SPECIAL CHAPTER 1

110K 4.1K 151
                                    

Raisya tersenyum melihat Amsyar dan Firash yang bermain di atas rumput di halaman rumah mereka. Kini usia si kembar sudah 1 tahun 6 bulan. Makin chubby dan comel.

 Makin chubby dan comel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Firash dan Amsyar)

"Sayang main elok-elok tau"

Raisya sedikit melaung. Kembar itu hanya tersenyum suka sahaja sebelum bermain sesama mereka. Rian dan Feng pula dah lama menghilang. Kemana lagi kalau bukan dating? Yedok?

Raisya duduk di kerusi batu dan membuka ipadnya. Dia mula membaca artikel terbaru disitu.

Seorang lelaki yang digelar taiko ditemui mati di dalam sebuah rumah yang merupakan markas tempat pemprosesan dadah. Mangsa di dapati mati kerana ditembak oleh anak buah dia sendiri.

Riasya mengerutkan dahinya? Macam kenal.

"Hai sayang!"

Danny memeluk isterinya dari belakang. Raisya tersentak. Tak lama itu dia tersenyum. Danny mencium rambut isterinya dan kemudian beralih ke pipi isterinya.

"Awal abang balik?"

Raisya menarik tangan suaminya untuk duduk. Danny melonggarkan ikatan tie dan membuka butang baju kemeja di bahagian atas.

"Meeting habis awal. Lagipun abang rindukan sayang"

Danny merenung ke dalam mata isterinya itu. Raisya melentokkan kepalanya di bahu suaminya itu.

"Sayang pun rindukan abang"

Raisya bersuara perlahan. Dia bermain dengan jari kasar suaminya itu. Masing-masing melayan perasaan sehinggalah tersedar kehadiran si kembar mereka.

"Pa...pa...pa"

Amsyar menarik-narik seluar Danny. Danny terus mengangkat tubuh chubby Amsyar dan diletakkan di ribaan dia.

"Am nak apa? Rindu papa ya?"

Amsyar hanya tersenyum. Dia menepuk-nepuk pipi Danny.

"Nak...nak!"

Firash pula bersuara. Tapi si kecil ini lebih lasak. Dia berusaha memanjat kerusi itu. Sampai merah mukanya. Raisya sudah tergelak melihat kesungguhan si abang itu.

"Meh mama tolong Arash"

Firash terus berdiri tegak dan tersenyum. Raisya mengangkat Firash dan di dirikan bersebelahan Danny. Dua-dua anak manja papa.

"Ni...pa...pa...Rash"

Firash menolak adiknya yang didukungan Danny. Muka dia bukan masam. Amsyar memaling wajahnya ke arah lain dan memeluk leher Danny kemas.

"Am nye!"

Kata Amsyar dalam pelatnya. Danny sudah mengeleng. Si kembar memang suka bergaduh. Tetapi keletah mereka itulah menceriakan hidup mereka.

"Mama tak nak?"

Raisya memandang si kembar. Firash pandang Raisya. Tubuh mama dia dipeluk erat.

"Mama...sayang"

Raisya mengosok kepala Firash. Walaupun mereka kecil lagi tapi pertuturan mereka lancar.

"Mama tahu"

Raisya membuat muka bangga. Tubuh Firash dipeluk erat. Si kecil hanya tersenyum suka. Kepalanya dilentokkan ke dada Raisya.

"Kenapa lah dorang ni comel sangat!"

Danny mencium pipi Amsyar bertubi-tubi. Amsyar hanya tergelak riang diperlakukan sebegitu.

"Anak saya. Mestilah comel"

Kata Raisya dalam nada bangga. Danny mencebik. Perasan betul! Firash juga tersenyum sama.

"Pa...pa...bu...ruk"

Danny membulatkan matanya. Dia buruk? Dia pandang Firash dengan riak tak percaya. Raisya pula sudah tergelak kuat.

"Papa buruk?"

Firash mengangguk tanpa memandang papa dia. Dia leka bermain dengan tudung Raisya. Danny hanya mampu tersenyum sahaja.

"Mesti mama yang ajar? Kan?"

"Eii! Mama baiklah. Papa tu yang selalu buat muka"

Raisya mengejek suaminya. Si kembar pula turun dari pangkuan mereka dan bermain bersama.

"Abang buruk sangat ke?"

Danny melihat pantulan wajah dia di dalam kolam ikan. Raisya mengeluh melihat perangai Danny itu.

"Tak abang tak buruk"

"Yeah I know it"

Raisya menjuling mata ke atas. Perasan! Sejak kehadiran kembar perangai perasan suami dia makin menjadi-jadi. Pantang dipuji pasti akan kembang. Kalau mengutuk muka bukan main masam lagi.

"Kalau abang buruk mesti sayang tak sukakan? Yelah siapa yang nak suami yang tak ada rupa kan?"

Danny membuat suara lirih. Raisya sudah serba salah. Dia menarik badan suaminya untuk menghadap dia. Pipi suaminya dipegang.

"Abang tetap suami sayang. Sayang tetap sayangkan abang walaupun abang buruk macam mana pun. Sebab hanya abang saja dalam hati sayang"

Danny menarik Raisya dalam pelukan. Belakang badan isterinya diusap sayang.

"Abang tahu. Abang pun sayangkan Raisya. Sayang sangat mama Firash dan Amsyar ni. Tak ada sesiapa boleh gantikan sayang"

Mereka berpelukan. Terpacar kebahagian di wajah pasangan itu. Kehadiran kembar pula menceriakan suasana mereka. Tak tergambar kegembiraan mereka melainkan rasa cinta mereka.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now