💐42

104K 4K 96
                                    

"Hoi bangun!"

Jay menendang tubuh Kamal. Mark pula mengejutkan yang lain. Mereka diikat secaara bulatan. Kamal bangun dengan wajah mamai.

"Kau nak apa?"

Soal Kamal kasar. Lena dia terganggu dengan tendangan padu Jay tadi. Sakitnya hanya dia yang rasa. Jay tersenyum sinis.

"Bukan aku cari kau tapi bos aku"

Jay menapak ke belakang. Danny menghampiri Kamal dengan wajah yang bengis. Kamal sudah ketakutan tetapi riak wajah dia cuba ditenangkan.

"Kau tahu markas baru Joshua?"

Soal Danny dingin. Feng sudah bersiap sedia dengan pistol di tangannya. Rian pula dari tadi berwajah sungul memikirkan kakaknya yang diculik.

"Aku tak tahu"

Jawab Kamal jujur. Sudah sebulan dia terkurung disini. Pengikut Joshua tidak mencari mereka pun. Danny menekan picu pistol lalu dihalakan ke dahi Kamal.

"Betul kau tak tahu?"

Danny cuba bertenang. Dia tak nak terburu-buru. Shawn pula masih lagi cuba menjejaki kedudukan Joshua.

"Betul"

Jawab Kamal dengan yakin. Danny melepaskan pistol di dahi Kamal. Dia memandang Kamal tajam.

"Kau tahu bos kau culik bini aku! Kau tahu apa akan terjadi nanti?"

Kamal mengeleng pantas. Tak berani nak bersuara. Bimbang dahi dia pula tembus nanti. Danny tergelak sinis.

"Bos kau akan mata kat tangan aku"

Kata Danny lalu menyalakan rokoknya. Mark melepaskan ikatan pada pengikut Joshua. Jay pula hanya menunggu masa sahaja.

"Bawa dia dalam bilik sana. Jay kau buatlah kau nak buat apa pun"

Jay sudah tersenyum suka. Nampaknya dia dah dapat lampu hijau. Pengikut Jay menolak anak buah Joshua masuk ke bilik hujung. Pintu besi ditolak. Mereka semua ditolak masuk ke dalam secara paksa. Jay melangkah masuk bersama senapang di tangannya.

BANG!

Kedengaran sayup-sayup bunyi tembakan. Danny hanya menayang wajah tak bersalah. Jay keluar dengan muka bahagia.

"Settlekan mayat-mayat tu"

Arah Jay kepada pengikutnya. Mereka semua masuk ke dalam bilik itu. Jay duduk di sofa bertentangan dengan Danny. Mark pula menyimpan kembali senapang kegunaan Jay tadi.

"Kau dah dapat lokasi tu?"

Danny menyoal Shawn. Lelaki itu dari tadi dengan laptop. Mereka semua tersentak dengan soalan Danny. Suara seriusnya membuatkan mereka berasa takut.

"Belum"

Danny mengetap gigi. Dia tak mahu dengar jawapan itu. Belum sempat Danny menghamburkan marahnya satu suara mencelah.

"Aku tahu!"

Merek semua memandang ke arah Bella dan Lisa yang melangkah masuk ke markas Jay.

"Macam mana kau boleh masuk ke sini?"

Soal Mark hairan. Bella hanya tersenyum sinis. Dia duduk di sebelah Rian yang diam sejak tadi. Lisa pula hanya berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.

"Ni lokasinya"

Bella melemparkan sebuah peta di hadapan mereka. Shawn segera melihat peta itu. Dia pandang Bella dengan riak tak percaya.

"Are you kidding?"

Jerit Shawn. Semua mata memandang dia dengan riak wajah hairan. Danny pula sudah meraup wajah kasar. Hanya Danny dan Shawn saja tahu membaca peta lakaran seperti itu.

"I'm not. Mereka sekarang berada di Langkawi. Markas mereka berada di kawasan pendalaman"

Jelas Bella lebih terperinci. Lisa tidak menyampuk malah dia hanya bermain telefon. Feng pula hanya memasang telinga dari jauh. Rian dah pandang Bella semacam.

"Bila kau boleh bawa aku ke sana?"

Soal Rian tak sabar. Bella menepuk peha Rian. Dia tersenyum manis. Kini riak Rian hanya penuh dengan kerisauan sahaja.

"Sabar. Benda ni kita kena plan betul-betul. Kalau tak kantoi. Tempat ni penuh dengan budak-budak Joshua. Kalau kita salah masuk bermakna kita masuk dalam perangkap dia. Aku jamin dia tak akan apa-apakan kakak kau"

Bella menenangkan Rian. Tetapi Danny pula yang mahu mengamuk.

"Kau yakin dia tak akan sentuh Raisya?"

Danny menyoal serius. Lisa sudah tergelak. Gelak dingin. Kini mata memandangnya.

"Kenapa kau gelak?"

Soal Danny tak puas hati. Lisa mengukir senyuman sinis.

"Kalau kau nak tahu Lisa adik Joshua"

Kata-kata itu membuatkan mereka semua terkejut. Lagi-lagi Feng. Lisa hanya beriak selamba.

"Sorry aku bukan di pihak pakcik tua tu. Dia hanya abang tiri aku saja. Not more! I hate him! Rahsia korang selamat dalam tangan aku"

Ujar Lisa. Danny membuat muka tidak percaya.

"Kalau kau tak percaya sudah. Peta tu aku yang bocorkan"

"Ok kau percaya"

Kata mereka serentak. Lisa tersenyum kemenangan.

"Aku kenal Josh. Dia tak akan sentuh perempuan melainkan kalau angin dia tak elok. Tapi dari hasil siasatan aku Joshua ada hati dengan Raisya. Aku yakin yang dia akan jadikan Raisya miliknya. Aku harap kita kena plan cepat-cepat. Joshua dah merancang"

Danny memegang erat pistol di tangannya. Kalau Joshua di depan mata dia memang akan berkecai!

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now