Raisya terpegun melihat Danny dengan tuxedo berwarna biru gelap. Terkaku dia melihat wajah kacak Danny di hadapan dia. Danny masih tidak menyedari kehadiran dia kerana berbual di telefon.
Sebaik saja dia berpaling ke belakang lidah Danny menjadi kelu. Raisya nampak cantik dan tubuh dua memang kena dengan baju pengantin itu.
"I'll call you back"
Danny mematikan panggilan. Telefon dia dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia menghampiri Raisya. Mata tajam dia merenung wajah Raisya.
"Kau nampak cantik"
Terlepas pujian di mulut Danny. Buat pertama kali dia memuji perempuan. Kalau sesiapa yang terdengar mahu pengsan.
"Terima kasih. Awak pun sama. Kacak"
Kata Raisya perlahan. Danny hanya mengukir senyuman kecil. Dia menarik tangan Raisya menuju ke dewan.
Sebaik saja kaki mereka menjejak karpet merah berpuluh ribu mata memerhati langkah mereka. Raisya menjadi gugup. Lengan Danny dicengkam kuat.
"Aduh kenapa ramai sangat ni"
Gumam Raisya perlahan. Danny yang terdengar hampir saja menletuskan ketawa. Dia tahu Raisya gugup dengan mata-mata yang memandang dia. Sudahlah klien dia dari luar negara juga datang.
"Senyum sikit. Orang tengok kau"
Bisik Danny. Dia menepuk sedikit tangan Raisya. Raisya angkat kepala dan mengukirkan senyuman terpaksa. Gugup dia melihat ramai tetamu pada malam itu.
Mereka naik ke pelamin mereka yang terhias cantik. Nampak macam di kayangan. Semuanya nampak mewah. Majlis berjalan dengan lancar.
Sebaik saja acara tamat Raisya terus menerpa ke arah rakannya yang turut hadir sama. Mereka berpelukan.
"Tak sangka aku korang datang"
Kata Raisya sebaik saja melihat dua sahabat dia itu. Sara dan Kaisya. Raisya tak sangka rakan baiknya itu datang ke majlis mereka.
"Siapa jemput korang?"
Sara menunjuk ke arah Rian. Raisya sudah tahu pasti Rian yang memanggil dua sahabat dia itu.
"Sya! Kau cantik sangat. Macam puteri kayangan. Sumpah wehh! Wedding kau memang gempak gila"
Kata Sara. Dia memang terpegun melihat suasana dewan ini. Dia sendiri tak menjangka akan menghadiri majlis semewah ini.
"Haah. Tapi suami kau kacak gila. Cair aku"
Ujar Kaisya pula. Mereka berkawan sejak sekolah lagi. Mereka berborak mengenai masa lampau mereka. Gelak ketawa mereka membuatkan tetamu yang berhampiran memandang mereka.
Danny menghampiri tiga wanita yang bergelak ketawa sambil menepuk tampar. Ketawa mereka tak terlalu kuat. Danny sudah menjangka pasti mereka berdua sahabat Raisya. Sama macam Raisya cantik bertudung litup.
"Suami kau datang"
Bisik Kaisya dengan senyuman teruja. Danny berdiri di sisi Raisya.
"Kenalkan suami aku Danny Asyraf. Ini kawan saya Sara dan Kaisya"
Mereka hanya berbalas senyuman. Danny menunduk dan membisik sesuatu di telinga Raisya. Tindakan spontan Danny membuatkan kedua gadis itu mahu mengusik Raisya. Sebaik saja Danny pergi mereka tersengih.
"Korang kenapa?"
"Mesti suami kau tak sabar nak first night kan?"
Usik Sara. Memerah wajah Raisya apabila diusik sebegitu. Mahu saja dia mencubit lengan Sara.
"Mana ada! Dia ajak aku jumpa dengan klien-klien dia"
Kata Raisya dengan wajah yang masam. Malu dia diusik sebegitu. Tetapi Sara dan Kaisya tetap ketawa.
"Malas aku layan korang"
Kata Raisya dan terus berlalu pergi. Dia mencari Danny. Suaminya sedang berbual di hujung sana. Lagi lama dia bersama Sara dan Kaisya lagi banyak mereka mengusik Raisya.
![](https://img.wattpad.com/cover/108516207-288-k900299.jpg)
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...