"Sial lah, aku jumpa ada 127 ekor tikus!" ngomel Nizam seorang diri sambil dah empat kali muntah.
"Cepat sikit basuh tu, kejap lagi Eleena dah nak sampai. Kau masih pakai seluar katok tu. Dengan kot makmal sape kau pakai entah.
Nizam pandang kot makmal yang dipakainya.
"Rasa macam professor pulak pakai kot makmal ni, Prof. Milo Aukerman! Prof. Nizam Laziman, eh? Lazim je la nama bapak aku," kata Nizam membebel seorang diri.
"Anda?" tiba-tiba ada gadis berbaju kurung warna pink pastel bunga-bunga kecik dengan pakai kasut Jack Purcell warna biru tua, rambut gaya Mia Wallace, tersenyum manis depan gate.
Nizam ternganga. Tak pernah dia tengok Kamelia secun ni. Gila babi boleh berdarah hidung tengok macam ni.
Kejap lagi kereta berhenti, dan pintu kereta dibuka.
Gadis memakai kebaya nyonya nampak collarbone warna ungu dengan perfume Anna Sui semerbak di udara.
"Hi, cinta."
Lepas tu Eleena berbisik pada Kamelia sesuatu, lepas tu mereka bergelakkan sesama sendiri dengan gaya paling sopan.
Nizam dah rasa fuck gila dengan kot makmal ni.
"Awak tak nak kami masuk ke?" tanya Eleena.
"Err, masuk, masuk!"
Kamelia lalu tepi, Nizam pandang. Kejap lagi Eleena pula lalu, tapi dia tarik jari kelingking Nizam perlahan. Nizam terasa magnetnya begitu kuat sampai dia terjatuh akibat tergelincir terpijak air sabun.
"Awak, awak ok ke? Dah la tadi jadi Jason Bourne," kata Eleena.
"Okay, okay, okay... Fuh! I'm okay. Okay. Okay. O--o--o--kay."
Nizam menjadi begitu gementar. Dua orang gadis cantik masuk ke rumahnya.
Tiba-tiba mak Nizam keluar.
"Ha, padan muka kau! Pakai seluar katok lagi! Menggelabah biawak pasir makwe kau datang!"
"Ye lah, takkan nak pakai kemas-kemas nak basuh kereta, mak?" Nizam memang pakar deflect.
"Kau ni, dari dulu, asal aku cakap, ada je benda kau nak menjawab, cepat basuh kereta abah kau tu, siapa suruh kau suruh Adli jahanamkan kereta abah kau?" kata mak Nizam.
"Mana mak tau?"
"Siapa je tak kenal Adli Margera? Dia punya dajal tu dah boleh masuk peringkat antarabangsa, kau tau tak?" kata mak Nizam sebelum masuk rumah.
Disebabkan kelam-kabut, Nizam basuh ala kadar. Dia pun dah rasa rimas dengan kot makmal yang dia rembat sejak siang tadi.
"Puaka betul. Aku jugak yang kena basuh kereta ni, dah la badan aku sakit-sakit ni, aduh!"
Mencarut-carut Nizam dari tadi.
Eleena dan mak Nizam sedang menyediakan bahan perapan untuk masak nasi beriyani gam Batu Pahat hari ini, sementara Kamelia membasuh pinggan mangkuk yang ada.
"Bagus korang berdua ni, rajin kerja kat dapur," kata Makcik Latifah tersenyum.
"Mak, abah mana?"
"Solat maghrib. Dah menemui keinsafan katanya," kata Makcik Latifah sambil memerhatikan Eleena menggiling rempah.
"Cinta, Edry mana?" tanya Nizam.
"Dia nak siapkan projek drone dia dengan Haiqal tu, sebab pertandingan inovasi peringkat daerah minggu depan di Bandar Baru Bangi," kata Eleena.

ANDA SEDANG MEMBACA
Rumah No. 6
Mystery / ThrillerSuatu malam, Kamelia bercerita pada Eleena dan Nizam tentang misteri pengamal ilmu hitam Mentadak Mentadu. Keesokan harinya, Adli datang dan berlagak baru dapat lesen bawa kereta. Eleena mahukan 'adventure' dalam hidupnya, dan Kamelia mahu kebenaran...