💐7

123K 5.6K 70
                                    

Feng bermain game di ruang tamu tingkat dua. Mulut dia riuh bersorak apabila memenangi game yang dimainkan olehnya.

"Bisinglah"

Rian membaling bantal tepat ke kepala Feng. Dia nak tidur pun tak senang sebab budak sorang tu buat bising.

"Kau nak tidur lainkali tidur dalam bilik. Aku nak main pun tak senang"

Rungut Feng. Mata dia fokus pada TV LCD di hadapan dia. Game bola sedang dimainnya.

"Lantak aku lah nak tidur kat mana pun"

Balas Rian. Dia kembali melelapkan matanya. Feng sudah tersenyum jahat. Volume TV dinaikkan.

"Yes! GOALLLL!"

Sorak Feng sambil melompat-lompat. Rian terus mencelikkan matanya kerana bunyi kuat itu menyentak lenanya.

Rian bangun dengan muka tegang. Feng masih tidak menyedari kerana sibuk bersorak. Tanpa amaran Rian terus menutup game itu. Tv yang tadi bercahaya kini bertukar gelap. Feng sudah tercengang.

"Haa baru tenang aku nak tidur"

Rian kembali berbaring. Feng sudah mengetap gigi menahan geram. Dia berpaling ke belakang. Gigi dia diketap geram.

"Kau! Kau pehal tutup game aku"

Marah Feng. Tapi Riak tak memberi reaksi apa-apa pun. Baru saja Feng nak buka mulut ada suara mencelah.

"Kenapa ni?"

Tegur Raisya. Dia yang berada di dapur terkejut dengan suara Feng. Bergegas dia naik ke tingkat atas. Bimbang budak berdua ni bergaduh pula nanti.

"Adik akak ni pergi tutup game yang saya tengah main"

Adu Feng sambi berpeluk tubuh. Raisya menarik senyuman. Terhibur dengan tingkah laku Feng.

"Dia dari tadi terpekik macam orang gila. Padahal main game je"

Cemuh Rian dengan mata tertutup. Membulat mata Feng mendengar kata-kata tak bertapis dari Rian.

"Sudah! Feng mari ikut akak. Teman akak masak kat dapur"

Ajak Raisya. Sekaligus dia cuba meleraikan peperangan bibir antara Rian dan Feng.

"Hmmphh yelah"

Feng mengikuti Raisya. Dia duduk di kerusi meja makan sambil memerhati Raisya mencuci ayam.

"Akak nak masak apa?"

"Ayam masak merah dan tomyam seafood"

Feng sudah mengukir senyuman lebar. Semua itu favourite dia.

"Wahh mesti sedapkan"

Puji Feng. Raisya hanya senyum saja. Ceria saja lagak Feng itu. Mereka terus berbual-bual. Rian pula aman tanpa ada yang menganggu lenanya.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now