15 - Sekumpulan Tentera Penggoda Lelaki?

1.8K 68 15
                                    

"Abang keluar lagi dengan perempuan tu kan? Ha, dah letih, dah penat, baru nak balik rumah? Buat rumah ni macam hotel?"

"Saya penat lah nak dengar awak membebel. Balik kerja je, dengar awak membebel!"

"Perempuan tu nak kikis duit abang je, tolonglah bukak mata tu sikit. Abang tu dah tua, ada pulak perempuan macam tu nak kat abang? Dia nak duit abang! Abang ada keluarga, tolonglah fikir! Fikir la Khairul dengan Nizam tu bang."

"Asyik saya je fikir pasal keluarga, keluarga ada fikir pasal saya? Apa yang saya nak?"

"Abang jugak yang nak kahwin dengan saya dulu, kan? Sekarang dah jumpa perempuan kat Facebook, dah lupa anak bini, joli sana sini dengan betina tu!"

Bunyi penampar hinggap di pipi.

"Kau jangan panggil perempuan tu betina, kurang ajar!"

Nizam capai jaket hoodednya dan terus keluar dari rumah. Malas dia nak hadap benda macam ni hari-hari. Bukan dia tak kesian dengan mak dia, tapi dia pun tak tahu apa yang harus dia lakukan.

Dia capai telefon dan mesej Eleena.

Nizam: saya tido rumah awak lagi, boleh x?

Eleena: datanglah. tapi kam ada kat sini.

Nizam: x kisahlah, kat rumah x bleh tido.
Eleena: datanglah. kam dengan saya order dominos pizza. kita makan sama-sama?

Nizam: nak butterscotch.

Eleena: 😂

Nizam: 😍

Eleena: 😙

Nizam: im coming.

Nizam tiba di rumah Eleena, dan Eleena sedang berbual dengan Kamelia di ruang tamu.

"Cinta?"

"Anda, anda okay?"

Muka Nizam seolah-olah tak ada mood, dan hanya duduk di sofa, tanpa kata.

"Mak dengan abah gaduh lagi?" tanya Eleena.

"Macam biasa. Sejak abah kenal perempuan tu kat Facebook, sejak tu lah jadi macam ni. Balik rumah je, gaduh dengan mak. Kadang-kadang tak tau lah kenapa abah jadi macam tu," Nizam capai pizza beef pepperoni dan masuk dalam mulut.

"Sebab tu saya tak suka media sosial. Kenapa perlu kenal orang di Facebook? Kenapa kita tak boleh kenal orang secara natural, macam kita semua? Kita kenal kerana kawan kita kawan dengan kawan kita lagi satu, membentuk satu persahabatan yang utuh? Dan bukan berkawan, atau bercinta melalui butang 'add as friends'?" kata Eleena sambil mengunyah butterscotch cookiesnya.

Lagu Bulanku dari Sekumpulan Orang Gila berkumandang.

"Hubungan manusia dah berevolusi sejak ada Internet, Eleena. Sejak ada AOL, MIRc, ICQ, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, Instagram, manusia dah tak berhubung macam dulu. Bahkan macam ruangan sahabat pena tu pun, sama je konsepnya dengan media sosial, bezanya dia pakai snail mail," kata Kamelia pula.

"Saya tak marah pun abah ada Facebook. Entahlah, kenapa orang tua ni bila guna sosial media, dia menggelabah lebih?" Nizam mengeluh.

"Jadi ustaz Facebook, jadi cybertrooper, jadi tukang report polis..." Kamelia menambah.

"Hamid Chai, Azwan Ali, Rani Kulop..." Nizam menyebut nama orang tua yang menggelabah di media sosial.

"Tarbiah Sentap, Malik Hussin..." Kamelia tambah lagi.

"Donald Trump," Eleena pula tiba-tiba mencelah lalu tiga-tiga ketawa.

--

"Tidak, tak nak, tak nak, saya tak kenal kakak! Arrgggghhhh!" jerit Nizam dalam ngigau. Eleena tersedar dari tidur.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now