💐1

263K 7.1K 273
                                    

Sorry kpd yg dh baca story ni. Author nak ubah story cuz idea tiba-tiba dtg. So yg dh baca tu sorry sangat-ii dri author. Maafkan saya T.T
Author mmg otak senget sikit!

_________

Malam itu tubuh kedua adik beradik itu dipukul tanpa henti kerana mereka enggan memberikan wang kepada ayah yang bergelar kaki judi. Tubuh anak remaja itu dipukul tanpa rasa belas kasihan.

"Ayah sudahlah!"

Tegah Raisya dalam esakan. Sakit terkena rotan tak dihiraukan. Dia cuba menolak tubuh gempal ayahnya daripada terus memukul adiknya.

"Ahh kau tepi! Biar budak ni aku rotan! Dah pandai melawan aku"

Rahim menolak tubuh anak perempuannya. Rotan itu dihayun kembali ke tubuh anak lelakinya dengan muka yang bengis. Raisya sedaya upaya menolak ayahnya dari terus memukul adiknya.

"Sakit ayah"

Rintin Rian. Tubuh dia terasa perit. Badan dia sudah luka teruk. Rahim mencampak rotan ke atas lantai. Dia kemudian menendang perut Rian dengan kuat. Merengkot Rian menahan kesakitan yang amat.

"Ayah! Sudahlah! Ayah tak kesiankan kami ke?"

Raisya menolak kaki ayahnya daripada terus menyepak adiknya. Tubuh adiknya didakap erat. Rian menangis dalam pelukan kakaknya.

"Anak tak kenang budi! Sedarlah kau aku bagi makan. Aku minta duit sikit pun kedekut"

Maki Rahim. Suara dia bergema di rumah itu. Raisya mengusap rambut adiknya. Tangisan semakin lama semakin laju. Luluh hati dia melihat badan Rian yang berbirat-birat.

"Ada anak menyusahkan hidup aku je! Asal kau tak ikut mak kau je!"

Dengus Rahim. Dia terus menghempas pintu kayu itu dengan kuat. Kedengaran bunyi motor meninggalkan rumah kayu itu.

"Kakak minta maaf Rian"

Raisya menangis lagi. Bergetar tangan dia ingin menyentuh badan adiknya. Luka-luka itu dipandang dengan hati yang pilu.

"Kakak sakit"

Rintih Rian. Raisya pantas saja menyapu airmatanya. Tubuh Rian yang lebih besar daripadanya dipapah ke bilik Riasya. Rian dibaringkan dan Raisya terus mencapai minyak di atas meja berhampiran.

Baju Rian diselak hingga ke atas. Setitis demi setitis airmata dia jatuh. Kesan lebam pada perut Rian disentuh.

"Ahhh"

Rian menahan kesakitan saat Raisya menyapu minyak pada kesan lukanya. Airmata jantan dia tak henti-henti mengalir. Begini nasib mereka dua beradik pada setiap hari dan setiap masa.

"Tidurlah. Akak dah sapu minyak"

Raisya meletak minyak tadi ke tempat asal. Raisya hanya menerima luka kecil. Rian paling teruk. Rian menutup mata rapat. Dia cuba menahan kesakitan yang mula menyengat tubuhnya.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now