💐14

122K 5.3K 137
                                    

Pagi itu Raisya hanya menyediakan nasi goreng dan air tea panas. Sandiwch tuna dan juga air susu. Raisya menyiapkan sarapan untuk keluarganya pada subuh lagi.

"Banyaknya kau masak"

Tegur Jay. Dia duduk di kerusi. Raisya hanya tersenyum saja. Banyak? Bagi dia sikit saja.

"Nak makan apa?"

"Bagi aku nasi goreng je"

Raisya terus menyeduk nasi goreng ke dalam pinggang. Jay menghirup air tea panas perlahan-lahan.

"Hai akak"

Tegur Feng yang sudah segar. Mungkin sudah mandi. Dia mencapai sekeping sandiwich lalu makan. Rian turun bersama Mark. Kebetulan dekat tangga mereka terserempak.

"Rian nah"

Raisya memberi nasi goreng kepada adiknya. Dia tahu Rian tak pernah bersarapan pagi. Tetapi kalau dipaksa dia akan makan. Tapi sedikit sajalah.

"Mana suami kau?"

Mark menanya Raisya. Kelibat Danny tidak kelihatan. Hanya mereka saja di meja makan ketika itu.

"Korang makan lah dulu. Saya nak naik atas tengok Danny"

Raisya terus bergegas naik ke atas. Masa subuh tadi Danny kembali tidur. Katanya tidak tidur malam semalam menyiapkan kerja.

Buka saya pintu bilik imej Danny yang sedang memakai tie terpampang. Mujur saja lelaki itu sudah bangun. Kalau tidak jenuh Raisya ingin memikirkan cara untuk mengejutkan suaminya.

"Bangun pun awak. Saya ingatkan tak bangun dah"

Tegur Raisya. Dia menghampiri bakul baju kotor. Sudah banyak pakaian di dalamnya. Dia melangkah ke katil pula. Bantal-bantal disusun kemas dan comforter dibetulkan. Mujur saja bilik mereka tidak bersepah mana.

"Awak tidur pukul berapa semalam?"

Raisya memandang suaminya yang merapikan dirinya di hadapan cermin. Entah apa yang ditilik Raisya tidak tahu.

"Pukul 4 pagi"

Jawab Danny. Tak dijawab dianggap kurang ajar. Di cermin dia dapat melihat semua pergerakan isterinya.

Tak sia-sia aku jadikan dia bini aku. Semua kerja boleh buat. Tak ada kekurangan pun.

Raisya hanya angguk. Dia membetulka tudung bawal dia. Walaupun dia sudah berkahwin batas aurat tetap kena jaga. Dua maklum yang bernama Jay dan Mark masih ada.

"Jomlah awak kita turun bawah. Semua dah sarapan. Awak je belum"

Danny angguk. Tangan kanan dia mencapai briefcase manakala tangan kiri memegang blazer hitamnya.

Danny duduk dan Raisya terus menyediakan nasi goreng buat suaminya. Danny terus menyuap nasi goreng ke dalamn mulutnya.

"Kau tak ke U?"

Jay menyoal Feng. Budak itu nampak rileks saja. Siap mebambah lagi.

"Kelas batal"

Jawab Feng dengan mulut penuh. Nasib baik tak tersembur saja.

"Rian?"

Jay pandang budak dingin sebelah Feng. Nasi dia hanya luak sedikit saja. Air banyak dihabiskan dari nasi.

"Kelas tengah hari nanti"

"Siapa hantarkan?"

"Rian naik teksi je nanti"

Rian malas mahu menyusahkan orang. Lagipun jarak rumah mereka ke UPM tidak jauh mana.

"Ambil motor aku guna"

Danny menghulurkan segugus kunci kepada Rian. Berkerut dahi Rian melihat kunci-kunci itu.

"Tu kunci motor ninja. Sekali dengan kunci rumah"

Jelas Danny apabila melihat adik iparnya mengerutkan dahinya. Rain hanya angguk saja.

Raisya hanya memerhati saja. Dia duduk di sebelah adiknya. Pinggan nasi adiknya ditarik lalu dia menyuap nasi ke dalam mulutnya. Kelakuan Raisya dipandang oleh Danny tanpa disedarinya.

Mereka menjamu selera tanpa mengeluarkan suara. Feng pula dari tadi perlahan sandiwich tuna. Rian sendiri naik pelik melihat budak itu. Mulut riuh bila depan makanan terus bisu.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now