💐17

123K 5.1K 145
                                    

Raisya hampir terlelap menunggu panggilan penerbangan mereka. Orang ssmakin ramai di KLIA 2 ini. Semakin sesak dan bising.

"Lambat lagi ke?"

Raisya bersandar di bahu Danny. Suaminya itu leka menghadap telefon. Mark dan Jay sudah berlepas malam semalam.

"45 minutes"

Jawab Danny. Raisya menarik muncung tanpa sedar. Bosan! Nak main telefon bimbang bateri dia habis.

"Kau lapar tak?"

Tegur Danny. Isterinya itu hanya angguk saja. Dia perasan kelakuan mereka mendapat perhatian orang ramai. Tak salahkan isteri nak bermanja dengan suami?

"Kau tunggu sini kejap. Aku pergi belikan makanan untuk kau"

Raisya hanya angguk. Danny bangun dan terus berjalan melalui celahan lautan manusia yang semakin padat.

"Baik aku dengar lagu"

Raisya memasang earphone dan lagu 4 O'clock-RM ft V BTS dimainkan. Raisya menghayati lagu itu.

Raisya memejam matanya. Kantuk dia baru datang. Mungkin penerbangan mereka lambat lagi.

"Hei bangun"

Danny mengoncangkan tubuh isterinya. Raisya membuka matanya dengan wajah mamai. Baru sekejap dia terlelap Danny datang mengejutkannya.

"Nah untuk kau"

Danny menghulur roti dan air kotak kepada Raisya. Raisya sambut dan terus makan. Lapar sebab mereka takut tak sempat sarapan di rumah.

Tak lama itu panggilan masuk mereka tiba. Raisya terus berdiri. Danny membetulkan jaket kulitnya. Bagasinya ditarik dan sebelah tangan lagi memeluk pinggang Raisya. Sudahlah isteri dia kecil kalau hilang payah pula nak mencari.

Raisya terpegun melihat suasana first class. Cukup selesa dan luas. Raisya duduk di tepi tingkap dan Danny sebelahnya. Seorang pramugari datang dan Danny terus menyuakan jaketnya.

"Wahh besarnya"

Raisya sudah teruja. Dia memandang ke luar tingkap. Bila dah terbang nanti mahu dia tersenyum lebar sampai ke China. Maklumlah pertama kali naik kapal terbang. Jakun kejap!

Danny hanya memerhati saja tingkah isterinya. Lengan kemeja dia diselak ke atas. Jam di tangan dilihat. Terlalu lama lagi untuk sampai ke destinasi mereka.

Isyarat memakai tali pinggang dipaparkan. Danny memakai untuk Raisya kerana dilihat gadis itu terkial-kial. Selepas itu baru dia memakaikan untuknya.

"Terima kasih"

Ucap Raisya dengan senyuman manis. Danny hanya angguk saja. Selepas itu terasa pesawat itu mula bergerak. Raisya sudah memejam matanya. Dalam hati dia sudah berdoa macam-macam.

"Hei rilex. Its gonna be okay. Just take a breath. Imagine you in car and I was driving at the time"

Danny memujuk Raisya. Tangan isterinya di genggam erat. Sejuk! Mungkin takut sangat kot!

Danny meletakkan kepala Raisya ke bahunya. Tangan kiri mengenggam tangan Raisya. Sebelah kanan pula memeluk bahu Raisya erat.

"Shh...kau tidurlah. Nanti aku kejutkan kau"

Raisya tanpa banyak soal terus memejam matanya. Usapan lembut tangan Danny di bahunya membuatkan debaran di dada dia sedikit hilang. Kalau boleh dia nak tidur sehingga tiba di China nanti.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now