Mark dan beberapa budak-budak lain yang merupakan pengikut dia memasuki ke sebuah rumah lama di dalam hutan dan jauh dari orang ramai.
Mark menolak pintu rumah itu dan dilihat suasana rumah itu sunyi sepi. Pengikut dia yang lain juga menjenguk sama.
"Mana pula dia ni pergi?"
Gumam Mark perlahan. Dia memasukkan tangan dia ke dalam hoodie. Mata dia melilau melihat setiap pelosok rumah itu.
"Kau cari sapa?"
Tegur satu suara. Mereka terus mencari suara itu. Dilihat Jay baru saja menuruni tangga dengan wajah tegang.
"Cari kaulah"
"Mana hadiah aku?"
Soal Jay terus terang. Dia malas nak bersoal jawab. Lambat. Dia duduk di sofa dan kakinya di letakkan ke atas meja. Tajam mata dia memandang pengikut Mark.
"Bawa mereka ke sini"
"Baik bos"
Mark melabuh duduk di sofa lagi satu. TV dibuka dan dia mula menonton tv tanpa pedulikan Jay yang macam cacing kepanasan itu. Tak lama itu pengikut dia masuk bersama lapan orang lelaki yang sudah lebam sana sini.
"Bawa dorang ke sini"
Arah Jay dingin. Mereka terus membawa kelapan lelaki itu melutut di hadapan Jay. Mark hanya memerhati dengan ekor mata saja. Malas nak masuk campur. Pengikut Mark berundur ke belakang dan membiarkan Jay menguruskan mereka sendiri.
Jay tersenyum sinis. Dia kelihatan menakutkan disebalik hoodie itu. Muka-muka lelaki itu sudah pucat melihat Jay bermain dengan pistolnya. Jay menyengetkan kepalanya dan memandang salah seorang daripada mereka."Nama kau apa?"
"Kamal"
Jawab lelaki itu dalam nada mengeletar. Suara Jay saja sudah menakutkan dia. Wajah dia ditundukkan ke lantai. Tak mampu bertentang mata dengan Jay.
"Siapa hantar kau?"
Jay menyoal. Sengaja! Dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mahu menutup mulut. Kamal hanya diam tanpa bersuara.
"Tak nak jawab?"
Jay berdiri kemudian dia mencangkung di hadapan Kamal dengan wajah sinis. Dia memegang pistolnya kemudian dia menaikkan dagu Kamal menggunakan pistolnya.
"Aku paling pantang kalau orang tak jawab soalan aku. Bukan susah mana pun kan?"
Jay masih nampak tenang. Pemgikut Mark yang melihat sudah gerun. Jay merupakan killer dalam kumpulan mereka manakala Mark shadow. Dua-dua menakutkan tetapi Jay lagi menakutkan mereka. Shawn? Dia merupakan budak IT saja. Tetapi kalau pasal maklumat hujung jari dia je.
"Aku ulang sekali lagi. Siapa hantar kau?"
"Heh? Kau ingat aku nak bagitahu?"
Sinis Kamal. Jay mengeleng kepala dia perlahan-lahan. Dia tersenyum senget dan berdiri. Nampaknya Kamal belum kenal dia sepenuhnya lagi. Lelaki yang berdekatan dengan Kamal sudah menelan air liur kesat.
"Tak nak bagitahu ikut suka hati kau. Tapi jangan menyesal"
"Maksud kau? Nak bunuh aku? Hahahaha....kau bunuh je laa. Aku tak kisah!"
Kamal tergelak sinis. Dia menentang pandangan Jay. Dia membuat muka mengejek kepada Jay. Dia tahu Jay tak berani mencederakan dia sebab dia merupakan maklumat untuk kumpulan itu.
"Tchh! Kau silap"
Sebaik saja berkata sebegitu Jay melepaskan tembakan di bahu kiri dan kaki kanan Kamal dengan muka tak berperasaan. Kemudian Jay tersenyum sinis. Mark pula hanya mengeleng saja. Dah terkeluar killer side Jay.
Pengikut Mark hanya mampu menutup mata saja. Sudah dijangka akan terjadi perkara itu. Sudah ngeri bagi mereka yang mengenali Jay. Kemudian Jay tanpa belas kasihan menembak kelapan mereka secara bergilir-gilir sehingga mereka hanya nyawa-nyawa ikan. Darah mula membanjiri ruang itu.
"Tchh! Kau patut tanya aku siapa. Aku killer or maybe kau patut panggil aku KJ"
Kamal mula membulatkan mata dia. Terkejut! Itu sudah pasti. KJ nama yang cukup digeruni mafia lain. Selama ini KJ hanya akan membunuh secara diam-diam saja. Tak sangka dia berjumpa dengan KJ secara depan-depan. Badan Kamal mula mengeletar hebat.
"Dah ingat? Too late untuk aku berpatah balik. See orang-orang kau dah lunyai kena dengan aku. Well aku tak suka buat kerja bertangguh. Tapi mujur tak mati je. Sebab bos aku nak korang hidup-hidup. Lucky you my friends sebab korang tak aku bunuh. Hari ini aku cuma nak main-main je. Mood aku kurang baik hari ini. So good luck"
Jay terus naik ke tingkat atas setelah menyelesaikan tugasnya. Mark berdiri dan menutup tv. Mark menghampiri Kamal dan yang lain. Pengikut Mark juga sama.
"Kau dah salah orang nak cari gaduh. Dia bukan lawan aku. Kau kenal KJ tapi kau belum kenal Shadow lagi. Maybe bukan peluang kau kot nak kenal dengan dia"
Mark menepuk perlahan pipi Kamal dengan wajah sinis. Dia memberikan isyarat kepada pengikut dia. Kelapan mereka ditarik kasar untuk berdiri. Semuanya berdarah dan nampak lemah. Mark memandang mereka tajam.
"Bawa mereka ke markas kita lagi satu. Pastikan mereka tak lari. Kalau tak korang kena dengan aku"
"Baik bos"
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...