9 - Eleena v. Ayah Adli

2K 62 7
                                    

Eleena bersiap-siap sementara menunggu Adli tiba di rumahnya. Walaupun hanya ke warung char kuey teow ayah Adli, penampilan kena jaga. Tetapi tidaklah terlalu over dan dressed to the max, sekadar nampak kemas dan menarik, walaupun ringkas.

Eleena mengenakan baju Felix The Cat serta denim. Dia gunakan perfume Anna Sui, dan mengenakan make-up dengan memakai lip gloss yang dibelinya di Sephora. Memakai moisturiser dari La Mer The Reparitive Skin Tint SPF 30 untuk tidak kelihatan kusam. Dia memakai Chanel Long Lasting Corrective Concealer di bahagian bawah matanya, serta meletakkan blusher di bahagian pipi.

"Kakak, Adli dah sampai," kata Edry yang sedang ikat tali kasut Nike Kyrie 3nya.

"Sebentar!" Eleena capai begnya dan letak barang makeupnya dalam beg. Dia terus tutup suis lampu dan aircond, serta kunci pintu rumah. Dia pakai flat sandal berwarna ungu dari XOXO, dan terus berlari menuju ke pintu kereta Adli.

"Hi Adli, hi Kam, hi cinta," Eleena terus menyapa semua orang dalam kereta.

"Bapak lah. Nak pergi kedai bapak aku je kot. Ni kalau aku siap macam ni, macam nak pergi dating dengan makwe kat Carcosa Sri Negara," kata Adli.

Lagu Bodyrock dari Moby berkumandang di radio Adli. Nizam dah angguk-angguk kepala.

"Kenapa, Kam?"

"Cantik baju awak ni, Eleena."

"Terima kasih. Baju awak yang The Strokes ni apa kurangnya."

Kamelia senyum.

"Apa penemuan terbaru?" tanya Kamelia.

"Sampai sana kita cakap."

Tiba di warung char kuey teow ayah Adli, masing-masing pesan makanan.

"Horlicks ais," kata Kamelia.

"Nescafe ais," kata Nizam.

"Air suam dan ais kosong," kata Eleena.

"Barli suam," kata Edry.

Adli ke tempat bancuh air untuk membancuh air dan buat air, sementara ayahnya pula masak char kuey teow.

"Kita tunggu Adli sampai, lepas tu kita mula," kata Eleena.

"Dari mana korang semua ni? " tanya ayah Adli yang menghulurkan pinggan char kuey teow ke meja makan.

"Rumah je cik," jawab Nizam.

"Bukan main lawa-lawa lagi semua ni. Terutamanya Eleena ni."

"Tak ada lah pakcik, biasa je ni. Kami makan dulu ya?" kata Eleena.

"Eh Adli, apa lah kau! Orang dah makan, kau masih terkial-kial buat air? Cepat sikit!"

Adli terus bawa dulang air dan beri air masing-masing.

"Baik, memandangkan Adli dah ada, ini hasil siasatan saya dan Edry setakat ni. Ada 27 keping surat semuanya, dan ada tiga nama, Maria, Diana dan Julia," kata Eleena sambil meletakkan surat-surat tersebut di atas meja.

"Ada tiga lingkungan tarikh. Julia sekitar Januari 1996 hingga Februari 1996, Maria sekitar April hingga Jun 1996, dan Diana, sekitar September hingga November 1996. Menurut Edry, dia ada mencari beberapa ruangan sahabat pena dalam ruangan majalah-majalah lama URTV dan Media Hiburan, dan dia jumpa nama Julia binti Hashim pada majalah URTV keluaran Januari 1996," kata Eleena sambil menghirup air suam.

Edry mengeluarkan gambar yang dicetaknya dari sumber yang dia jumpa.

"Fuh, ruangan sahabat pena," kata Adli, teruja.

"Facebook of the 90s," kata Kamelia pula.

"Jap, mana dapat benda ni, Edry?" tanya Nizam.

"Kena cari di ruangan arkib yang terlalu panjang saya nak terangkan. Tetapi, segalanya ada di internet. You just need to know how to get that," kata Edry.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now