21 - "Awak Suka Kam, Eh?"

1.7K 63 16
                                    

Nizam dan Eleena berpelukan dalam selimut di depan sofa sambil menonton kartun 80an - Voltron The Defender of the Universe.

"Awak tau, baju Pidge Gunderson yang saya pakai tu, sama umur dengan Nami Cob Nobbler?" kata Eleena memberi trivia tentang hidupnya.

"Wow, tuanya, baju siapa tu?" kata Nizam.

"Saya pernah ada kakak tiri dulu, Ezara."

"Pernah?"

"Dia dah meninggal. Suicide."

"Oh, sorry."

Eleena diam lama berfikir.

"Cita-cita kakak dulu nak jadi saintis, nak jadi pakar perubatan. She took her life herself," Eleena merasa berat, tapi dia rasa dia perlu cerita ini pada Nizam.

Nizam memeluk erat Eleena.

"Dia macam Kam. Ada imaginary friend. Dan imaginary friend dia, Pidge," kata Eleena.

"Awak selalu dengar Kam cakap sorang-sorang?" tanya Nizam.

"Kawan dia nama Miko, nama arnab dia."

"Setiap kali saya nampak Kam, saya nampak dia macam Kak Ezara. Sebab tu kan, cinta, saya sayang Kam. Walaupun dia pernah panggil saya ni 'lucifer'," kata Eleena, ketawa sambil capai 'Wacky Wacky Tobacky'.

"Cik Osman dah nak balik ke?" tanya Nizam.

"Haah, Jumaat depan. Bawa ole-ole dari California hanya untuk awak, cinta," Eleena memicit hidung Nizam.

Nizam senyum saja.

"Cinta, saya nak tanya awak satu soalan, boleh tak?" tanya Eleena.

"Shoot."

Eleena senyum dengan penuh maksud yang terselirat.

"Err, apa?"

"Awak suka Kam, eh?" tiba-tiba Eleena tanya dengan nada yang nakal.

"Wo, wo, wo! Apasal semua orang cakap macam ni? Tu hari Adli, ni awak pulak?" Nizam terkejut.

"Semua orang tahu yang sayur bayam Kam masak hari tu, dia lupa letak garam," kata Eleena, tersengih lagi.

"Eh, saya mana suka makan masin?" Nizam cuba cover.

"Mak awak kata awak kalau makan garam, macam nak telan satu laut. Adli selalu cakap kalau masak char kuey teow untuk awak, kena masin sikit," Eleena usik Nizam lagi.

"Bukan apa, kenalah jaga kesihatan. Kurangkan garam, baik untuk jantung," Nizam ni memang pakar deflect.

"Awak tak pernah pun bagi epal kat English Week kat saya," kata Eleena.

Muka Nizam berubah, jadi pucat. Macam Vince McMahon nak kena stunner. Nizam telan air liur.

"Sixteen, clumsy and shy, eleh, macamlah saya tak tau," Eleena usik lagi.
Nizam menyerah. Ternyata pakar deflect macam Nizam ni gagal untuk lawan dengan pakar menyiasat macam Eleena.

"Ok lah, sebelum saya kenal awak, saya mengaku la saya ada crush dengan Kam. Tapi masa tu tak tahu pun nama dia, panggil dia Cornflake Girl je," kata Nizam.

Eleena senyum.

"First time saya nampak dia, dia marah Cikgu Noraini kat tapak perhimpunan, nampak cool lah. Tapi lepas tu, masa Hari Kantin, saya nampak ada lelaki peluk dia, saya surrender lah. Lagipun, saya dah ada awak, awak dah terbaik dah untuk saya," Nizam sempat bagi ayat 'kala jengking' berbisa di hujung ayat.

Eleena peluk tubuh sambil pandang ke atas.

"Lelaki, huh!" Eleena buat-buat menyampah ayat manis berbisa Nizam.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now