Bonus Track - Temubual Eksklusif Rancangan Talk Show

2K 62 33
                                    

Daud Suratman: Kita bertemu kembali dalam rancangan talk host, Lewat Malam Bersama Daud Suratman. Artis undangan kita pada kali ini ialah dari kumpulan Masdo, dan tetamu kita pada hari ini, kita ada watak-watak yang popular dengan novel trilogi, Cheras Perdana, kali ini dengan novel penyiasatan dan thriller, Rumah No.6. Kita persilakan, Eleena Mahathir, Nizam Lazim, Kamelia Ramlan dan Adli Margera. Eh, betul ke nama bapak dia ni?

Tepukan audiens.

Adli: Nama ayah saya Md Yasin. Margera tu nama nakal saya.

Audiens mudah terhibur. Mungkin itu fan boys #TeamAdli yang fanatik.

Daud Suratman: Baiklah, saya nak bertanya beberapa soalan tentang novel ini, masa Nami Cob Nobbler mencadangkan idea novel ini, apa pandangan kamu semua tentang novel kali ini.

Kamelia: Bagi saya, ia merupakan satu cabaran baru, dan saya dapat satu karektor yang kuat di luar, tapi rapuh di dalam, dan saya tidak dilihat misteri sangat macam dalam Cheras Perdana.

Adli: Sebenarnya novel kali ni tak berapa menonjolkan saya sangat, sebab watak yang lead kali ini ialah Eleena, jadi saya memainkan peranan watak pembantu.

Daud Suratman: Baiklah, soalan seterusnya pada Eleena. Saya ingin tahu, Eleena ni macam mana orangnya? Kalau saya baca Cheras Perdana pada awal-awal babak, sebelum bercinta dengan Nizam, awak dilihat seperti elit, classy, dan...

Adli: Bak kata Alim, aristokrat.

Daud Suratman: Ya, ya. Aristokrat. Seperti orang kaya. Anak lord. Kenapa dalam satu hal, saya nampak ada satu ciri lain yang tak nampak macam tu.

Kamelia: macam bergurau sorokkan tuala mandi Nizam...

Daud Suratman: Ya, kenapa begitu?

Eleena: Sebenarnya apabila di novel Cheras Perdana, apabila saya dilihat sebegitu, saya rasa kurang selesa dengan cara watak saya dipersembahkan. Saya tidak suka sebenarnya dilihat macam 'uptight', jadi saya tonjolkan sifat keanak-anakan itu untuk mengimbangi watak.

Daud Suratman: Jadi, apakah itu sifat sebenar awak?

Eleena: Ya, saya ingin buktikan bahawa anak orang kaya juga boleh bergurau kasar.

Daud Suratman: Soalan seterusnya untuk Nizam, dari dalam Bau Semangat Anak Muda lagi, awak dilihat gila muzik. Awak ada hobi lain?

Nizam: Saya selain muzik, saya juga suka collect action figures dan main game.

Daud Suratman: Tapi kenapa awak selalu kalah game?

Adli: Kalah teruk pulak tu. Sayur. Mendap.

Nizam: Dalam circle of friends ni, paling terror main game ialah Rafi, drummer kitorang. Second sama ada Adli atau Ail. Entahlah, mungkin saya tak ada bakat lain kot.

Daud Suratman: Jadi, game apa yang awak paling terror?

Nizam: Mungkin Ganguro Girls kot.

Eleena jeling nakal.

Kamelia gelak sampai tertunduk.

Audiens bersorak.

Nizam: Errk?

Adli: Patutlah ada dua makwe.

Kamelia baling pen ke arah Adli.

Daud Suratman: Tak boleh blah kau ni, Zam. Soalan seterusnya, Kamelia. Ada beberapa orang nak tanya, kenapa anda tak boleh move on dengan Nizam? Dah tau tu pakwe orang, sahabat dunia akhirat lagi. Anda dah takde laki lain?

Rumah No. 6Where stories live. Discover now