
"Saya nak sundae, dengan McFlurry," kata Kamelia dalam bilik air.
Eleena keluarkan baju The Smurfs dan shorts untuk pakaian Kamelia malam ni.
Nizam dan Adli sedang lawan Xbox game UFC. Ternyata Nizam lauk dibelasah Adli.
"Entah apa-apa kau ni, satu game pun kau memang tak terror, Zam," Adli gelak.
"Weh, biskut apa ni?" tanya Ziel-O, membelek-belek biskut yang ada di dalam balang. Dia makan satu."Weh, sedap gila la biskut ni. Biskut apa ni doh? Lim, kau try biskut ni," kata Ziel-O.
Eleena turun dari biliknya menuju ke ruang tamu.
"Kak Eleena, ni biskut apa ni?" tanya Ziel-O.
"Butterscotch cookies, saya buat sendiri," kata Eleena, senyum.
"Sedap gila!"
"Guys, Spicy McDeluxe satu, McChicken satu, ayam goreng spicy dua, McFlurry dengan sundae, kakak?" Edry keluar dari bilik, bertanya pada semua.
"Saya kongsi fries dengan Nizam," kata Eleena.
"Uuuuuu...sweet sangat korang ni," Ziel-O dah tersengih-sengih.
"Apasal lain macam je aku rasa bila makan biskut ni?" Alim mula tiba-tiba kuak lentang dekat atas lantai.
"Serius la Lim, schmek teroxx!" kata Ziel-O yang dah tiba-tiba bertaichi depan ruang tamu.
YOU ARE READING
Rumah No. 6
Mystery / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...