Kereta Wira Adli tiba di restoran How Hwang jam 12 tengah hari, dan Mickey Subagja dengan basikal Jaguarnya dah stenbai di kedai Cina itu. Dia boleh rilek hisap rokok tunggu mereka berlima.
"Wow, kitorang naik kereta, kau sampai dulu?" tanya Nizam.
"Ada shortcut lah, kau ikut jalan jauh. Lagipun aku duduk sini masa taman-taman ni belum ada lagi. Aku tau la jalan shortcut macam mana," kata Mickey Subagja sambil main lighter Zipponya.
"Boleh saya panggil awak, Mickey?" tanya Eleena.
"Boleh, tu memang nama panggilan aku pun. So, apa korang nak tahu pasal rumah puaka tu?" kata Mickey Subagja sambil hembus asap rokok Gudangnya ke atas.
"Bang, kok tang," kata Adli.
Mickey Subagja menghulurkan kotak Gudang Garam tanpa cakap.
"Abang dah duduk sini dah berapa lama?" tanya Eleena.
"Sejak aku lahir. Aku lahir tahun 1970, sama macam Maz. Aku sekolah kat Kajang High School, Maz sekolah Convent Kajang. Biasalah, budak High School ada hak keistimewaan ke atas gadis Convent. Ini mana-mana kau pergi pun sama," kata Mickey Subagja, tenang.
"Kenapa tak sekolah Perimbun?" tanya Kamelia.
"Sekolah Perimbun ni siap masa aku dah habis sekolah, aku dah kerja dah. Dan tujuan sekolah ini dibina ialah untuk memenuhi keperluan penduduk untuk kawasan baru perumahan sekitar sini. Sekolah Perimbun dibuka tahun '89, masa ni TKC baru bukak, Taman Megah hampir siap, CP, fasa 1, 2, dan 3 baru siap, Bandar Tun Hussein Onn masih hutan, tepi lombong yang sekarang kau panggil sebagai, Lake Valley," Mickey Subagja menerangkan sejarah ringkas kawasan ini.
"Eh, order lah. Nasi ayam sini ok lah," kata Mickey Subagja, tenang.
Kamelia angkat tangan.
"Gai fan, yat!" Kamelia order nasi ayam.
Eleena angkat tangan pada lelaki yang mengelap meja.
"Sihying m̀h'gōi," Eleena memanggil waiter tersebut.
"Hai?"
"Ngóh jihnghaih sihk chīngjān yéh," kata Eleena, yang nak order makanan halal.
"Mo man tai. Gai fan?" tanya lelaki yang mengambil order tadi, mencadangkan nasi ayam, macam Kamelia.
"Ngóh séung yiu mihn shik sou chaofan, m̀h'gōi." Eleena order nasi goreng.
"Cinta, awak nak makan apa? Nasi goreng, nasi ayam, mi sup?" tanya Eleena pada Nizam. Nizam melopong.
"Halal ke?" tanya Adli.
"Dah cakap dah, jangan risau," Eleena memberi jaminan.
"Kuey teow goreng, ada?" tanya Adli.
"Chao kuey teow, yat!"
"Bukan char ke?" tanya Adli.
"Kau diam, kau dengar je dia cakap. Aku tak faham satu mende ni," kata Nizam.
"Cinta, awak nak order apa?"
"Nasi ayam lah," kata Nizam.
"Gai fan yee..."
Edry menyampuk.
"Gai fan sam!"
"Hou! Gai fan sam, chaofan yat, chau kuey teow yat," waiter itu terus menulis pesanan.
"Minum apa?" tanya Eleena.
"Coke," jawab Adli.
"Coke jugak," kata Nizam.
YOU ARE READING
Rumah No. 6
Misteri / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...