"Rahim! Keluar kau!"
Raisya yang ketika itu sedang mengacau bubur di dalam periuk tersentak. Dia segera menutup api dapur dan mencapai tudung yang tersangkut di kerusi meja makan. Dahi dia berkerut melihat dua lelaki berwajah cina berdiri di hadapan rumahnya.
"Rahim keluar kau sekarang!"
Jerit mereka lagi. Raisya terus menghampiri mereka dengan wajah ketakutan. Mereka memandang Raisya dengan wajah ketat. Terketar Raisya melihat wajah mereka itu.
"Mana ayah kau?"
"Err...ayah tak de. Tak tahu pergi mana"
Jawab Raisya gugup. Nafas dia turun naik dengan laju. Peluh mula membasahi dahinya. Pasti mereka ini mahu mengutip hutang ayahnya.
"Betul kau tak tahu?"
Lelaki berbaju hitam itu memandang Raisya tajam. Pantas saja Raisya angguk. Takut dia melihat mata tajam itu memerhati dia. Raisya lihat kedua lelaki itu menghampiri kereta Audi yang elok terpakir di bawah pokok mangga.
"Ya Allah kau kuatkan hati kau untuk hadapi mereka"
Raisya berdoa perlahan. Fikiran dia hampir buntu. Pintu kereta bahagian belakang kereta mewah itu terbuka. Muncul seorang lelaki tinggi yang memakai jaket kulit hitam serta kaca mata hitam. Mereka bertiga menghampiri Riasya yang masih lagi berdiri di tangga.
"Bos aku nak tunggu sini sampai Rahim balik. Kau kisah tak?"
Raisya sudah tergaru-garu kepala dia. Melihat pandangan tajam dua lelaki itu membuatkan Raisya mengangguk tanpa berfikir panjang.
Mereka naik ke atas rumah kayu itu. Raisya sudah lama masuk ke dalam. Mereka lihat suasana rumah itu. Ada TV, sofa dan meja kecil di satu ruang.
"Duduklah"
Kata Raisya. Dia cuba menghilangkan rasa gugup dalam dirinya. Nasib baik Rian masih lagi tidur di dalam biliknya.
"Ayah kau balik pukul berapa?"
Dingin saja suara lelaki tinggi itu. Dia memerhati Raisya yang nampak gelisah melihat mereka bertiga itu.
"Err...dalam pukul 3 petang macam tu"
Raisya jawap dengan suara bergetar. Tangan dia digenggam erat bagi menghilang gugup. Lelaki tinggi itu terus melihat jam. Hampir pukul 3.
PRANG!
Bunyi kaca pecah membuatkan mereka tersentak. Raisya terus berlari ke biliknya. Ketiga lelaki itu mengikut Raisya dari belakang.
Raisya terkejut melihat tubuh Rian terjatuh dari atas katil. Gelas kaca berisi air masak juga pecah berderai. Raisya terus mengutip kaca berhampiran dengan badan Rian.
"Ahh sakit"
Rintih Rian apabila terasa senak di bahagian perutnya. Raisya perlahan-lahan mendudukkan Rian ke atas katil.
"Ya Allah dik! Kenapa tak panggil akak. Nasib baik kaca ni tak kena badan adik"
Keluh Raisya. Kaca itu dikutip lalu diletakkan ke atas meja kecil. Kain buruk diambil dan ditekup ke atas permukaan yang basah.
"Maaf kak. Aku dahaga sangat. Tangan aku tertepis gelas tadi"
Rian sudah tertunduk. Serba salah dia melihat kakaknya yang bersusah payah menjaga dia.
"Hmm takpe. Dah adik duduk sini diam-diam. Akak nak ambil bubur kejap. Badan kau tu lemah lagi"
Raisya terus menuju ke dapur. Mata Rian tertacap ke arah tiga lelaki yang berdiri di hadapan bilik kakaknya.
"Korang ni siapa?"
Soal Rian dengan muka pucat. Bibirnya dia juga kering. Salah seorang daripada lelaki itu menghampiri Rian.
"Aku Mark. Yang tu Jay dan yang tinggi tu bos aku, Danny. Kami datang nak tuntut hutang ayah kau"
Jelas Mark. Dia memerhati tubuh Rian yang berbirat merah di badannya. Tak lama itu Raisya masuk ke dalam biliknya dengan semangkuk bubur di tangannya.
"Badan kau ni kenapa?"
"Ayah pukul"
Jawab Rian dengan muka tak ada perasan. Raisya pula hanya diam saja. Rian bersandar di kepala katil. Raisya menyuap bubur kepada adiknya.
"Rahim pukul kau sampai macam ni? Perut kau pula kenapa?"
Jay menyampuk. Dia terkejut melihat tubuh Rian terus sebegitu.
"Ayah sepak sebab kami tak bagi dia duit"
Kali ini Raisya pula menjawab. Mereka bertiga terus terdiam. Tak lama itu kedengaran suara memberi salam.
"Assalamualaikum"
________
Maaf kalu typo bersepah. Authot mls nak check typo
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...