"Kakak"
Rian menyapa Raisya yang termenung di kerusi batu di luar rumah itu. Sudah menjadi kebiasaan Raisya melepak disitu selepas makan malam.
"Ya ada apa?"
Rian duduk di hadapan Raisya. Dia kelihatan serba salah. Dia mengigit bibirnya. Tabiat Rian bila dia gugup. Raisya hanya tersenyum. Dia tahu Rian ingin menyatakan sesuatu.
"Err Rian nak..."
Rian menggaru kepalanya pula. Susah betul dia nak menutur kata. Raisya merenung anak mata Rian. Terus hilang kata-kata Rian.
"Rian nak apa? Cuba cakap? Kakak tak marah pun"
Tutur Raisya lembut. Kalau lelaki di luar sana yang dengar mungkin tergoda. Rian mengetap bibirnya. Nafas ditarik panjang dan dihembus perlahan.
"Rian nak guna duit. Nak beli buku untuk exam next week. Buku tu dah ada. Tapi Rian tak cukup duit nak beli"
Terluah juga isi hati Rian. Susah untuk pelajar medic macam dia. Buku di perpustakaan tiduk cukup dan terpaksa dia membeli diluar. Harga buku itu juga boleh tahan mahal.
"Adik nak berapa?"
"Dalam RM300 macam tu"
Raisya angguk saja. Sudah dia agak Rian akan meminta duit untuk membeli buku.
"Akak tak ada buku tu?"
Raisya menjeling Rian tajam. Agak-agaklah. Rian sudah tersengih. Dia lupa sesuatu.
"Not funny!"
Raisya membuat muka meluat dia. Rian sudah terkekeh ketawa. Suka betul dia dapat kenakan kakak dia.
"Kau tahukan buku aku semua ayah bakar"
Kata Raisya dalam nada geram. Buku-buku belajar dia habis hangus ayah dia bakar. Sebab ayah kata buku tu semua tak berguna.
"Akak tak halang ayah. Kalau tak Rian tak payah beli dah"
Mereka berbual sambil bergelak ketawa. Sesekali Rian menyoal Raisya tentang dia pelajari hari ini. Semua Raisya jawab dengan jelas dan mudah difahami. Kakak dia merupakan pelajar cemerlang di UM. Pointer terbaik dan dapat anugerah dekan.
"Korang borak apa ni?"
Celah Feng. Kini semua menghampiri mereka. Danny duduk di sebelah Raisya. Feng menghimpit Rian. Mark dan Jay masing-masing duduk di kerusi di kiri dan kanan.
"Kau pehal himpit aku?"
"Aloo nak manja sikit tak boleh"
Rian hanya pasrah saja. Kini Feng sudah melentok kepalanya di bahu Rian. Mereka berbeza dua tahun. Sebab itu Feng selalu bermanja dengan dia.
"Sya awak berbual apa tadi? Saya tengok macam ceria saja"
Jay membuat muka ingin tahu. Raisya hanya mengeleng kepala saja. Rian mencebik. Sajalah tu nak tutup rahsia dia.
"Kami borak pasal kenangan lalu. Kenangan akak masa belajar dekat UM"
Rian membuat riak selamba. Yang lain sudah terlopong luas. Danny pula hanya beriak biasa. Dia sudah tahu.
"Betul ke? Wow! Briliant! Sya ambil course apa?"
"Medic"
Jawab Raisya. Jay dan Mark berpandangan. Feng dah ternganga. Dua beradik itu memang bijak. Memang cita-cita mereka dari kecil lagi.
"Kiranya dalam rumah ni ada dua orang doktor lah"
"Sorang baru. Rian ada dua tahun nak habiskan belajar"
Rian membetulkan ayat Mark. Dia masih awal lagi untuk bergelar seorang doktor. Lainlah Raisya.
"Jadi Sya kenapa awak tak kerja?"
"Malas"
Jawab Raisya mudah. Dia malas sebenarnya. Tawaran bekerja berduyun yang datang tapi semuanya ditolak.
"Abang tahu Kak Sya doktor?"
Feng menanya abang dia. Danny hanya angguk. Dia sudah siasat semua pasal Raisya.
"Abang tak cakap pun"
Feng tarik muka. Rian dah membuat mula meluat. Dah besar nak merajuk lagi.
"Kau buat apa nak tahu"
Kata Danny dalam nada dingin. Semakin panjang muncung Feng. Rian terus menolak muka Feng. Buruk benar buat muka macam tu.
"Stop doing that! Its digusting!"
Kata Rian dan terus masuk ke dalam rumah. Feng sudah membulatkan matanya. Terkejut! Orang kata dia nampak comel buat muka macam tu. Tapi Rian orang pertama mengkritik rupa dia. Mark dan Jay sudan menghampurkan tawa mereka. Lawak!
"Rian Hanif!"
Jeritan Feng membuatkan mereka menutup telinga. Boleh pekak dengar budak tu menjerit.
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...