"Morning Mr Asyraf"
Sapa Suzy dengan senyuman manis. Bosnya itu hanya mengangguk sahaja. Suzy tersenyum sendiri. Danny yang ingin masuk ke biliknya tidak jadi masuk apabila melihat setiausahanya seperti mengelamun.
"Suzy"
Tegur Danny perlahan. Kang tegur kuat mahu terberanak Suzy di pejabatnya. Sudah lah kandungan Suzy mencecah 7 bulan lebih.
"Haa? Ye bos"
Suzy termalu sendiri. Kantoi dia berangan depan bosnya. Perutnya yang memboyot diusap. Janganlah anaknya kuat berangan.
"Awak kenapa? Pagi-pagi lagi dah tak betul"
Tegur Danny. Pelik dengan tingkah laku Suzy. Nak kata angau anak dah nak masuk dua. Suami Suzy dia kenal. Klien dia juga.
"Hehe minta maaf bos. Saya janji tak berangan lagi"
Danny mengeleng kepala saja. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Suhu aircond menyapa tubuhnya. Dia duduk di sofa sambil melihat laptopnya.
Kertas kerja penuh di atas meja itu. Dia lebih selesa buat kerja di meja yang luas dari meja kerjanya yang penuh dengan fail yang meminta kelulusan daripadanya.
"Bos aku nak masuk ni?"
Terdengar suara Mark dari luar biliknya.
"Masuk"
Laung Danny dalam nada lantang. Tetapi tetap sedap didengari oleh manusia. Mark masuk sambil membawa pelan di tangannya.
"Aku nak bincangkan projek kita di Macau"
Danny hanya angguk. Mark membentangkan pelannya di atas meja itu. Pelan yang kemas dan cukup teliti. Danny bersandar sambil mendengar penerangan daripada Mark.
"So kiranya projek ini akan dijalankan tahun depan?"
"Ya, sebab Mr Zhou nak cari barang yang berkualiti untuk bangunan ni. Setiap tingkay bangunan ni mencecah jutaan ringgit untuk pembinaan sahaja"
Danny hanya mengangguk. Dia melihat bangunan itu. Sebuah hotel akan dibina di Macau, China di bawah syarikatnya. DA Holdings bertanggungjawab dalam membina bangunan itu.
"Nice! Kita boleh buat perjumpaan dengan Mr Zhou minggu depan. Kau boleh book ticket dan kita akan fly ke China"
Danny memberi kata putus. Projek ini harus mendapat pandangan daripada Mr Zhou.
"Bos lupa ke?"
"Aku lupa? Lupa apa?"
Danny mengerutkan dahinya. Nak terbang ke Macau pun ada terlupa ke?
"Bos kan dah kahwin. Tak kan nak tinggalkan bini bos kat rumah dengan budak-budak tu pula"
Danny tersedar. Dia sendiri masih ingat dirinya bujang. Mark sudah tersengih. Dah dijangka bosnya itu akan melupakan sesuatu kalau pasak bisness.
"Nanti kau book ticket untuk Raisya sekali"
Mark hanya angguk. Dia mengulung pelan rekaan dia dengan berhati-hati. Sejurus itu Mark keluar dari bilik Danny.
"Macam mana aku boleh lupa yang aku ada isteri"
Gumam Danny perlahan. Ketawa kecil terletus dari mulutnya. Dia mengeleng kepala. Kalau staf dia tengok mungkin menganggap Danny gila.
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...