"Aduh ramainya"
Feng sudah merungut melihat bilangan anak buah Joshua yang bukan main ramai berkawal diluar sana. Lisa disebelah sudah juling mata ke atas. Menyampah!
"Kau jangan merungut boleh tak! Bosan aku! Kang tak pasal-pasal kau yang aku tembak!"
Marah Lisa dalam nada perlahan. Feng mencebik. Mereka kembali fokus ke hadapan.
"Korang boleh bertindak sekarang. Ingat jangan sampai perasan"
Feng dan Lisa berpandangan mereka mula bergerak menuju ke arah pintu belakang. Feng dengan pantas menghentak kepala lelaki itu pada dinding rumah dengan kuatnya sehingga darah merecik ke wajahnya. Lelaki itu jatuh pengsan.
"Belakang kau"
Belum sempat Feng nak mengelak Lisa terlebih dahulu menendang lelaki itu. Tubuh lelaki itu terjatuh ke atas lantai. Tanpa amaran Lisa melepaskan tembakan tepat di dada lelaki itu.
"Menyusahkan!"
Rian menepis secara padu lelaki berbadan besar di hadapan dia itu. Beberapa kali Rian jatuh kerana tumbukan padu lelaki itu. Tepi bibir Rian pecah dan berdarah. Lengan dia jua berdarah kerana terseret.
"Kau nak lawan lagi?"
Lelaki berbadan besar itu memandang Rian dengan senyuman memgejek. Rian yang melihat kelekaan lelaki itu terus menyepak betis lelaki itu dengan pantas. Lelaki itu terjatuh tersembam. Dia meraung kesakitan. Rian terus melepaskan tembakan pada dahi lelaki itu.
"Loser"
Kata Rian dengan senyuman senget. Bella menghampiri Rian. Lengan Rian dipeluk erat dengan senyuman mengejek.
"Kau pehal peluk-peluk aku ni?"
Rian menepis tangan Bella yang memeluk lengan dia itu. Bella pula lagi mengeratkan pelukan dia. Rian pasrah dan mula naik ke tingkat atas.
Kini Danny sudah masuk ke dalam sebuah bilik. Dia melihat Raisya sedang bersandar di dinding sambik memegang perutnya. Disisinya seorang remaja lelaki sedang tertidur.
"Sayang!"
Danny menerpa ke arah isterinya dan memeluk erat tubuh wanita itu. Airmata jantan dia jatuh juga pada waktu itu. Raisya terjaga kerana berasa tidak selesa pada badan dia.
"A--abang?"
Soal Raisya tidak percaya. Wajah Danny dipegang dengan airmata berlinangan. Danny mengangguk dan mengucup dahi Raisya lama. Naim turut terjaga sama.
"Sayang tak apa-apa kan? Baby ok je kan?"
"Sayang ok. Abang jangan risau!"
Ujar Raisya dalam tangisan. Tubuh suaminya dipeluk erat. Seakan-akan tak mahu dilepaskan.
BANG!
Bunyi tembakan yang terkena di dinding menyentakkan mereka. Danny pusing ke belakang. Dilihat Joshua memandang dia tajam bersama beberapa anak buah dia.
"Kau Naim! Kenapa kau boleh lepaskan musuh aku terlepas hah!"
Kuat suara Joshua menjerkah. Danny hanya beriak selamba. Tiada riak takut pada wajahnya. Naim sudah ketakutan. Raisya memeluk Naim erat.
"Maaf bos! Saya dah tak sanggup nak buat kerja ni lagi!"
Kata Naim dalam nada bergetar. Danny memandang Naim dan Raisya. Riak cemburu dia jelas terpamer melihat Raisya memeluk Naim macam itu.
"Kau! Taguna! Bob kau ambil budak tu bawa ke sini!"
Bob angguk dan berjalan mendekati Naim dan Raisya. Dia mula menarik badan Naim dari pelukan Raisya. Naim sudah menangis. Nyawa dia akan melayan kalau dia menghadap Joshua!
"Kakak tolong Naim kak!"
Tangis Naim dalam ketakutan. Raisya cuba menepis tangan Bob yang cuba melepaskan pelukan dia pada badan Naim.
PANG!
Penampar Bob singgah di pipi Raisya dengan kuat. Kepala Raisya terteleng ke tepi. Naim sudah tersentak. Bon tersenyum suka. Danny yang melihat isterinya diperlakukan sebegitu sudah memandang Bob semacam
"Kau tampar bini aku?"
"Kenapa? Salah?"
Bob membuat muka tak bersalah. Danny tersenyum sinis. Dia pandang Bob dengan wajah tenang dia.
"Tak salah? Tapi kau tahu tak aku sendiri tak pernah tampar dia. Naik tangan pun tak pernah. Tapi! Kau pula lebih-lebihkan! Kau memang cari pasal dengan aku!"
BANG!
BANG!
Dua tembakan di lepaskan oleh Danny tanpa belas kasihan. Bon jatuh terlentang dengan darah membuak-buak keluar dari dada dan kepalanya. Naim pula sudah terkaku begitu juga Raisya.
Danny pandang Joshua di hadapan dia. Wajah dia nampak bengis dan menakutkatkan. Naim sudah naik gerun melihat wajah Danny sebegitu.
"You and me!"
YOU ARE READING
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•
General Fiction[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dal...