Malam Sabtu biasanya jika tiada aral, rumah Eleena akan biasanya dikunjungi sama ada oleh kekasihnya, Nizam, atau sahabat baiknya, Kamelia. Eleena sedang berada di dapur, sedang membakar biskut butterscotch chocolate chip cookies untuk dinikmati bersama tetamu yang akan datang malam ini.
Telefon berdering ketika Eleena sedang membancuh doh biskut.
"Edry, tolong jawabkan telefon untuk kakak. Kakak tengah sibuk ni," kata Eleena sambil memberi fokus terhadap biskut ini. Biskut ini adalah kebanggaannya. Ini adalah biskut yang paling disukai oleh orang ramai. Bukan senang nak buat biskut ini. Terlebih suhu, terhangus. Terkurang suhu, tak masak. Ia perlu dilakukan dengan penuh vorsprung-durch-technik.
Dengan penuh tekun, Eleena memicit doh biskut tadi satu persatu ke dulang pembakar. Walaupun ramai orang buat biskut, tapi apa yang membezakan biskut Eleena dengan biskut orang lain ialah, biskut Eleena mempunyai 'bahan X', sejenis bahan rahsia yang akan membuatkan biskut orang lain tak akan mampu bersaing dengannya. Lagipun, bahan ini tidak digunakan untuk orang sebarang. Biskut ini bukan untuk barang niaga secara besar-besaran pun. Biskut ini hanya dijual dan dinikmati untuk orang yang paling rapat dan boleh dipercayai sahaja.
"Kakak, kakak Kam nak datang!"
"Oh, tak apa! Dia masih di talian?" tanya Eleena.
"Ya, nak pesan apa?"
"Boleh pesan dengan dia, belikan air Pepsi atau apa-apa air manis?"
"Baik, kakak!" kata Edry, adik Eleena.
Doh-doh butterscotch cookies itu terus dimasukkan dalam ketuhar, kemudian dia terus putar pada nombor suhu serta jangka masa yang dimahunya. Ketuhar lama, tak pakai tekan-tekan. Eleena tak berapa suka ketuhar baru. Tak konsisten.
Kedengaran suara dari luar.
"Siapa pula tu? Macam suara Nizam," Eleena terus meluru dari dapur menuju ke pintu utama rumah.
"Awak, tak cakap pun nak datang!" kata Eleena tersenyum melihat kekasihnya tiba depan rumah.
"Saja, nak buat surprise! Lagipun boring kat rumah," kata Nizam, sambil membuka kasut Vans kelabunya.
"Eleh, ke awak rindu pada saya ni?"
"Awak masak cookies eh?" tanya Nizam, apabila melihat Eleena masih belum buka apron.
Eleena hanya terdiam, tersenyum - memandang Nizam membuka tali kasut dan terus memeluknya.
"Bau cookies," bisik Nizam. Eleena tersipu malu, kemudian membenarkan Nizam masuk. Edry salam cium tangan Nizam.
"Kejap lagi Kam datang tau," kata Eleena. Nizam hanya mengangguk kepala, sambil menemani Edry menonton cerita kartun Adventure Time.
--
"Boleh tahan juga review album baru Green Day ni, anda," kata Kamelia pada Nizam sambil membaca artikel di NME.com.
"Revolution Radio?"
"Ya, album baru ni dorang kata best," kata Kamelia. Kamelia hanya menunggu Nizam, seorang music geek, membuka mulut dan memberi pandangan tentang muzik.
Kamelia memang ada hati dengan Nizam sejak dia mula-mula pindah sekolah di sini lagi, di Cheras Perdana. Sejak Tingkatan Empat, sampailah dah habis SPM - perasaannya terhadap Nizam tak pernah berubah. Bagi Kamelia, keistimewaan yang ada pada Nizam ialah minat muziknya yang begitu mendalam, menarik perhatiannya.
Tapi, Eleena adalah sahabat baiknya. Panjang ceritanya, yang itu korang semua kena baca novel trilogi yang epik tu.
"Nanti saya cuba dengar di Spotify, Anthony Fantano dah cakap apa-apa kat channel The Needle Drop?" kata Nizam.
YOU ARE READING
Rumah No. 6
Mister / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...