Lama juga Nizam menyorok di balik timbunan mayat tanpa kepala ni. Nizam jadi buntu. Berapa lama lagi dia harus menyorok dalam bilik simpan mayat ni? Sampai orang buka pintu ni ke?
Nizam tengok bateri telefon, ada 60 percent. Dia harus meminimakan penggunaan telefon jika mahu terus bertahan. Dia buka torchlight, dan lihat kot-kot ada tempat untuk escape dari bilik mayat ini. Dia harus berfikir di luar kotak.
"Think, Nizam, think!" Nizam bermonolog dalaman.
Dia buka walletnya, dan ada kad ATM CIMBnya.
"Kalau aku gunakan kad ni untuk buka pintu ni, amacam? Tapi nanti satu kerja nak buat kad baru. Leceh kalau kad ATM rosak ni.
Dia fikir dia nak pakai IC dia, tapi ni lagi melecehkan.
Dia akhirnya mengambil keputusan untuk guna saja kad CIMB ni. Patah pun patahlah, daripada dia terus terperangkap dalam bilik mayat yang berbau lebih kurang macam kereta abah dia semalam je.
Dengan berkat kegigihan dan kesungguhan, serta daya fight or flight yang tinggi, Nizam cekal menggunakan kad ATMnya untuk membuka pintu.
"Come on, come on!"
Kad patah, dan Nizam gagal buka pintu.
"Fuck," mulut Nizam terpacul kata carut, kemudian dia pandang mayat-mayat tu.
"Hish, cabul mulut aku ni," Nizam mula mengelap dahi yang berpeluh sejuk. Dia mendaki timbunan mayat-mayat itu, dan cuba mencapai siling. Dia nampak ada batang kayu di hujung penjuru bilik. Dia capai batang kayu itu dan menolak siling itu sekuat hati.
Siling tercabut. Nizam cuba capai bahagian siling. Dia berkali-kali melompat untuk panjat siling tu.
"Sorry bro-bro semua sebab pijak lu orang, gua cuma nak teruskan hidup je," kata Nizam sebaik sahaja dapat capai dan panjat siling. Dia merangkak macam askar di atas siling, dan merangkak di sebelah saluran udara bangunan.
Dia intai lubang kecil di siling. Dia nampak bilik kosong. Dia buka siling tu dan terus turun, memijak almari, lalu turun. Dia nampak kot makmal berwarna putih. Dia buka baju hooded jacket Supreme kesayangannya.
"Sorry bro, lu sweater kesayangan gua, tapi gua terpaksa tinggalkan lu. Bau mayat ni akan attract orang. Next time gua beli baru. Takpun gua rembat je kat kedai."
Dia pakai kot makmal tadi, kemudian dia cuba buka pintu tadi. Juga berkunci.
"Fuck, kena ikut siling lagi lah," Nizam terus panjat almari tadi dan kembali ke siling.
Dia dapat voice message dari Eleena.
"Cinta, saya harap cinta selamat di sana. Bertahan ya?"
Kata-kata Eleena tu membuatkan Nizam jadi bersemangat gila babi. Dia terus membayangkan dirinya seperti seorang Jason Bourne. Oleh kerana dia merasakan dia tidak ada muka Kaukasia macam Matt Damon, maka dia tukar dan membayangkan dia Yoo Jae-suk dalam Running Man yang menjadi ahli RM yang paling diminatinya.
"Yooruce Willis!" kata hatinya.
Dalam radio imaginasinya bermain lagu Judas Priest - Painkiller. Dia terus merangkak dengan laju.
"Apa tu?" Nizam ternampak sesuatu dari siling. Ada tingkap kecil untuk keluar. Dia buka tingkap tersebut, dan merangkak keluar. Kemudian dia nampak ada tangga menegak yang turun ke bawah. Dia nampak ada saluran elektrik dan dia berpaut pada besi saluran elektrik itu, dan turun perlahan-lahan sampai bawah. Dia perlahan-lahan berjalan di koridor itu sambil memerhatikan sekeliling. Dia nampak ada satu bilik, dan dari luar, dia mengendap dari tingkap.
YOU ARE READING
Rumah No. 6
Mystery / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...