💐26

128K 4.8K 140
                                    

Lelaki itu mengetuk mejanya dengan jarinya dan menghasilkam bunyi yang agak bising. Mata dia tajam memandang dua manusia yang berdiri tegak di hadapannya.

"Macam mana dia boleh tahu?"

Soal dia keras. Dua lelaki itu sudah meneguk air liur.

"Korang buat kerja atau membuta! Aku bayar gaji korang mahal-mahal ini kau bagi!"

Dia menumbuk kuat meja itu sehingga terangkat bahu anak buah dia itu. Mata dia mula memerah manahan amarah dalam dirinya.

"Maaf bos. Sistem dia dikawal rapi. Kami tak boleh ceroboh masuk ke dalam"

Kata salah seorang daripada mereka dalam nada mengeletar. Lelaki itu menumbuk kuat mejanya.

"Disebabkan kau aku terlepas peluang aku! Kau tahu!"

Jerit dia lantang. Kedua mereka hanya tertunduk memandang lantai. Lelaki itu mendengus kasar. Dia membaling semua barang di atas mejanya ke lantai.

"Aku nak kau cari orang paling dia sayang dan laporkan pada aku segera!"

Mereka mengangguk dan terus keluar dari bilik itu. Lelaki itu tersenyum sinis dan dia memandang satu gambar di hadapan dia.

"Kau main kasarkan? Apa kata aku guna cara halus! Pasti kau akan merana!"

Dia ketawa berdekah-dekah sehingga bilik itu penuh dengan bunyi gelak ketawa dia sahaja. Ketawa yang begitu menakutkan.

▪▪☆☆▪▪

Raisya terjaga dari tidur apabila terasa gerakan di pinggang dia. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan wajah Danny menyapa pandangannya.

Raisya mengerutkan dahinya melihat Danny tidak memakai baju. Otak dia cuba diproses sebaiknya. Kemudian muka Raisya berubah merah mengingati kejadian tadi. Comforter di badan dia digenggam erat.

Dia melihat ke bawah katil. Pakaian mereka bersepah di sana sini. Danny pula masih terlena sambil memeluk pinggangnya.

"Kau dah bangun?"

Suara serak Danny membuatkan Raisya terus mengangkat mukanya. Dilihat Danny memandang dia dengan wajah mamai.

"Baru saja"

Raisya cuba menutup rasa malu dan gugup dalam dirinya. Danny bangun dan duduk di atas katil. Rambut dia yang terjuntai ke dahi ditolak ke belakang.

"Thanks untuk tadi. Aku hargai sangat"

Kata Danny dengan senyuman nakal. Raisya hanya angguk saja. Dia juga bangun sambil membetulkan comforter yang hampir saja meleret ke bawah.

Danny memandang Raisya disebelah dia. Bahu Raisya yang sedikit terdedah itu membuatkan pandangan dia tak terkalih.

"Dah tanggungjawab saya"

Balas Raisya. Dia tak selesa dengan pandangan Danny. Sudahlah mereka tidak berpakaian. Danny mendekatkan wajah dia ke telinga Raisya.

"But I really love it. Kalau aku nak lagi boleh?"

Danny menunduk dan mengucup leher Raisya yang terdedah. Kemudian turun ke bahu Raisya lama. Tangan Danny merayap masuk ke dalam comforter. Danny tersenyum senget dalam diam.

Raisya sudah kaku. Terasa gerakan tangan Danny di dalam comforter. Raisya menolak lembut wajah Danny dari terus mencium badan dia yang terdedah itu.

"Saya nak mandi"

Kata Raisya perlahan. Danny hanya angguk saja. Danny mencapai boxer miliknya lalu di pakai tanpa rasa malu. Raisya terus menutup mukanya.

"Awak pakai dalam bilik mandilah!"

Marah Raisya. Kemudian terdengar gelakan Danny yang mengetawakan dia.

"Kau nak malu apa! Bukan ke kau dah nampak semuanya"

"Awak!"

Danny gelak lagi. Raisya geram dengan usikan Danny itu. Malu dalam dirinya semakin menebal. Danny mencapai telefonnya dan duduk di sofa.

"Kau pergilah mandi"

Raisya turun ke dari katil. Tangan dia mengutip pakaian dia dan dimasukkan ke dalam bakul kotor. Kemudian Raisya mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik mandi.

Raisya bersandar di pintu bilik mandi. Mukanya ditekup dengan kedua tangannya.

"Malunya aku"

Jerit Raisya kecil. Danny yang berada di luar hanya mengukir senyuman kecil mendengar jeritan Raisya itu.











___________

Ok update from me!

Hopely you guys suka!

Who's that guy?

Teka-teka kita tunggu show time nanti. Action time soon dri author!

Author dah gila! 😂😂

Vote and comment!

Typo abaikan 😂

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now