"Bosannnya"
Keluh Feng dengan wajah kebosanan. Kakinya diletakkan ke atas meja dengan buku-buku nota berselerakan di atas meja. Bersepah!
"Kaki kau letak bawah. Ni meja buat tulis bukan bilik kau nak buat suka hati kau je"
Kedengaran suara seseorang menegurnya. Feng mencebik dan dia memejam matanya. Tangan dia dilipat dan diletakkan di atas dadanya.
"Aku cakap tak nak dengar. Lantak kau lah"
Gumam Rian. Malas dia nak menegur budak keras kepala itu. Dia terus menyalin nota dia. Hari ini kelas math. Terpaksalah dia menghadap muka tak siap si Feng itu.
Prof Mahmud yang mempunyai misai lentik dan berwajah garang membuatkan satu dewan senyap dan menikus.
"Hmm nampaknya ada yang akan kena hadiah dari saya"
Prof Mahmud memandang tajam ke arah Feng yang terlena dibuai mimpi. Rian di sebelah pula hanya buat tak tahu. Dah kejut di tak nak bangun.
"FENG DARWISH!"
Tengkingan kuat itu hampir saja membuatkan Feng terjatuh dari kerusi. Mujur saja meja di dewan itu hanya sedikit saja manusia di dalam. Taklah malu sangat.
"Berapa lama lagi nak tidur? Atau dah sampai ke benua mana? Lena sangat saya tengok"
Feng sudah meneguk air liur kesat. Mampus! Prof Mahmud sudah memegang rotan dia yang panjang semacam itu. Kalau kena mahu berbirat berhari-hari.
"Maafkan saya Prof"
Ujar Feng dalam nada perlahan. Prof Mahmud tersenyum sinis.
"Tiada maaf bagimu. Dentention now! Lari sekeliling dewan 50 kali tanpa henti sambil gantung benda di di leher kamu. Hadiah saya sentiasa terbaik. Jangan risau"
Feng sudah membulatkan matanya. Tak terbayang dia akan berlari tanpa henti sambil gantung kertas yang tertulis...
Saya budak bermasalah! Jadi contohi saya. Saya suka tidur. Hoho...
Dengan muka menebal menahan malu Feng melangkah ke hadapan dewan. Rakannya yang lain cuba menahan gelak melihat denda Feng. Kelakar sangat.
"Okay make sure kamu tak mengelak. Saya sentiasa memerhati kamu"
Cukup seram suara Prof Mahmud. Feng angguk dan mula keluar dari kelas dengan muka merah menahan malu. Sudahlah kad itu besar kedabak. Malunya hanya dia saja tanggung.
Rian pula sedaya upaya menahan gelak yang bakal diletuskan bila-bila masa saja. Kalau dia rakam Feng pada waktu itu memang akan jadi cerita kelakar.
"Rian kamu nak juga ke?"
Cikgu Mahmud pandang pelajar dia yang berwajah dingin itu. Rian berdehem dan mengeleng pantas.
"Baiklah kita sambung tajuk bearing untuk hari ini---"
Maka sesi kelas matematik pun bermula. Rian mendengar dengan tekun penerangan dan ajaran dari Prof Mahmud. Walaupun dia garang macam singa tapi dia merupakan lecturer yang bagus.
Feng pula menebalkan muka dia. Bukan dia tak perasan rakan-rakan dia yang lain tersenyum-senyum menahan gelak. Malunya tak usah kata. Tebal macam gunung.
"Malang betul nasib aku. Prof Misai ni pun satu suka sangat bagi denda yang memalukan aku"
Rungut Feng. Dia melajukan larian dia. Lagi cepat dia boleh habiskan denda memalukan itu.
____________
Terlebih rajin nak update 😂
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
Fiksi Umum[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...