"Macam mana?"
Soal Raisya tidak sabar. Dia sudah tak sabar mendengar perkhabaran dari doktor di hadapan dia kini. Rian di sebelah hanya tayang muka tak berperasaan saja. Terpaksa dia menemani Raisya.
"Tahniah! Awak mengandung 2 bulan"
Kata doktor itu dengan senyuman. Raisya sudah terjerit keterujaan. Rian pula hanya mengukir senyuman pendek saja.
'Terima kasih doktor"
Kata Raisya. Dia syukur sangat-sangat. Tak sangka dia mengandung. Dia harus bagitahu Danny secepat mungkin.
"So Puan Raisya awak boleh ambil ubat di kaunter. Saya akan beri awak vitamin dan ubat tahan muntah. Kalau ada apa-apa segera ke hospital ya"
Raisya hanya mengangguk. Dia keluar dari bilik itu. Senyuman tak lekang di bibir Raisya. Rian pula hanya memerhati saja keceriaan kakak dia itu. Bakal ibu katakan.
Rian menghampiri kaunter. Setelah selesai membayar dia menghampiri Raisya yang ralit melihat ibu-ibu mengandung dan juga bayi disitu.
"Kak"
Tegur Rian. Raisya hanya mengangguk saja. Dia nampak teruja melihat bayi-bayi disitu.
"Kak jom kita gerak"
Ajak Rian. Raisya bangun. Dia mengekori Rian dari belakang. Raisya menyaingi langkah Rian. Lengan Rian dipeluk erat.
"Err...boleh tak kita singgah company abang kamu?"
Raisya pandang penuh pengharapan. Rian hanya tersenyum dan mengangguk. Raisya mengukir senyuman teruja.
Rian menghampiri keretanya. Hadiah daripada Danny dan Raisya sempena hari lahir dia bulan lepas.
Rian mengerakkan keretanya meninggalkan kawasam hospital itu. Dia menuju ke DA Holdings.
▪▪☆☆▪▪
Riasya menaiki lift diikuti Rian dari belakang. Kebanyakkan pekerja disitu memandang Rian tak lepas. Lebih-lebih lagi perempuan. Pantang tengok lelaki kacak. Pasti pandang tak terkalih. Rian pula hanya tayang muka dingin dia saja.
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
Ficção Geral[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...